Maklumat awal
Terima kasih kepada informer di FGR yang menyampaikan laporan dari ambo di beberapa lokasi sekitar bandaraya.
Ambo sempat singgah di Masjid Negara dua kali, kali kedua tu memang ramai. Depan KTM, ramai yang bersorak reformasi tetapi kemudian dihambat oleh anjing merah dengan rotan. Kemudian kelihatan beberapa gerombolan anjing mengheret seorang reformis yang dikejar daripada KTM itu.
Ada sorang motorist menjeritkan ANJING kepada one of them. Anjing tersebut pun menyalak mencabar siapa yang menjerit itu. Semua motorist di situ tumpang gelak melihatkan gelagat anjing muda tapi gila tu. Dia kata, siapa nak lawan dengan aku, silakanlah, sambil melontarkan rotannya ke tanah. Hai, kelakor sekor ni.
Masa di masjid negara pulak, tengah ambo pakai kasut lepas solat asar, tetiba seorang polis baju biru muda hensem tapi sombong, menjeritkan WOI, CEPAT BEREDAR, WOI! ke arah seorang pakcik yang tengah pakai kasut. Tetiba saja suasana menjadi riuh dan orang ramai mula bertakbir. Nasib baik Pak Syed (Kapten) tu ada kat situ dan menenangkan keadaan.
Kemudian ambo pergi pula ke Kampung Baru. Di situ jumpa lagi dengan Pak Long The Hero of Reformasi. Dia kata dia tengah tunggu pasukan daripada PENANG yang akan sampai daripada SOGO dan KLCC. Kata seorang reformis PENANG melalui hendpon, lima orang panglima reformasi telah ditangkap polis di Stesyen Keretapi P. Pinang sebelum sempat mereka naik untuk ke KL. Mereka membawa bersama mereka lebihkurang 2000 reformis PENANG. Kalau tidak, sure ramai punyer reformis di KL hari ini.
OK, semua. Lepas solat Maghrib nanti, ambo akan ke Kpg Baru sekali lagi. Insyallah, sahabat2 kita menungu di sana. Heli pun dah berapa kali pusing atas Kpg Baru tu.
Maklumat sebelum ini
Nampaknya kali ini muka student pulak ramai di Kpg Baru. Adalah hampir 50 orang jugak. Dengan pimpinan Pak Long yang sudah hampir 65 tahun umurnya itu, mereka begitu semangat sekali sebaik sahaja selesai solat Isyak di Masjid Kpg Baru.
Mula-mula seorang reformis membacakan memorendum yang katanya sudah pun diserahkan kepada YDP Agung melalui Imam Besar Masjid Negara (insyallah, sampailah tu).
Kemudian mereka pun meneruskan reformasi dengan laungan REFORMASI dan beberapa buah lagu gubahan Pak Long sendiri.
Lepas hampir setengah jam, dengan disaksikan orang ramai yang tidak berani untuk hampir tetapi turut menyokong reformasi, akhirnya datanglah hampir 20 trak polis dan FRU.
Helikopter pun ada join sama menyuluh ke mana lari para reformis semua.
Tapi yang malangnya tu, malam ini anjing lebih ramai daripada orang 10-20 kali ganda! Yalah, dah takda kerja sebab tempat lain dah takda "riot" lagi kan?
OKlah, menurut pembaca memorendum tadi, sebuah perarakan besar-besaran akan diadakan selepas ini di Kedah untuk berarak ke istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Kali ini nak menyampaikan memorendum kepada Sultan Kedah pulak.
Orang Kedah lepas ini kena siaplah. Tarikhnya ambo tak berapa dengar pulak. Insyallah, akan diumumkan kemudian melalui internet.
Salam,
HC
honciv@yahoo.com