Provokasi Rusuhan - Angkara Siapa (Bahagian 4)

Pertamanya, IB ingin mohon maaf kerana lambat mengeluarkan bahagian 4.

Selepas Bahagian 3 disiarkan, beberapa rakan IB dan mereka yang menulis kepada IB berkata sesetengah gambar tidak begitu memuaskan.  Memang benar, tanpa peralatan canggih sukar juga IB mendapat gambar-gambar yang berkualiti.

Tambahan pula, dalam sesetengah suasana, IB terpaksa mengambilnya secara menyorok – takut-takut dilihat oleh kepala-kepala ganster nanti dilanyak pula IB.  Bukannya IB ada escort sangat – bukan ada lesen besar macam pemberita TV3/4, dalam pada “orang UMNO berlakun tendang kereta TV3/4, masih sempat kameraman TV3/4 ambil gambar.

Maka IB perlu jelaskan sekali lagi bahawa sesetengah gambar diambil dalam suasana kekurangan cahaya dan jarak yang agak jauh. Akibatnya IB terpaksa memohon bantuan rakan untuk "adjust"kan contrast dan brightness gambar/imej supaya ianya lebih jelas.

Seperti yang dijanjikan, Bahagian 4 akan IB siarkan gambar di persimpangan Jalan Raja Laut dan Chow Kit/Putra bersebelahan 7eleven.

Imej 8: Perhatikan kereta Peronda Polis (bulatan) yang IB laporkan (Nota #24, #25, #26, Bahagian 1) berada di situ untuk beberapa ketika.  Walaupun dengan kehadiran Polis, orang ramai tidak berganjak malah motorsikal yang lalu lalang tetap dengan aksi samseng mereka.  Perhatikan petak merak, seorang pembonceng melepasi di situ sambil berdiri dan mengibarkan bendera keADILan.

Imej 9: Ini tidak IB laporkan sebelum ini kerana IB baru perasan bahawa bendera UMNO yang di bawa adalah terbalik.  Kalau betul-betul ahli – takkan bendera partipun tak tahu?  SB ke?.

Satu lagi yang IB baru perasan apabila memerhatikan rakaman dengan berulang kali ialah dipersimpangan 711 juga, semasa sebuah Pajero Peronda Polis (Nota #27 Bahagian 1) melalui di Jalan Raja Laut, sebuah teksi yang berkibaran dengan kesemua bendera BA dilihat dengan berani memotong Unit Peronda tersebut.  Bukankah sebelum ini (bekas) Menteri Pembangunan Usahawan telah menyatakan akan menarikbalik lesen teksi yang menyokong BA?

Bersambung dengan gambar-gambar lain pada malam mengundi.  Bahagian 5 akan memuatkan gambar-gambar dekat SOGO.
 
 


Sekian
Ibrahim Baba
23hb Disember 1999