Selepas insiden kenderaan kami dipukul kami merasa sedikit cemas. Takut-takut
kenderaan kami telah di”mark” merakam apa yang saya panggil “provokasi
rusuhan” mereka. Langsung kami tutup tingkap cermin kenderaan kami.
Apabila membeluk ke Jalan TAR dari Jalan Sultan Ismail, selepas beberapa meter
dari jejantas, kami dapati beberapa pemuda di tepi jalan sebelah kanan. Lihat
nota #22 - #25, dalam artikel Bahagian 2 sebelum ini.
Seperti yang disebut dalam nota tersebut rakan saya memandu dengan agak laju.
Kedudukan kami agak jauh dari kelompok pemuda-pemuda ini apabila kami terpaksa
berhenti kerana lampu merah di hadapan pejabat MARA lama. Namum salah seorang
dari mereka meluru menuju ke arah kenderaan kami kerana mendapati saya sedang
merakamkan gerak geri mereka.
Oleh kerana cahaya di kawasan itu amat malap dan cermin tingkap lupa saya
turunkan, maka kualiti imej-imej berikut amat tidak mememuaskan. Saya mohon
maaf. Namun sebagai bahan bukti akan apa yang telah saya laporkan sebelum
ini, maka saya sertakan juga imej-imej tersebut. Saudara pembaca bolehlah
membuat rumusannya sendiri.
Imej 20 menunjukkan pemuda tersebut yang memakai t-shirt hijau, berlari menuju
ke arah kami sambil menyorak “wwoooiii”.
Imej 21 sambil melompat-lompat, pemuda tersebut melaung-laungkan “PAS, PAS”
Ketika mengangkat poster PAS, beliau menyuruh saya “ambil gambar! ambil
gambar!” dengan nada yang bersungguh. Anak panah menunjukkan arah dari mana
pemuda tersebut datang. Imej 22, dizoomkan kepada pemuda tersebut (terang
sedikit).
Imej 23, ialah ketika pemuda tersebut menunjukkan tag yang dipakai dilehernya.
Tidak jelas gambar tag, tetapi jangkaan saya ialah bahawa tag tersebut mesti
terdapat sesuatu lambang PAS.
Jelas dari apa yang dilakukan oleh pemuda ini, dia dengan sengaja mahu
pastikan saya rakam gambarnya sebagai “penyokong” PAS sedang berada di tepi
jalan dengan perangai dan aksi-aksi yang kasar dan kurang disenangi orang
ramai. Iaitu cuba menunjukkan keangkuhan mereka walaupun pun belum menang
pilihanraya.
Bersambung untuk rumusan dalam Bahagian 8 sebagai penutup, Insya Allah.
Sekian
Ibrahim Baba
4 Januari 2000