Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Anwar mesti dihapuskan hingga tiada kesan

Anwar mesti dihapuskan hingga tiada kesan, begitulah busuknya hati mereka yang mahukan DSAI dihapuskan sehabisnya sampai tiada apa-apa kesan yang ditinggal.

Bahasa baku dan beberapa lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan DSAI mesti dimusnahkan agar rakyat lupa bakti dan jasa yang telah dilakukan beliau.

Cuba lihat gambar tanda nombor rumah rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri. Mungkin sudah ramai yang perasan tetapi tidak disampaikan kepada pembaca sekelian. Bagi mereka yang masih ingat, nombor rumah rasmi ketika DSAI tinggal di situ ialah No. 47 Jalan Damansara. Kini nombor tersebut telah dipadamkan dan digantikan dengan nombor baru iaitu 333. Malah bekas nombor lama masih jelas nampak di bawah 333.

Gambar ini dikirim oleh seorang sahabat yang kerap melalui jalan tersebut.

Banyak perkara yang menjadi tanda tanya dari pertukaran tersebut.

Pertama pertukaran tersebut mestilah yang sengaja. Tak mungkin tanpa diarah. Dan bila ditukar, mesti beberapa jabatan kerajaan akan terlibat bagi meluluskan pertukaran, memberi nombor baru serta memadam yang lama dan mengecat nombor baru.

Kalau begitu bersungguh dilakukan perkara remeh seperti ini, sudah pasti perkara lain yang lebih penting sudah pasti mereka lagi bersungguh untuk memadamkan sebarang kesan yang dikaitkan dengan DSAI.

Persoalan lain termasuk, siapa yang tinggal di rumah ini sekarang. Adakah Pak Lah takut untuk tinggal di rumah itu dengan segala wayar dan alat pengesan yang penuh di segenap ceruk.

Kenapa pilih nombor seumpama itu? Negara kita tidak mempunyai suatu sistem yang teratur bagi memberi nombor-nombor rumah? Begitu senang dipilih nombor mengikut selera sesetengah orang?

Sekian
Ibrahim Baba
Feb 14, 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com