Telah termaklum sekelian ahli politik dan para pemerhati bahawa semasa
pilihanraya umum yang lepas, para siswa dan siswi di universiti-universiti
tempatan, di saat-saat akhir, telah memainkan peranan penting dalam meraih
undi untuk Barisan Alternatif. Para pelajar ini telah menjadi suatu
penghalang untuk para pengundi-pengundi yang mempunyai anak-anak di pusat
pengajian untuk mengundi UMNO.
Ada yang pulang dengan berduyung-duyung untuk berkempen ahli keluarga yang
layak mengundi. Dan ada pula di kalangan mereka yang menhulur masa dan tenaga
untuk membantu jentera parti PAS/KeADILan sekadar termampu . Ada yang sekadar
menelefon kampung halaman untuk memujuk ibu-bapa mereka mengundi Barisan
Alternatif.
Fakta ini telah termaklum oleh strategis UMNO, sekelian perancang dalam BTN
dan para pemimpin UMNO. Rumusannya ialah, untuk persediaan menghadapi
piliharaya akan datang, halangan ini mesti di atasi dan dimulai dari
sekarang.
Tumpuan utama mereka ialah Kementerian Pendidikan. Dengan sususan menteri dan
para pembantunya serta beberapa arahan sulit yang dikeluarkan kepada para VC,
semuanya adalah untuk mencapai matlamat utama mereka nanti.
Sudah ramai para menteri serta menteri besar yang melawat serta mengadakan
perjumpaan secara informal dengan para pelajar IPTA. Perjumpaan-perjumpaan
diadakan atas pentas persatuan anak-anak negeri tertentu. Ada juga atas
lawatan mengejut dan sebagainya.
Segalanya ini ialah untuk merapatkan para pemimpin UMNO dengan para pelajar.
Strategis UMNO telah mengenal pasti beberapa pemimpin pelajar yang mudah dan
telah pun dibeli. Mereka telah diberikan peruntukan untuk melaksanakan
pelbagai program. Tarikan utama ialah mereka yang di atas pagar. Puak-puak
(kata mereka) yang kuat dengan GAMIS/PAS (PMI dan MPP) atau mereka yang
disyarikatkan dengan KeADILan/ABIM/PKPIM sememangnya sukar untuk dibrainwash.
Namun, apa yang manis selepas isu pemecatan DSAI ialah kedua-dua pihak yang
mereka camkan di atas telah bersatu dalam menjalankan beberapa aktiviti
bersama. Mereka kini lebih synchronize dalam penyusunan program mereka dan
tiada lagi pertelingkahan yang berlaku sesama mereka.
Diharapkan para pemimpin pelajar di semua IPTA/S berwaspada dengan taktik
strategis UMNO.
Ingatlah bahawa Nordin Kardi pernah berkhidmat hampir 20 tahun di UPM. Beliau
amat faham selok-belok berpesatuan dan tabiat pelajar. Dengan latar belakang
sebagai counselor beliau amat licik dan pandai untuk mengauli masyarakat
pelajar. Namun, saya kenal beliau dengan rapat dan tahu di mana kelemahan
beliau (tak perlu disebutkan di sini). Para pemimpin pelajar yang telah dan
akan saya temui akan saya pesan dengan baik-baik dan berikan tip-tip nya.
Sekian.
Ibrahim Baba
14 Mac 2000