Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

Sebarang Perhimpunan di KL Diharamkan

Begitulah berita yang dipetik dari AP:

Rallies in Kuala Lumpur Banned
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - Police in the Mayalsian capital indefinitely banned outdoor public rallies in the city after activists protested earlier this month against curbs on an opposition newspaper, a news report said Sunday.

Ingin saya perhatikan apakah larangan ini turut meliputi lain-lain perhimpunan. Apakah ianya dilarang hanya kepada perhimpunan yang ingin menegakkan keadilan sahaja. Apakah perhimpunan mengampu kerajaan turut dibatalkan.

Kita tunggu dan lihat …

Dalam perenggan lain, berita tersebut turut memetik;

He (Dato’ Kamaruddin Ali) said that police had received complaints that non-Muslims had mingled with Muslims on the mosque grounds during the protest and were concerned that such incidents could provoke racial or religious problems

Apakah selepas ini tiada lagi pelawat (bukan Islam) yang akan dibenarkan memasuki masjid? Umum tahu bahawa Queen Elizabeth pernah melawat dan memasuki Masjid Negara. Dan begitulah setiap hari, ramai pelancong dari barat dan timur melawat serta memasuki Masjid Negara. Apakah mulai hari ini Masjid Negara tidak akan lagi dibenarkan pelawat dan pelancong bukan Islam melawat?

Sekurang-kurangnya, kaum bukan Islam yang menyertai perhimpunan menuntut keadilan di Masjid Negara sebelum ini, semuanya akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dan mereka tidaklah mencemar seperti mana sesetengah FRU/SB yang mengejar kami dulu. Malah mereka (FRU/SB) lebih teruk mencemar kerana memasuki Masjid dengan kasut. Menurut perbualan dengan beberapa anggota polis yang saya kenali mengakui sesetengah anggota polis yang memasuki Masjid ada yang bukan Islam. Malah, menurut rakan saya lagi, mereka yang mengaku Islam pun ramai yang dalam keadaan hadas besar (mungkin Tok Mid ada fatwa lain).

Kita tunggu dan lihat….

Yang PASti mereka “double standard” dalam apa-apa tindakan dan keputusan mereka.

Sekian
Ibrahim Baba
26 Mac 2000


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com