Perlantikan Sulaiman Abdullah, salah seorang peguam bela DSAI membawa erti
bahawa seluruh profession guaman di Malaysia menyatakan bantahan mereka
terhadap layanan pemerintah terhadap kes DSAI. Dan secara langsung para
peguam dengan terbuka memberi sokongan padu di belakang para peguam yang
membela DSAI.
Apakah ini masih belum difahami oleh Ketua Hakim Negara, hakim-hakim yang
bersenkongkol dengan Mahathir, dan para pendakwa seperti Patail, Musa Hassan
dll.?
Apakah Mahathir dan segala pengampunya masih pekak, buta dan bisu?
Ini bukan pertama kali Majlis Peguam dan para peguam sekelian menyatakan
bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan campurtangan pemerintah dalam
institusi kehakiman.
Malangnya, para peguam dan rakyat biasa tidak mampu berbuat apa jika orang
nombor dua dalam kerajaan seperti DSAI pun tetap dihumban ke penjara tanpa
sebarang tatacara keadilan dan kemanusiaan.
Lawan Tetap Lawan
Dengan Pertolongan Allah Azzawa Jalla Kemenangan itu hampir.
Sekian
Ibrahim Baba
27 Mac 2000