Seminggu dua kebelakangan ini timbul kembali kisah keganasan yang dilakukan
oleh samseng jalanraya (road bully). Sebagai contoh, berita yang dipetik dari
AFP dilampirkan di bawah (maaf kerana saya selalu memetik sumber akhbar luar dan
tidak akhbar tempatan – kerana boikot media).
Saya tertarik untuk mengulas lanjut berita samseng jalanraya kerana ianya
sebagai lanjutan kepada artikel saya baru-baru ini; “Jika Anda diPROVOKE”
https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/310300saa.html
http://pemantau.tripod.com/artikel/31Mar2000IB2.html
https://members.tripod.com/~doimoi99/dm3103ib.htm
Dalam mana-mana kisah keganasan yang berlaku di jalanraya, sebab utama yang
diberikan oleh samseng jalanraya mengapa mereka bertindak sedemikian ialah
kerana mereka diPROVOKE. Baca artikel AFP di bawah. Kes pertama, mangsa memotong
kenderaan samseng – yakni seolah-olah memprovoke samseng itu. Begitu juga dengan
kes kedua, mangsa hanya membunyikan hon sebagai memberitahu bahawa samseng
tersebut memandu dengan cara yang membahayakan. Itu pun dikatakan sebagai
diprovoke.
Begitulah dalam artikel IB terdahulu (rujuk di atas), IB menyatakan dua
suasana yang telah berlaku. Pertama, di mana seorang Menteri Brutal Pahang
mengeluarkan aksi lucah semata-mata kerana diprovoke. Tak kiralah bentuk
provokasi yang dimaksudkan. Pak Lah kata Adnan diprovoke. Mahathir mengatakan
PAS sengaja rancang supaya Adnan bertindakbalas sedemikian (IB tak ingin ulas di
sini). Maka sekelian pimpinan Tukang Ampu UMNO pun bergema menyahut sambil
menambah-nambah bagi menguatkan pendapat bos-bos mereka.
Yang pokoknya, para pemimpin UMNO menyokong suatu tindakan di luar norma
susila seorang Muslim dan ketimuran. Tidak pernah seorang pemimpin masyarakat
Melayu mengeluar isyarat yang mencarut di hadapan khalayak ramai. Perhatikan
rakaman aksi tersebut, Adnan melakukan aksi demikian di hadapan puluhan
pemberita dan jurukamera.
Suasana yang satu lagi ialah kisah mata lebam DSAI dan Rahim Noor. Beliau
membela diri dengan mengatakan bahawa beliau diprovoke. Sebagai adat para
pemimpin UMNO, mereka semua mengikut membuta sehingga Rafidah memberi sebab
Anwar berbekam di mata.
Apakah nanti para samseng jalanraya ini akan menggunakan sebab mereka
diprovoke maka mereka boleh melakukan sesuatu diluar norma susila pemandu yang
bertamaddun?
Apakah nanti para samseng jalanraya ini akan menggunakan sebab mereka
diprovoke maka mereka walaupun berpangkat besar boleh memukul mangsanya yang
terkurung dalam kenderaannya dengan pelbagai pukulan maut?
Seperti yang telah IB nyatakan sebelum ini, IB tidak merestui tindakan
samseng jalanraya sebagaimana IB tidak merestui tindakan Rahim Noor dan Adnan
Yaakob.
IB ingin mendengar komen para pemimpin UMNO apabila samseng jalanraya
mengatakan bahawa mereka bertindak sedemikian kerana di provoke.
Sekian
http://news.catcha.com/cgi-bin/news/afpnews.cgi?fr=sg&rq=showIndexAndStory&ct=malaysia&s=000406045230.ar3bcwc6.txt
KUALA LUMPUR, April 6 (AFP) - A Malaysian driver needed 60 stitches in his
head after being attacked with an axe in the second recent case of "road rage,"
a report said Thursday.
The Star said B.P. Teoh, a 34-year-old veterinary surgeon, underwent a
five-hour operation for a fractured skull after being attacked on Penang bridge
in the north of the country last Sunday following an overtaking incident.
Another "road bully," as aggressors are known here, attacked a bank officer
with a golf club in the Kuala Lumpur suburb of Petaling Jaya Monday night.
Police quoted by Bernama news agency said the attacker had tried to overtake
dangerously and the victim had sounded his horn.
When the bank officer stopped at traffic lights, the attacker produced a golf
club from his car boot and smashed his front and back windscreens.
The officer was injured on both hands when trying to ward off the blows.
Ibrahim Baba