Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Mahathir dan Daim sudah bertekad untuk masuk neraka ?

Alhamdulillah, IB selamat kembali ke Tanah Air dua-tiga hari yang lepas. IB ke luar negara selama lebih 2 minggu.

Terasa sayang juga kerana IB tidak dapat bersama dan juga mengikuti perkembangan di Tanah Air di saat-saat getir baru-baru ini. Namun, dengan membaca bahan-bahan internet dua tiga kali semasa di luar negara dapatlah juga IB ikuti perkembangannya.

Dalam penerbangan pulang, IB duduk di sebelah seorang wanita bekas pegawai kanan kerajaan berbangsa Cina. Beliau yang sudah lama pencen sedang pulang selepas berjumpa dengan anaknya yang berlajar di luar negara.

Banyak yang kami berbual semasa dalam perjalanan itu. Kebanyakan topik perbincangan adalah di sekitar hal politik semasa terutamanya perkembangan REFORMASI dan kes DSAI. Beliau nyata berpihak kepada REFORMASI. Dari pengalaman beliau di dalam pentadbiran negara, jelas bahawa beliau banyak tahu penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Satu perkara yang amat IB tertarik ialah apabila beliau menyatakan bahawa “Dr. Mahathir and Daim has decided to go to hell. That is why they dare to do all sorts of things. They has made that decision long time ago”

(Dr. Mahathir dan Daim telah bertekad untuk masuk ke neraka. Sebab itulah mereka melakukan pelbagai perkara. Mereka telah sekian lama membuat keputusan tersebut).

Amboi! Ini kata-kata yang datang dari seorang yang bukan Muslim. Wanita yang tidak beragama Islam pun faham hukum dosa dan pahala. Apakah kita orang-orang Islam masih tidak mengerti kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka berdua, serta pengampu dan segala kuncu-kuncu mereka?

Kalau wanita bukan Islam pun faham asas keadilan apakah masih buta mereka yang beragama Islam yang telah dilengkapi dengan ilmu-ilmu hukum, dosa pahala? Apakah kita yang beragama Islam dan masih diberikan nafas oleh Allah Azzawajalla tidak takut dengan pembalasan yang telah dijanjikan?

Wanita ini kerap mengikuti laman-laman popular REFORMASI. Namun, beliau tidak tahu bahawa saya adalah IB, dan selepas membaca artikel ini mungkin beliau akan kenal identiti saya. Saya harap beliau tidak memanjangkan pengetahuannya berhubung identiti IB.

Insha Allah selepas ini, IB akan cuba sambung menulis dengan kadar yang “regular”.

Sekian.

Ibrahim Baba
4 Mei 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com