Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Apakah kita ingin menjual negara kita?

Dalam pada kebanyakan pemimpin mengikut telunjuk Mahathir menuduh penyagak matawang luar yang menjatuhkan ekonomi negara, kerajaan tidak habis-habis menggunakan khidmat penasihat asing (termasuk penasihat Yahudi) dalam pelbagai aspek pembangunan negara.

Dan dalam pada para pemimpin tersebut menuduh Barisan Alternatif ingin menjual negara kita kepada musuh asing, pelbagai syarikat kerajaan atau syarikat yang diswastakan kini banyak yang telah, sedang dan akan berbincang dengan pelabur asing termasuk mereka yang terdiri dari negara musuh tradisi dalam selimut, Singapura.

Ura-ura seperti pembelian Time Dot Com oleh SingTel yang disokong kuat oleh Daim (walaupun akhirnya tidak menjadi kenyataan), adalah suatu ancaman kepada keselematan negara. Celcom dan Mutiara Telekom pernah/sedang dimiliki sebahagian sahamnya oleh syarikat asing.

Akhir-akhir ini desas-desus yang hampir sama bertiup pula. NTT (gergasi telekomunikasi Jepun) akan membeli 15% saham Telekom Malaysia TM – dan ini sememangnya telah dipersetujui oleh Mahathir sendiri. Namun, berita terakhir yang diterima, pembelian saham tersebut mungkin tidak akan terlaksana.

(Nota): Sesetengah perbincangan tersebut tidak menjadi kenyataan sebenarnya bukan disebabkan oleh keputusan yang berdasarkan kepentingan perniagaan (business decision) tetapi ianya lebih kerana keputusan politik. Dan keputusan politik yang saya maksudkan di sini ialah dari kem politik mana yang membawa ide-ide/cadangan-cadangan tersebut. Yakni samada kem Daim, kem Mahathir, kem Pak Lah, atau orang Rafidah, ataupun orang Najib dsbnya. Ingatlah bahawa mereka sentiasa berebut dan bertelagah sesama mereka. Lazimnya, percaturan politik mereka banyak mempengaruhi keputusan perniagaan dan akhirnya kepentingan rakyat jelata tergadai.

Persoalan pokoknya ialah, telekomunikasi adalah salah satu bidang terpenting dalam menjaga keselamatan negara. Kemasukan kepentingan asing adalah tidak dapat dinafikan akan membuka ruang untuk maklumat penting kerajaan disedut keluar dalam sekelip mata. Harus diingat hampir kesemua jabatan/agensi kerajaan menggunakan khidmat syarikat kerajaan seperti TM. Dengan membuka ruang kepada pelabur asing seperti Singapura dll, ini sebenarnya merupakan ancaman utama terhadap keselamatan negara.

Perbincangan terbaru berhubung pembelian 30% saham Klang Multi Terminal (syarikat yang mengendali West Port) oleh sebuah syarikat Hong Kong (http://www.feer.com/_0008_24/p56.html) turut juga dilihat sebagai ancaman luar yang boleh mengganggu kedudukan syarikat-syarikat yang diswastakan.

Apakah ini adalah suatu lagi usaha untuk menyelamatkan beberapa syarikat kroni yang tidak berjaya mengharungi cabaran perniagaan yang nyata? Atau apakah ini suatu petanda kegagalan dalam memilih syarikat yang berkaliber dalam melaksanakan dasar kerajaan? Atau kegagalan dasar kerajaan sendiri?

Apa dah jadi dengan slogan “Malaysia Boleh”? Apakah peniaga kita sudah tidak mampu bersaing? Apakah slogan itu perlu diganti dengan “Malaysia Tidak Boleh”?

Atau apakah ini cara kolonisasi moden? Pemerintah yang kita harapkan untuk menjaga kepentingan rakyat menjual kepentingan negara kepada kuasa (perniagaan) asing?

Mengata orang dia yang lebih …

Sekian
Ibrahim Baba
17 Ogos 2000
- setelah hampir 2 bulan tidak menulis …


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com