IB telah menerima beberapa keping gambar (jpg) dari seorang rakan siber yang
kerap mengirim maklumat. Terbaru beliau menghantar gambar-gambar yang beliau
ambil dari “papan kenyataan/iklan” depan kedai “The Ship/Captain’s Cabin” di
Damansara Utama.
Selepas menerima gambar-gambar tersebut IB telah pergi sendiri memeriksa
tempat tersebut bagi memastikan gambar-gambar tersebut benar bagai dikatakan
oleh rakan siber ini.
Alangkah terkejutnya IB. Pihak pengurusan The Ship (sebutnya The Shit kata
rakan siber IB) dengan berani dan megah menayangkan beberapa gambar aksi-aksi
yang berlaku dalam tempat yang pernah diserbu oleh penguatkuasa JAIS.
IB siarkan beberapa keping gambar yang rakan siber tersebut kirimkan (diharap
Webmasters dapat menentukan mana-mana gambar yang perlu disunting). Jika
saudara pembaca yang tinggal di sekitar Lembah Klang – silalah pergi lihat
sendiri gambar-gambar tersebut di depan kedai mereka yang terletak berdekatan
dengan Masjid Damansara Utama. Jika pengurusannya masih tetap angkuh, mereka
tidak akan menanggalkan gambar-gambar tersebut kerana mereka tahu Pak Lah ibni
ULAMAK akan membela kegiatan maksiat mereka.
Bagi mereka yang masih pekak dan buta, memang sah seperti yang banyak
difirmankan oleh Allah Azzawajalla bahawa jika diberi apa-apa bukti lain pun
mereka akan tetap menutup mata dan memekakkan telinga.
Yang penting bagi kita ialah, tidak harus ada sedikitpun perasaan yang
terlintas di hati kita untuk rela mahupun mengizinkan maksiat seperti ini
berterusan berlaku. Sesungguhnya paling rendah iman seseorang itu ialah
menolaknya sesuatu maksiat itu berlaku hanya di hati.
IB ucapkan syabas dan Jazakallahu khairan atas keberanian dan kesungguhan
mereka yang terlibat dalam serbuan JAIS tempuh hari. Mereka melakukan perkara
yang diwajibkan ke atas kita semua, yakni membantah kemungkaran.
Sekian
Ibrahim Baba
31 Ogos 2000