Memandangkan TV3 asyik mengiklankan temubual dengan Rais Yatim berhubung
perkara di atas pada hari Ahad (24 Sep) malam, maka malam tadi IB cuba-cubalah
nak dengar apa yang dibicarakannya.
Hasil dari menonton (tak sempat tonton dari awal) rancangan tersebut, pelbagai
reaksi dan perasaan bagi IB. Menyesal (tonton) pun ada, sakit hati pun ada.
Tetapi yang paling ketara ialah mereka (BN dan sekutunya) sudah tiada modal
lagi untuk berhujah.
Jelas sekali, dengan menggunakan kepakaran dalam bidang undang-undang dan
(kononnya) kebijaksanaan berhujahnya, Rais gagal memberi hujah yang bernas dan
tidak mampu untuk “convince” IB dan mana-mana penonton yang berfikiran
terbuka dan tidak sebodoh mereka (orang-orang UMNO totok dan seumpamanya) yang
menerima sahaja dengan membabi buta.
Berikut adalah komen-komen IB dari setengah jam terakhir yang sempat IB
tonton:
1. Perjanjian yang dimeterai adalah dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Wan
Mokhtar yang menandatangani perjanjian tersebut telah menandatangan atas
kapasitinya sebagai Menteri Besar Terengganu mewakili Kerajaan Negeri. Oleh
kerana sekarang ini kerajaan dipimpin oleh pimpinan PAS maka merekalah yang
mewakili kerajaan dan jawatan Menteri Besar. Maka tidak ada isu bagaimana
kerajaan membelanjakan wang itu – samada hanya untuk rakyat yang menyokong
UMNO sahaja (melalui JPP) atau benar-benar untuk kepentingan rakyat jelata.
2. Sebelum “commercial break” terakhir (pukul 9.45pm), Rais menyebut bahawa
manafaat ini (royalti minyak) boleh diperluaskan untuk negeri lain. Sedangkan
sebelum itu Rais menyebut bahawa tujuan “wang ihsan” ini dan penubuhan JPP
ialah supaya manafaat ini dari diberi TERUS kepada rakyat negeri Terengganu.
Kenapa tidak disebutkan dari awal bahawa Kerajaan Persekutuan BN sememangnya
tidak berniat untuk memberi wang royalti tersebut kepada rakyat Terengganu?
Apa perlunya lagi saki baki ahli UMNO di Terengganu menyokong para pemimpin
negeri lagi? Dari perkara ini jelas, mereka (pemimpin UMNO negeri) telah
mengadaikan hak rakyat negeri kepada orang lain. Mereka ini memang tidak tahu
malu, sudahlah seorangpun tidal dilantik jawatan menteri mahu pun timbalan
masih lagi menyangjung pempinan pusat yang menghina mereka. (Sekadar simpati
juga dengan berbiraskan orang Terengganu – kuat UMNO pulak tu!).
3. Merujuk kepada para (2), kenapa, semasa perjanjian itu dibuat dahulu, tidak
dimentarai dengan kesemua menteri-menteri besar yang lain? Kenapa ketika PAS
mula memerintah kembali Kelantan lebih 10 tahu lalu tidak timbul pemberian
wang ihsan (dari royalti minyak Terengganu) untuk rakyat Kelantan? Bukankah
dalam piliharaya lalu bahan kempen utama UMNO/BN ialah Kelantan negeri yang
mundur. Bukankah sebelum itu sudah ada JPP – tetapi negeri Kelantan masih
mundur (dan termiskin) – apakah ini bermakna model JPP (yang pertama di
Kelantan) gagal untuk menaikkan taraf hidup rakyat Kelantan? Jika demikian,
apa perlunya JPP untuk Terengganu. Model JPP sebelum ini terbukti telah pun
gagal kenapa diulangi model JPP yang tidak berjaya itu? Atau apakah wang yang
dikatakan ingin disalurkan TERUS kepada rakyat terbukti akan melencong ke
tempat lain?
4. Sambil Rais berhujah, disiarkan video klip suasana rumah-rumah kampung yang
menggambarkan Terengganu negeri miskin dengan rumah-rumah yang buruk tanpa
prasarana yang mencukupi. Apakah PAS telah memerintah negeri Terengganu
selama ini?. Bukankah UMNO/BN telah memerintah Terengganu hampir 40 tahun
sehinggalah kekalahan yang amat memalukan pada tahun lepas? Apa yang telah
dilakukan dengan wang royalti yang telah berjumlah lebih RM6 Billion? Tidakkah
terlintas di hati sanubari Ustaz Wan Mokhtar, apa yang telah dibelanjakan wang
yang telah diamanahkan oleh rakyat selama lebih 25 tahun pemerintahannya?
Ingatlah wahai Ustaz Wan Mokhtar dan sepatutnya mohon maaflah kepada rakyat
sekelian.
5. Sedikit renungan kembali kepada statsitik yang dikeluarkan oleh kerajaan
beberapa minggu sebelum pilihanraya 1999 oleh agensi kerajaan dan
dimain-mainkan oleh akhbar penipu rakyat (yang telah diketahui umum). Dalam
laporan tersebut dinyatakan Kelantan adalah negeri termiskin dan Terengganu
adalah negeri kedua termiskin. Peratus kemiskinan antara Kelantan dengan
Terengganu tidak jauh bezanya. Tetapi jika dilihat dari pendapatan kerajaan
Terengganu dan Kelantan – maka ternyata propoganda tersebut makan tuan.
Kelantan miskin dengan pendapatan kerajaan lebih kurang RM200 juta dan
penduduk melebihi 1 juta. Terengganu miskin walaupun pendapatan hasil royalti
minyak sahaja melebihi RM500 juta walaupun penduduknya sekadar 900,000 orang
sahaja.
6. Pada segmen terakhir disiarkan pula (kononnya) video klip permandangan
pembangunan prasarana (sekadar bangunan KUSZA dan talian elektrik kuasa tinggi
bukannya pembangunan yang boleh dibanggakan), sambil diulas bahawa kemajuan
tersebut adalah hasil pemerintahan mereka. Apa yang hendak ditunjuk? Baru
sebentar tadi ditunjuk video klip kemunduran, kemudian hendak dikatakan
Terengganu sudah membangun hasil dari pemerintahan BN/UMNO. Macam lidah
bercabang!
7. Negeri bertuah – terus memberi wang ihsan
IB teringat beberapa minggu lepas seorang kenalan IB yang mengajar di Dungun
menceritakan kisah rungutan seorang pemilik pondok menjual akhbar/majalah yang
kekurangan pendapatan akhir-akhir ini. Pada hari Utusan Malaysia menyiarkan
tajuk utama ucapan PM berhubung wang ihsan royalti, tidak senaskahpun akhbar
UM dapat beliau jual. Ada yang membuat reaksi meludah dan muntah sambil
berkata sesuatu berhubung tajuk itu atau PM sendiri. Malah, penjual tersebut
berkata setiap kali tajuk utama berunsur politik atau petikan ucapan PM,
beliau dapati naskah UM yang dapat dijual amat berkurangan. Beliau yang kini
hanya menempah suku dari jumlah yang pernah beliau jual satu masa dulu
mengatakan tidak ada satu hari pun sejak setahun lebih ini – akhbar UM dan BH
ditempat beliau habis dijual.
Namun, Mahathir tetap dengan keangkuhannya. Dan para pemimpin UMNO lain terus
dengan sikap membodek dan mengampu mereka. Biarkan, biarkan …
Sekian.
Ibrahim Baba
25 September 2000