IB tertarik dengan dua poster yang amat jelas maknanya dan di letakkan di
tempat-tempat yang strategic.
Poster pertama amat jelas kepada semua penduduk kawasan itu kerana ianya
tergantung di bawah jambatan lebuhraya BKE. Sesiapa sahaja yang melalui jalan
antara Bandar Kulim dan Lunas pasti ternampak poster tersebut. Poster “Nyah
Mahathir” memberi mesej yang jelas kepada para pengundi.
Poster kedua di letakkan juga di jalan antara Bandar Kulim dengan Lunas
bersebelahan pondok BA. Poster yang mengajak para pengundi di Lunas untuk
“Renung dan Fikir” sebelum mereka meletakkan tanda pangkah mereka di hari
pengundian nanti.
Poster ketiga ialah bagi ucapan menyambut ketibaan Ramadhan Mubarak dan Shawal
dari calon BA Sdr Saifuddin.
Sekian
Ibrahim Baba
27hb November 2000