Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Suasana di Lunas menyakinkan pekerja BA (2)

IB menggunakan peluang hari minggu terakhir sebelum tibanya Ramadhan untuk ke Lunas. Ketika tiba di sana IB tidak mempunyai sesiapa yang IB kenal mahupun sesiapa yang kenal IB.

IB bersama rakan sepejabat singgah di beberapa pondok BA untuk mendapat sebarang berita dan mencari tempat-tempat ceramah pada Sabtu malam itu. Dari tinjauan yang ringkas, IB dapati terdapat suatu semangat juang yang kental di kalangan para pekerja BA.

IB sempat bertemua bual dengan beberapa penduduk Melayu. Ramai yang sensitif dengan isu agama walaupun kerajaan berkali-kali menyebut isu-isu sensitif tidak sepatutnya diguna dalam pilihanraya ini. Namun, bagi penduduk Melayu Lunas isu tersebut amat relevan dan mereka perihatin dengan nasib anak-anak muda mereka di masa akan datang jika salah pilihan.

Isu DSAI tetap berperanan di Lunas. Ada lagi pendudk yang menyuarakan isu tersebut akan menentukan pilihan beliau di hari mengundi. Seorang dari dua orang India yang IB temui menyuarakan tidak puas hati dengan calon BN. Beliau rupa-rupanya adalah di antara penyokong calon bebas.

Keesokan pagi, IB meninjau keseluruh kawasan pilihanraya Lunas serta mengambil bergulung-gulung gambar suasana di Lunas untuk tatapan pembaca internet yang tidak dapat ke sana.

Suatu perkara yang dapat IB perhatikan ialah jentera pilihanraya BN ternyata mewah. Dengan pelbagai jentera kerajaan dapat digunakan. Bekalan makanan begitu mewah sekali berbanding dengan di pondok-pondok BA. Malah ada pula lebih yang terpaksa dibuang. IB sempat meninjau di dua pondok utama BN. Walaupun banyak mata-mata yang mengesyaki kehadiran IB, IB buat muka tebal je. Mujurlah juga IB tidak membawa kereta sendiri.

Namun walaupun dengan kekurangan seperti itu ada di pondok-pondok BA, yang nyata semangat dan kesungguhan pekerja BA amat dipuji. Tanpa memerlukan upah mereka dengan sukarela dan tidak kira penat lelah melaksanakan tugasan masing-masing dengan semangat padu tidak kira PAS atau KeADILan.

IB lampirkan gambar-gambar beberapa pondok BA di sepanjang jalan antara pekan Lunas dengan Kulim.

Sekian
Ibrahim Baba
27hb November 2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 27 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com