Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mark & Spencer Mesti Diboikot

Dalam pada kita bencikan kerajaan Regim Zionis Israel dan pergerakan Zionis Sedunia, kita kadang-kadang terlupa bahawa sebenarnya kita membantu mereka secara tidak disedari.

Terdapat banyak persatuan “kebajikan”, institusi perdagangan/komersial dan lain-lain lagi yang di asaskan untuk membantu dan menaja pergerakan Zionis.

Sebagai contoh, Mark & Spencer, sebuah rangkaian kedai yang beribu pejabat di London dan mempunyai beberapa kedainya di Malaysia, adalah salah satunya institusi yang membantu SECARA LANGSUNG kerajaan haram Israel.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Lord Marcus Sieff, bertajuk Management - The Marks and Spencer Way, pengarangnya, yang pernah menjadi Pengerusi Marks and Spencer, menulis bahawa salah satu objektif utama penubuhan Marks and Spencer ialah untuk membantu pembangunan ekonomi Israel.

Malah, pengasas pertubuhan IBBC (Israel - Britain Business Council) Sir Richard Greenbury adalah Pengerusi Marks and Spencer ketika menubuhkan IBBC pada tahun 1995 (www.marchland.com/ibbc/).

Bagaimanakah sebuah institusi yang jelas diasaskan untuk menaja keganasan Regim Israel boleh bertapak di negara kita?

Dengan itu, adalah menjadi kewajiban seluruh umat Islam supaya tidak menderma satu sen pun wang kita dalam membantu kekejaman Yahudi dengan tidak lagi membeli-belah di Mark & Spencer (antaranya terdapat di KLCC dan BB Plaza).

Kita harus mengambil tauladan Sdr. Mahfuz dan rakan-rakan yang sanggup dipenjarakan demi menentang kedatangan ahli sukan Yahudi. DAN BOIKOT MARK & SPENCER.

Pernah, hampir dua puluh tahun lalu, Mark & Spencer mengeluar dan menjual seluar dalam lelaki yang ditulis dengan khat Al Quran. Mereka terpaksa menarik balik penjualan itu akibat tentangan yang hebat di kalangan umat Islam seluruh dunia.

Satu lagi institusi yang menyokong serta membantu Regim Zalim dan Ganas Israel akan bertapak di Malaysia iaitu TESCO Supermarket. Dalam sidang akhbar minggu lepas, Sime Darby Malaysia dikatakan akan mengadakan kerjasama dengan TESCO. AWAS! Wahai pengurusan Sime Darby – jangan terperangkap. PNB (kumpulan dana dari wang orang Melayu/Islam) adalah di antara pemilik utama Sime. (TAPI – apa yang nak dihairankan – bukankan PNB terbabit juga dengan saham judi?)

Sekian
Ibrahim Baba
20 Disember 2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com