Selangor meletakkan tahun 2005 sebagai matlamat untuk menjadi sebuah negeri
maju. Melihat dari kepesatan pembangunan serta industri perkilangan di merata
daerah yang digalakkan oleh kerajaan negeri, mungkin matlamat tersebut dapat
dicapai.
Tetapi apa ertinya "wawasan" tersebut? Apa erti pembangunan dan kepesatan
ekonomi? Mahukah kita capai status negeri/negara maju walhal kebanyakan rakyat
masih hidup di bawah taraf kemiskinan?
Akhbar Utusan Malaysia, hari ini (14 Mac 2001) mempamerkan pekung yang selama
ini ditutupi oleh media yang sibuk mencerita keburukan orang lain. Lihat gambar
muka hadapan (tak payah beli IB dah download gambarnya) dengan notanya seperti
berikut: "BEGINILAH keadaan kebanyakan rumah di penempatan setinggan Kampung
Medan, Petaling Jaya yang begitu uzur, sesak serta tanpa sistem perparitan.
Semuanya ini dikatakan mempengaruhi permasalahan sosiobudaya termasuk mudahnya
tercetus ketegangan."
Ayat tersebut telah Allah Azzawajalla tentu dicatatkan secara rasmi oleh akhbar
perdana kerajaan. "... uzur, sesak serta tanpa sistem perparitan ..." Jika ini
ditulis dan dilaporkan oleh media alternatif - sudah pasti ianya akan cuba
dinafikan.
Di akhir tahun lalu, TV ¾ telah menghantar Suhaimi (?) untuk membuat liputan
khas bagi memburukkan negara Amerika Syarikat dengan menyiarkan masalah mereka
yang tiada rumah di kota-kota besar di sana serta menemu-bual beberapa aktivis
sosial yang menyuara pelbagai pendapat menentang kerajaan Amerika.
Namun, seperti pepatah Melayu menyebut, "Kuman di seberang kelihatan, gajah di
hadapan mata tak nampak". Mengapa tidak masalah tekanan kemiskinan dan
kekurangan bekalan asas hidup keluarga-keluarga di Kg Medan ini di ketengahkan
terlebih dahulu? Mengapa tidak dipersoalkan kerajaan negeri Selangor apa yang
telah dilakukan untuk memberi keperluan asas?
Selain meletakkan wawasan 2005 sebagai menjadi negeri yang maju, Majlis
Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) turut juga meletakkan matlamat supaya pada
tahun yang sama tiada lagi penempatan setinggan di kawasan MPPJ. Apakah usaha
yang telah dilaksanakan bagi menjayakan tujuan tersebut? Hanya tinggal kurang 4
tahun lagi!
Apahalnya pula negeri-negeri lain yang masih diperintah oleh BN/UMNO? Apakah
itu hasil usaha selepas 40 tahun lebih merdeka?
Kalau sindiran telah berkali-kali digunakan bagi memperleceh kerajaan yang
diperintah PAS/BA (Kelantan dan Terengganu) sebagai dua negeri yang termundur di
Malaysia. Mereka lupa akan fakta bahawa siapa yang memerintah negerinegeri itu
sebelum ini.
Kalaupun Terengganu sebuah negeri yang kedua termiskin selepas Kelantan, bukan
sebelum ini ianya sebuah negeri yang TERMISKIN di kalangan negeri-negeri yang
diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional/UMNO? Apa yang telah dilakukan dengan
wang lebih RM7 billion hasil dari royalty minyak selama ini?
Apa pula gunanya sesebuah negeri atau negara itu menjadi kaya dan maju walhal
rakyat jelata dan orang awam merempat tanpa kemudahan asas yang diperlukan?
Bukankah inilah hujjah yang pernah Mahathir menggunakan apabila mempertikaikan
angka GDP dalam Dollar yang dikeluarkan oleh Amerika ketika membandingkan maju
mundurnya sesebuah negara? Mahathir pernah berkata apa gunanya duit banyak
tetapi tidak mampu belanja kerana kos hidup yang tinggi ketika dia cuba
menunjukkan kos sebenar barangan di Malaysia lebih murah di Malaysia berbanding
di negara barat.
Apa gunanya menjadi kaya kalau kuih untuk sarapan berharga RM0.50 manakala di
Kelantan dan Terengganu ianya hanya separuh harganya.
Sekian
Ibrahim Baba
14 Mac 2001