Ketika hendak ke pejabat pagi ini, IB singgah disebuah gerai dan kebetulan
bertemu dengan seorang rakan yang kini menjadi professor dan dekan di sebuah
universiti di sini. Beliau secara terangan menyatakan sukarnya menerima
penjelasan dan helah yang diberikan oleh media perdana berhubung tragedi Kg.
Medan.
Di antara sebab utama beliau sukar menerimanya ialah kerana salah seorang
kakitangan beliau sendiri tinggal di kawasan yang terlibat. Kakitangan ini
mencerita dengan penuh lengkap insiden-insiden yang berlaku. Dia juga memetik
beberapa pesanan dan cerita yang dilaporkan sendiri oleh pihak polis yang
beruniform di tempat-tempat mereka. Kebanyakan cerita ini amat bercanggah
dengan laporan media rasmi.
Professor tersebut bukan seorang sahaja yang berpendirian demikian. Terdapat
100,000 penduduk sekitar tempat kejadian dan perkampung sekitarnya. Mereka
semua ini melihat sendiri dengan mata kasar mereka apa yang berlaku. Para
penduduk ini pula bekerja di sekitar Lembah Klang. Mereka akan ke tempat kerja
mereka dengan menceritakan apa yang mereka sendiri alami atau jiran terdekat
mereka alami.
Jika 15 peratus dari 100,000 penduduk tadi bekerja (15,000) dan menceritakan apa
yang berlaku kepada sekurang-kurangnya 10 orang rakan sekerja, maka
sekurang-kurangnya 150,000 orang akan mendengar cerita itu secara langsung
(first hand). Saya yakin, 150,000 percaya rakan sekerja mereka tidak berbohong.
Dari 150,000 ini mungkin berkembang kepada 6 orang setiap satu. Jika separuh
dari mereka menerimanya bermakna 150,000 x 3 = 450,000 orang lagi. Menjadikan
jumlah 600,000 penduduk sekitar Lembah Klang yang meragui laporan media perdana.
Teori di atas tadi berdasarkan sebaran cerita melalui rakan kerja. Bagaimana
pula bagi mangsa yang tercedera dan terbunuh, mereka mempunyai saudara mara yang
ramai juga. Satu lagi gelombang sebaran maklumat tersebar secara gandaan yang
hampir serupa di atas. Dan jika cerita di atas kebetulan serupa dengan maklumat
dari sumber-sumber lain, ianya menambah kepercayaan penduduk Lembah Klang bahawa
media perdana tidak melaporkan sebenarnya apa yang berlaku.
Dan jika penduduk Lembah Klang di sekitar 3 juta orang dan mungkin 40 peratus
terdiri dari mereka yang masih bersekolah, maka terdapat hampir 1.8 juta
penduduk yang matang untuk berfikir dan dari bilangan itu mungkin hampir separuh
atau lebih dari mereka sangsi dengan laporan media!
Kemudian ditambah lagi cerita-cerita dari saudara mara mangsa, kenalan rapat
mangsa, mangsa-mangsa sendiri dan sebagainya kepada rakan, saudara mara dan
lain-lain di kampung dan cerita itu dipantul balik ke Lembah Klang menjadikan
bilangan mereka yang mencurigakan laporan media perdana bertambah berganda.
Tambahan pula terdapat insiden-insiden lain hampir menggemparkan dan mencemaskan
seperti yang dilaporkan di Puchong, Kelana Jaya dan Sentul. Insiden-insiden ini
disaksikan dan dilaporkan juga melalui “network” yang serupa seperti di atas
tadi.
Ada pula penduduk Lembah Klang ini mempunyai saudara mara dan rakan taulan yang
bekerja di institusi keselamatan negera seperti Polis, Tentera, dll yang
mendapat akses maklumat yang lebih tepat turut “membocorkan rahsia” yang cuba
diselindungi ini.
Dengan suasana telinga penduduk Lembah Klang sudah matang selepas mendengar
“gembala kambing melaungkan kambingnya dimakan serigala” terlalu kerap, mereka
ini bertambah bijak untuk mendengar serta menapis maklumat yang dibaca dan
tonton dalam media perdana kerajaan. (Contoh-contoh sebelum ini seperti insiden
Jalan Kebun, DPS Jalan TAR, Black 14, 20 Sep 1998 dsbnya).
Siapakah yang mahu dipersalahkan?
IB tertarik dengan artikel Siapa Yang Tidak Telus: Senaraikan Nama 6 Yang
Terbunuh http://tranung.tripod.com/mac/kenari6.htm tulisan Kenari2001, bahawa
kerajaan mesti menyenaraikan secara penuh nama-nama mangsa yang terlibat.
Pak Lah dan polis melenting bila pimpinan BA sangsi dengan kebenaran angka
kematian yang dilaporkan polis. Sebenarnya, para pimpinan BA, hasil lawatannya
di tempat kejadian, menerima pelbagai laporan dari para keluarga dan jiran
mangsa yang terlibat. Apabila disenaraikan ianya melebihi angka yang disebut
kerajaan. Cuma yang menjadi rumit ialah kerajaan tidak mengisytiharkan nama
mangsa. Mungkin bila disenaraikan nama-nama mangsa, baru boleh pimpinan BA
berikan nama-nama lain lagi yang tidak tersenarai untuk tindakan dan siasatan
lanjut pihak polis.
Yang lebih menyulitkan lagi ialah, kini polis telah memberi angka mereka. Jika
terbukti terdapat angka sebenar yang lebih – ini akan mengakibatkan kredibiliti
polis tercabar (memang pun sudah tercabar banyak kali). Dan konsekuesi ini
tidak dapat ditoleransikan oleh polis. Dilemanya – angka yang diberikan oleh
pimpinan BA mesti dinafikan. Bagimana caranya?
Bak kata seorang rakan “as you compound a lie, you compounded the consequences”.
Lebih kurang ertinya, apabila kita berbohong sekali kita sebenarnya sedang
menambahkan akibat-akibatnya.
Sekian
Ibrahim Baba
16 Mac 2001