Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN

Masih ingatkah saudara beberapa tahun lalu, terbongkar suatu kes di Sabah di mana seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ditangkap, dibicara dan dijatuhkan hukuman penjara?

Beliau dikatakan terlibat dengan pemalsuan dan pengeluaran kad pengenalan untuk pendatang asing bagi tujuan menyediakan pengundi hantu bagi membantu Barisan Nasional menang di Sabah. (Kalau tak silap ketika itu Gani Patail juga Pendakwa Raya – kurang pasti).

Pesalah tersebut bernama Abd Raof dan adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah sekitar 1995. Dia tinggal di 36 Jalan SS1/21 Kampung Tunku.

Selepas “dipenjara” selama dua tahun (betul ke di dalam penjara?) dan keluar sekitar tahun 1998, Abd Raof balik ke KL dan memandu kereta Volvo kerajaan ketika itu. Dia juga terus membuat ubah suai (renovation) bangalownya secara besar-besaran. Menurut seorang jurunilai hartanah, rumahnya bernilai RM1.2 juta.

Apa yang dilakukan oleh Abd Raof sekarang?

Sebagai bekas pesalah, Abd Raof kini bertugas semula dengan kerajaan sebagai pegawai kanan di Biro Tata Negara (BTN). Dia kini memandu kereta kerajaan Perdana V6 berwarna lime green.

Di samping kereta Perdana kerajaan, ada tiga buah kereta lagi di rumahnya. Sebuah Mercedes Benz putih S280, sebuah Mazda coupe dan sebuah Kancil.

Dari mana Raof mendapat wang sebanyak itu? Apakah lumayan dan besar upahnya untuk melaksanakan tugas kotor untuk kerajaan Barisan Nasional? Apakah seorang bekas banduan boleh diambil balik bekerja sebagai pegawai kerajaan? Apakah seorang yang telah mejual kad pengenalan negara kita dan boleh dianggap menjual negara kepada orang asing boleh diberikan peranan penting dalam Jabatan Perdana Menteri?

Sambil tersenyum, tambah sumber yang memberi maklumat ini (kebetulan saudara kepada Raof juga), Raof mempunyai seorang teman yang bekerja di MAS.

Sekian
Ibrahim Baba
30 Mac 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com