Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Falsafah KBKK Kementerian Pendidikan dihapuskan

Kementerian Pendidikan telah sekian lama (salah satu hasil di bawah pentadbiran DSAI) melaksanakan falsafah dan kaedah pendidikan berdasarkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Hasilnya telah melahirkan golongan pelajar sejak di bangku sekolah untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Namun, menurut seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan baru-baru ini, KBKK kini hanya tinggal KB (Kemahiran Berifikir). Ini bermakna – pelajar diasuh untuk berfikir sahaja (titik) tidak lagi secara kritis dan kreatif.

Menurut pegawai kanan tersebut lagi, perubahan ini telah dipaksa-laksanakan (paksana) oleh Aziz Shamsudin semenjak dia menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Antara sebab Aziz mematikan pemikiran secara kritis dan kreatif ialah kerana pelajar-pelajar didapati apabila melalui program KBKK, mereka menjadi lebih berani mengkritik dan lebih matang melihat hal-hal yang berlaku seharian baik di rumah mahupun apa yang berlaku dalam masyarakat.

Aziz dan para pelaksana rancangannya, gusar melihat nilai-nilai amanah, jujur dan ikhlas yang diajar dipraktis dalam hidup pelajar. Hasil dari sikap amanah, ikhlas dan jujur tersebut para pelajar yang kemudiannya menjadi dewasa akan berfikiran kritis dan kreatif dan tidak lagi mudah mendengar dan menerima propaganda kerajaan dan fitnah para pemimpin kerajaan BN.

Sekian
Ibrahim Baba
2 April 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com