Terlanjur terbitnya komen Wan Farid Wan Salleh (Pemuda UMNO Terengganu) dalam
Berita Harian dan komen “Pemimpin Pelapis Umno Mencemburui Kehebatan Pemimpin
Pemuda BA” oleh Pikir-pikir (seterujabat@freeanwar.com)
http://mahazalimtwo.tripod.com/020401zar.html (dan lain-lain url), IB ingin ulas
sedikit dan mengingatkan kembali Sdr. Wan Farid tentang kata-kata beliau kepada
IB.
Wan Farid, adalah kenalan IB (rapat jugalah) semasa IB menuntut di sekolah di
Terengganu (ketika itu bapa IB adalah seorang pegawai yang bertugas selama lebih
4 tahun di Terengganu). Rumah kami berdekatan juga dan bapa kami berkawan
rapat. Saya kenali kesemua adik beradik beliau.
Membaca komen Wan Farid dalam Berita Harian tersebut, mengesahkan IB bahawa Wan
Farid adalah seorang ahli politik yang mencari makan dan ingin selamat. Beliau
hanya sekadar ingin dilihat sebagai tokoh yang boleh ditonjolkan bagi UMNO
Terengganu.
Akhir tahun lalu, IB secara kebetulan bertemu Wan Farid di sebuah hotel
terkemuka di KL. Memandangkan lebih 5 tahun kami tidak bertemu dan inilah
pertama kalinya saya bertemunya selepas UMNO tewas di Terengganu, IB gunakan
kesempatan tersebut untuk mendapatkan komennya berhubung perkembangan politik
negeri.
Di awal perbualan, apabila IB menanyakan peluang UMNO/BN merampas Terengganu di
tahun 2004, Wan Farid lantas menjawab “UMNO jangan mimpikan Terengganu tahun
2004”.
Tambahnya lagi, “Janganlah nak tawan semula, nak tambah kerusi pun belum tentu.”
Beliau mengulas lagi dengan panjang lebar sambil menyalahkan pimpinan UMNO
Terengganu sebelum 1999 dan pimpinan pusat yang banyak menyulitkan suasana untuk
mengembalikan sokongan rakyat kepada BN/UMNO.
Pelbagai isu yang ditimbulkan oleh kerajaan pusat, pimpinan UMNO/BN Pusat dan
Negeri dan media-media kerajaan lebih banyak menyukarkan peluang tersebut dan
semakin menjauhkan rakyat Terengganu dari memberi sokongan kepada UMNO/BN.
Malah tindakan dan isu-isu tersebut lebih memberikan sokongan kepada kerjaan
negeri sekarang. Dan yang lebih memeningkan jentera UMNO di kawasan-kawasan
ialah mereka yang simpati dengan PAS dan KeADILan semakin bertambah ramai kerana
marahkan pusat dan surat khabar serta TV yang mengunakan taktik penentang terus
dengan kerajaan pimpinan PAS.
Isu royalti minyak dan wang ehsan adalah antara penyumbang terbesar membuat
rakyat negeri Terengganu berpadu menentang UMNO dan kerajaan Pusat. Rata-rata
rakyat Terengganu menyalahkan Pusat kerana menindas rakyat Terengganu. Dan yang
menjadinya sukar bagi jentera UMNO memenangi sokongan rakyat jelata ialah
kemarahan mereka terhadap pimpinan UMNO negeri yang bersekongkol dalam menyekat
hasil mahsul negeri mereka sampai ke periuk nasi orang ramai – kerana
kebanyakkan mereka melihat wang-wang yang dibahagikan melalui wang ehsan hanya
tertumpu kepada golongan kecil rakyat Terengganu.
Wan Farid menegur juga pimpinan UMNO yang telah memerintah negeri Terengganu
sekian lama dengan jumlah wang royalti yang diperolehi melebihi RM7 ribu juta
yang tidak sampai ke rakyat jelata. Wang hasil dari royalti minyak itu tertumpu
untuk memperkayakan sesetengah golongan dalam parti dan banyak di habiskan untuk
projek-projek yang membazir.
Beliau juga merasa hairan bagaimana sebuah negeri di antara yang terkaya di
bawah pemerintahan kerajaan BN semenjak terjumpanya minyak di negeri Terengganu,
tetapi masih tergolongan sebagai negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang
tertinggi (di kalangan negeri di bawah BN – “janganlah bandingkan dengan Kelatan
yang sememang di bawah PAS … “ hujah beliau.
“Apakah yang telah dilakukan oleh Wan Mokhtar dan pimpinan semasa itu?” persoal
beliau. Sambil menyebut pelbagai projek yang membazir dan senarai mereka yang
rapat dengan Wan Mokhtar yang telah menjadi kaya raya, Wan Farid ternyata kesal
dengan pimpinan UMNO ketika itu banyak habis masa dan wang dalam perebutan kuasa
sesama sendiri sehingga hilang terus kuasa pemerintahan negeri. Percakaran
dalaman di antara Wan Mokhtar/Yusof Nor/Bakar Daud/Rashid Ngah menguntungkan
pihak pembankang.
Dengan komen yang dibuat dalam akhbar Berita Harian ternyata, Wan Farid hanya
sekadar menepati “…Penonjolan Pemimpin-pemimpin Pelapis ini hanya di gunakan
oleh UMNO untuk bersuara dalam Surat Khabar semata-mata? Terutama dalam
menyokong serta mengampu apa-apa komen Mahathir dalam Surat khabar dan tidak ada
lebih dari itu …” seperti yang disebut oleh SeteruJabat dalam tulisan beliau
itu.
Sekian
Ibrahim Baba
3 April 2001