Beberapa insiden kebelakangan ini telah mengesahkan bahawa Pak Lah memang telah
mengatur strategi untuk rampas kuasa dari Mahathir.
Peristiwa di Kg Malau (Kubang Pasu) adalah antara satu mainan Pak Lah untuk
membuat rakyat Kubang Pasu marah dengan Mahathir. Semburan air “water cannon”
FRU dan tembakan beberapa kelongsong gas pemedih mata di dalam kawasan
perkampungan yang aman jelas nampak disengajakan.
Yang terbaru, ketika isu penangkapan ISA yang terbaru dengan kata-kata “… saya
tak mahu lihat satu lagi kes mata lebam …“
(http://202.56.157.37/News/2001/04/2001041205.php3 dan turut disiarkan dalam
lain-lain media kerajaan 13 April 2001) Pak Lah cuba memberi maksud bahawa
“tumbukan Rahim Noor” adalah restu Mahathir ketika menjadi Menteri KDN.
Manakala bila Pak Lah menjadi Menteri KDN, perkara seperti itu tidak akan
berlaku. (?)
Percaturan pemilihan ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO baru-baru ini banyak
meyebelahi Pak Lah. Dan ini Mahathir tahu. Dan ini Mahathir panik.
Malah dalam kemelut parti UMNO perebutan kuasa dalam UMNO ini banyak pihak yang
cuba mengambil kesempatan termasuk Ku Li. Dalam perasmian mesyuarat bahagian
Gua Musang, Ku Li jelas menunjukkan “sokongannya” dan mengampu Mahathir. Apakah
tujuan Ku Li berikan sokongan “padu” kepada Mahathir? Apakah Ku Li nampak
peluangnya sekarang (dalam suasana Mahathir sangat bengang dengan Pak Lah yang
telah tunjuk melawan tawkeh). Mahathir pula cuba mendapatkan sokongan Ku Li
bagi menentang arus kemaraan Pak Lah.
Sekian
Ibrahim Baba
13 April 2001