Siapa Munshi Abdullah?
(dipetik dari mel yang IB terima)
Assalamualaikum wbt.
Semalam, dalam menunggu masuknya Isyak selepas solat Maghrib, Ust.
Nasharudin Mat Isa telah mengadakan tazkirah pendek (dan spontan) di Surau
Al-Amin, BTHO...mengupas tentang Fikh dan Sirah Rasulullah (saw).
Banyak kupasan menarik yang disampaikan tentang sirah baginda Rasulullah
tapi insyaAllah kalau diizinkan dapat dikongsi bersama di lain kesempatan.
Yang sangat² ingin dikongsikan adalah cerita mengejutkan dari ustaz dalam
intro tazkirahnya tentang sirah-sejarah, bila menceritakan tentang sejarah
dan menyentuh sedikit tentang sejarah Tanah Melayu, maka terkeluarlah nama
Munsyi Abdullah.
Jemaah termanggu bila ditanya Ust. Nasharudin tentang antara hasil
penulisan pertama Munsyi Abdullah yang kita gelarkan "Bapa Persuratan
Melayu" tu...dan beristighfar panjang bila diberitahu antara hasil tulisan
Munsyi yang pertama adalah translation BIBLE KE DALAM BAHASA MELAYU YANG
DITULIS DALAM SKRIP JAWI!
Yang mana manuskrip asalnya masih ada di British Public Library, London.
Pagi ni, bagi menyokong kenyataan Ust. Nasharudin maka dilayarilah website
British Library - search dalam British Library Public Catalog dan hanya
mampu beristighfar panjang bila hit yang didapati seperti yang disertakan
di
bawah ini:
Record 18 of 21 item(s)
Uniform title: Bible. N.T.. Malay
Title: Kitab injil al-kudus dari pada Tuhan Isa al-Masih
Joint author/editor: Abdullah bin Abdul Kadir. Munsyi
Joint author/editor: Keasberry. Benjamin Peach
Publication details: [Singapore]. [B.F.B.S.]. [1856]
Description: [No pagination, ca.600p]. ill. 21cm
Shelfmark: ORB.30/453. OIOC
Notes: Lithograph
Notes: Uncoloured double decorated frontispiece
Notes: Translation revised by B. P. Keasberry and Munsyi Abdullah
Notes: Darlow & Moule (1911) no.6509
Notes: Jawi script
Selepas lebih suku abad saya menerima pakai kenyataan bahawa beliau adalah
Bapa Persuratan Melayu sejak semalam fakta tu dah cukup tak relevan lagi.
Bagi yang ingin surf/search sendiri ke website British Public Library:
http://blpc.bl.uk - click SEARCH option - select All
Material (radio button),
dalam field Author/Editor masukkan Munsyi - click
Submit Search - Result akan menyatakan Your Search has found 21 items -
scroll ke item [18].
Wassalam...
Pengirim:
"Amirul Akiera"