IB baru kembali dari Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Kebetulan ada
urusan-urusan penting dengan beberapa pegawai kanan dan salah seorang Setiausaha
“xxxx” Pak Lah. Sememangnya di akhir ini IB kurang menulis kerana banyak
turun-naik pelbagai kementerian dan pejabat kerajaan dan juga ke beberapa bank
di ibu negara.
IB tidak dapat menulis panjang tetapi hanya sekadar menyampaikan berita yang
baru dimaklumkan kepada IB. Kesahihan berita tidak dapat IB pastikan namun
sumbernya ialah dari KDN sendiri. Tak mungkin mereka sengaja mereka-rekakan
cerita ini.
Salah seorang pegawai di KDN yang IB temui hari ini memaklumkan bahawa surat
dari PDRM sudahpun tiba ke KDN untuk tindakan dan tanda-tangan Menteri Dalam
Negeri.
Mengikut sumber ini, kesemua 10 orang tahanan ISA baru-baru ini akan di bawa ke
kem tahanan Kamunting bagi tahan selama 2 tahun. Ini akan dilaksanakan sebelum
tamat tempuh tahanan 60 hari di pelbagai tempat tahanan di sekitar ibu negara.
Namun, beberapa orang tahanan ini mungkin dibebaskan JIKA berlaku sesuatu
“perkembangan baik” (???) dalam masa yang terdekat ini.
Kita sama-sama tunggu dan doa’kan mereka semua selamat dan bertambah kuat
keazaman dan perjuangan mereka.
Sekian
Ibrahim Baba
29 May 2001