IB telah beberapa kali mengulas isu berkaitan ini. Terlanjur penangguhan
pengumuman tarikh pilihanraya kecil Likas oleh Pengerusi SPR tadi (13 Jun), dan
artikel tulisan Ibn Sabah, “Asal BerIC Biru Mereka Adalah Warganegara?”
(http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1786.htm), izinkan IB menambah
lagi.
Dalam menuduh kesukaran mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan yang lain
(Imigresen, Pendaftaran dan Polis), Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman sebenarnya
cuba mencari helah dan alasan untuk melaksanakan beberapa strategi lagi bagi
memastikan senarai pengundi terbaru Likas dapat diubahsuai bagi memastikan
kemenangan untuk BN.
Dalam beberapa artikel terdahulu,
1. Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN
http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/ feu_gelita_ib21.html
http://tranung.swsites.net/mac/ib31.htm
2 Lanjutan Kisah Mastermind Pendatang Haram di Sabah kini di BTN
http://members.nbci.com/ tranung/april/ib37.htm
IB telah membongkarkan kisah beberapa tokoh kerajaan yang terlibat dengan
pemalsuan kad pengenalan di Sabah suatu masa lalu. Tokoh utama (Abdul Raof –
orang yang menyediakan pengundi hantu mengguna pendatang haram di Sabah) yang
telah dijatuhkan hukuman “penjara” kini bertugas semula dengan agensi kerajaan
yang amat strategic – Biro Tata Negara (BTN) – sila rujuk artikel 1. Seorang
lagi tokoh utama ketika itu ialah Tan Sri Shamsuddin, kini memegang jawatan
tertinggi dalam perkhidmatan awam – Ketua Setiausaha Negara (KSN) – rujuk
artikel 2. Apakah ini habuan untuk tugasan-tugasan mereka yang lepas-lepas.
Pengerusi SPR menyatakan, sebentar tadi, bahawa sukarnya membezakan di antara KP
yang sah dengan yang palsu. Sememangnya begitu kerana bekalan untuk KP palsu
adalah dari dalam kerajaan atau pengeluar KP kerajaan sendiri. Dengan
penglibatan tokoh kerajaan yang “high-power’ seperti itu sudah pasti ianya
mendapat sumber bekalan yang asli.
Jika benar kata-kata Pengerusi SPR bahawa beliau menantikan pengesahan maklumat
dari agensi kerajaan lain, apakah sebelum ini tiada kerjasama seperti itu?
Apakah baru kali ini maklumat dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan?
Jika sebelum ini sudah ada kerjasama dengan JPN, mengapa kita dapati terlalu
banyak nama-nama pengundi yang sudah meninggal dunia masih lagi dalam daftar
pengundi setiap kali pilihanraya diadakan.
Malah menurut seorang pegawai kanan di SPR menyatakan bahawa menurut rekod dan
kajian serta analisa beliau sendiri - dari daftar pengundi yang mempunyai nama
mereka yang sudah meninggal dunia terdapat juga “pengundi” ini mengundi pada
hari mengundi (!). Ini bermakna ada orang-orang tertentu yang “menyimpan” KP/IC
orang-orang yang sudah mati guna untuk hari-hari pilihanraya.
Sebenarnya, Mahathir amat marah dengan pembatalan keputusan pilihanraya Likas.
Dengan kes ini ada kemungkinan beberapa petisyen lain dengan hakim-hakim yang
berani akan menyukarkan lagi membongkarkan lagi pelbagai penipuan dalam daftar
pilihanraya.
Kita lihatlah strategi-strategi yang bakal dilaksanakan oleh SPR/BN bagi
memastikan mereka menang di Sabah dan lain-lain pilihanraya.
Sekian
Ibrahim Baba
13 Jun 2001