Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir – Cakap Tak Serupa Bikin

Sememangnya Mahathir hanya mahu digelar wira dunia ketiga tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang amat zalim di negeranya sendiri. Begitulah juga rakan-rakannya yang lain seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe dan Castro dari Cuba. Mugabe adalah pemimpin zalim yang dahsyat di negaranya dan cuba ditonjolkan sebagai wira dunia Afrika.

Dalam muka dua akhbar The Star hari ini (13 Jun) dengan tajuk “Help out poor countries, rich oil nations urged”, Mahathir cuba menonjol dirinya memperjuangkan nasib negara-negara miskin dengan menggesa negara-negara kaya pengeluar minyak membantu mengurangkan beban akibat kenaikan harga minyak.

Walhal di tanah air sendiri, Mahathir telah merampas hak rakyat negeri Terengganu yang merupakan negeri kedua termiskin dan malah Terengganu adalah merupakan negari TERMISKIN di kalangan negeri-negeri semasa di bawah pemerintahan BN/UMNO walaupun telah mendapat royalti berjumlah lebih RM7 ribu juta.

Usah cakap soal wang ehsan. Bukan sahaja pemberiannya tidak setimpal langsung dengan nilai royalti yang sepatutnya diperolehi tetapi ianya penuh dengan penyelewangan dalam pembahagiannya dan penggunaannya.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana adanya lagi rakyat Terengganu yang “tergamak” melihat rompakan di siang hari yang dilakukan oleh UMNO/BN. Jika ada segelintir mereka ini, maka mereka adalah TIDAK BERHATI PERUT melihat penderitaan rakyat jelata di negeri Terengganu. Negeri Terengganu yang mengeluarkan pendapatan tertinggi untuk negera Malaysia telah dianak-tirikan hanya kerana tamaknya segelintir pemimpin UMNO negeri yang utamakan kedudukan dan kuasa mereka dari memperjuangkan nasib rakyat jelata.

Begitulah para pemimpin UMNO yang asyik menuruti Mahathir yang cakap tidak serupa bikin. Menyuruh oarng lain Bantu negara miskin, dia sendiri yang menindas negeri miskin di negaranya sendiri.

Sekian
Ibrahim Baba
13 Jun 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com