Beberapa bulan lalu telah diumumkan pemberian kontrak penswastaan pelabuhan
Kemaman, Terengganu oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya. (Privatisation of East Wharf and Liquid Chemical Berth of Kemaman
Port). Kontrak itu telah diberikan kepada konsortium yang diberi nama
Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd. Pemilik utama konsortium itu ialah Road
Builder (70%) manakala Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad
diberi ekuiti kecil sebanyak 30%.
Menurut sumber dari seorang pegawai kanan UPE, cadangan penswastaan ini mula
dikemukakan oleh EPIC dan dua-tiga lagi syarikat lain pada sekitar tahun 1993.
Pada ketika itu, Road Builder tidak pernah pun menghantar apa-apa cadangan.
Secara “niat” UPE telah “memberikan kontrak” ini kepada EPIC (sebelum 1999)
dengan mengadakan beberapa siri perbincangan semenjak beberapa tahun yang lepas.
Kemunculan Road Builder adalah di saat-saat akhir ini bagi mengelakkan pemberian
kontrak penswastaan tersebut kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri
Terengganu. Ini adalah kerana pemegang saham terbesar EPIC adalah Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT/TSEDC).
Setelah PAS menguasai Terengganu, kerajaan Pusat telah berusaha mencari jalan
untuk menyekat segala sumber pendapatan untuk pemerintahan negeri Terengganu.
Yang telah diketahui umum ialah rompakan wang royalti. Dan terdapat pelbagai
lagi usaha yang sedang dilakukan untuk sekatan-sekatan lain.
Menurut pegawai UPE itu lagi, arahan untuk menukar pemberian kontrak penswastaan
ini dibuat selepas pilihanraya November 1999. Road Builder dari segi zahirnya
dimiliki oleh Tengku Ahmad Rithaudeen. Tetapi mengikut sumber di kalangan ahli
korporat pemilikan sebenarnya ada di tangan kuasa yang lebih besar dalam UMNO.
Apakah bodohnya anak-anak Terengganu yang masih lagi menyokong UMNO yang
terang-terang merompak wang royalti dan kini mengalihkan pengurusan pelabuhan di
negeri sendiri kepada syarikat bukan milik kerajaan sendiri. Dengan erti kata
lain – dengan mengambil hasil mahsul negeri Terengganu untuk memperkayakan orang
luar Terengganu. Yang tinggal papa kedana ialah rakyat yang berterusan miskin
hasil kerja pengagihan kekayaan negeri Terengganu sesama puak UMNO semenjak
Terengganu diperintah UMNO/Perikatan/BN dari zaman Ibrahim Fikri lagi hinggalah
Wan Mokhtar.
Bodoh betul orang-orang Terengganu yang masih menjunjung penjajahan imperialis
cara UMNO ini …
Sekian
Ibrahim Baba
21 Jun 2001