Kenapakah IB menggunakan tajuk di atas untuk mengulas kebakaran yang berlaku di
DTC? Kenapa IB kaitkan kebakaran itu dengan pengeboman bangunan pentadbiran
kerajaan di sebuah bandaraya di Amerika Syarikat?
Jika kita baca dan dengar/tonton laporan berita berhubung kebakaran DTC dan
ulasan-ulasan sumbang serta tuduhan melulu beberapa pimpinan kerajaan dan para
pimpinan UMNO/BN jelas memperlihatkan banyak persamaannya dengan pengeboman di
Oklahama City.
Sebaik sahaja berlakunya pengeboman di Oklahoma, sasaran keseluruhan media di
Amerika Syarikat ialah menuduh bahawa pengeboman tersebut dilakukan oleh
“pengganas Islam”. (Secara kebetulan IB semasa itu berada dua minggu di
Amerika) Keseluruhan jentera siasatan negara Amerika digerakkan bagi menahan dan
menangkap mereka yang dilabelkan dan distereotypekan sebagai mempunyai mirip
identiti dan profil “pengganas Islam”. Maka keseluruhan pintu masuk/keluar
Amerika di periksa rapi dan menahan ratusan orang-orang yang tidak bersalah
kerana memenuhi diskripsi profil seorang “pengganas Islam”.
CAIR (Council on American-Islamic Relation) banyak melapor pelbagai rungutan dan
masalah yang telah dialami oleh ribuan umat Islam yang tinggal di Amerika serta
mereka yang sedang melawat ketika itu.
Setelah laporan “separuh masak” disiarkan, kebanyakkan saluran utama TV di
Amerika kemudian memetik serta mengundang beberapa “penganalisa” dan “pakar”
bagi membicarakan “kejahatan” dan tindakan liar yang tidak berperi kemanusian
yang “TELAH” dilakukan oleh “pengganas-pengganas Islam” ini.
Namun, telah menjadi pengetahuan umum, kini orang yang sebenarnya melakukan
pengeboman itu ialah orang “mereka sendiri”. Timothy McVeigh telah pun
menjalani hukuman bunuh baru-baru ini. Tidak ada satu pun media yang menuduh
umat Islam sebagai pengganas yang mengebom itu meminta maaf di atas tuduhan
melulu mereka.
Kita kembali kepada ulasan dan laporan media tempatan berhubung kebakaran DTC
kita akan dapat rasakan persamaannya. Dalam ketika pihak bomba dan jabatan
kimia masih belum dapat memastikan punca kebakaran, para pemimpin kerajaan (yang
sepatutnya menunggu laporan pegawai mereka) telah terlebih dahulu menetapkan
punca kebakaran dan dengan cepat menuduh pihak tertentu. Seolah-olah mereka
telah tahu semenjak sebelum berlakunya kebakaran itu (Kalau mengikut seorang
rakan IB sambil bergurau mengatakan, jika pun kebakaran itu tidak berlaku,
mereka ini telah pun dijadualkan untuk mengulas suatu kebakaran yang “telah”
berlaku)
Sedarkah mereka bahawa pada siang dan malam sebelum berlakunya kebakaran
tersebut mereka yang berada di dalam dewan itu adalah mereka yang sedang
menyiapkannya untuk simposium yang dijadual itu? Tambah-tambah lagi personaliti
yang menganjurkan simposium itu (Rahim Tamby Chik) ialah seorang yang terlibat
langsung dalam konspirasi menjatuhkan DSAI dengan peranannya dalam buku “Dalil”
dan ‘road show” berikutnya dan beberapa lagi siri tugasan penting. Bukankah
telah terbukti sebelum ini bahawa beliau sememangnya pakar dalam menutup serta
mengada-adakan bukti
Kenapa pula Mahathir sangat beriya untuk menghentam dan menuduh kumpulan pelajar
yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap lawatan seorang yang paling
dibenci oleh rakyat negara ini? Kenapa cepat sangat Mahathir (dan rakan
sekutunya yang lain) dengan melulu merumuskan ianya “telah” dilakukan oleh
penentang kerajaan?
Apakah selepas ini ahli kimia pakar DNA yang sama dari jabatan kimia akan sekali
lagi membuat analisisnya dan mengadakan bukti sepertimana beliau lakukan semasa
pembicaraan DSAI?
Apakah Norain/JJ/Musa Hassan dan kuncu-kuncunya dengan “cekap” telah dapat
mencari (baca; mengadakan) bukti-bukti kukuh untuk pendakwaan terhadap “mangsa”
yang telah dikenalpasti sebelum berlakunya kebakaran itu sepertimana pihak polis
telah memperolehi (baca: mengadakan) bahan bukti Molotov cocktail dan pelancar
missile yang akan digunakan oleh 10 tahan ISA baru-baru ini?
Apakah sukar sangat untuk mencari seseorang yang sanggup mengaku dan dijadikan
kambing hitam? Pegawai yang terlibat langsung dan dikambing hitamkan dalam
skandal pemalsuan kad pengenalan di Sabah untuk tujuan menyediakan pengundi
hantu telah pun “menjalani hukuman” penjaranya dan kini diberi pula jawatan yang
lebih penting di Biro Tata Negara! Bukan itu sahaja – selepas “keluar penjara”
rumahnya pun diubahsuai – apa pula kebetulannya? (Mastermind Pendatang Haram di
Sabah kini di BTN
http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_gelita_ib21.html atau
http://tranung.swsites.net/mac/ib31.htm
dan Lanjutan Kisah Mastermind Pendatang
Haram di Sabah kini di BTN
http://tranung.0catch.com/april/ib37.htm
Topik ini amat menarik untuk IB dan akan IB ulas lagi – Insha Allah.
Sekian
Ibrahim Baba
1 Jul 2001