Para penganjur, hadirin, jemputan dan penceramah-penceramah Simposium Hala Tuju
Penegasan Mahasiswa yang dijadual untuk diadakan di DTC Universiti Malaya
sepatutnya bersyukur. Para ibu bapa pelajar yang hadir di seminar tersebut
sepatut juga bersyukur kerana Allah Azzawajala telah selamatkan anak-anak mereka
dari terperangkap dalam kebakaran di DTC.
Oleh kerana kebakaran itu disebabkan oleh litar pintas (bukannya sabotaj atau
arson), maka ianya boleh berlaku bila-bila masa. Dan api boleh merebak dengan
amat pantas seperti apa yang telah terjadi kepada DTC.
Jika kejadian itu berlaku ketika hadirin sedang asyik bersimposium sudah tentu
keadaan kelam kabut akan berlaku dan berkemungkinan terdapat peserta yang cedera
atau pun ada yang mati (minta dijauhkan).
Mungkin Allah Azzawajala ingin mengingatkan para penganjur dan hadirin atau
ianya sebagai amaran kepada semua termasuk kita yang tidak terlibat.
Mereka harus bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada mereka dan menjauhkan
dari ditimpa bala.
Jika pun ada yang berkeras hati tidak percaya dengan tiada penemuan bukti
berlakunya kebakaran akibat sabotaj, mereka tetap MESTI bersyukur kerana “orang
yang mereka tuduh” sekurang-kurangnya tidak “melakukannya” semasa mereka penuh
di dalam DTC berseminar dan MUNGKIN DALAM keadaan lalai mengingati Allah.
Kita harus redha dan bersyukur terhadap apa yang dikurniakan Allah.
Sekian
Ibrahim Baba
6 Jul 2001