Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kebakaran DTC: Bila Rahim Tamby Chik Nak Sedar?

Telah diketahui umum bahawa Pengajur Simposium Hala Tuju Penegasan Mahasiswa yang sepatutnya di adakan di DTC yang terbakar itu ialah Rahim Tamby Chik (RTC) yang popular kerana angka 15.

Jika kebakaran itu tidak berlaku, mungkin orang ramai tidak akan tahu bahawa simposium tersebut dianjurkan oleh seorang yang sepopular demikian dan seorang yang amat dikait rapat dengan konspirasi dalam menjatuhkan DSAI dan telah mengadakan “road show” bersama Ummi Hafilda.

Kini bila kebakaran itu berlaku, maka ramai yang sedar bahawa beberapa tokoh tertentu UMNO (yang tidak ada jawatan rasmi) rupa-rupa sibuk mengaturkan strategi dan pelbagai perancangan untuk meracuni fikiran pelajar dengan propoganda politik mereka di kalangan pelajar IPTA. Mereka yang masuk kampus, mereka tuduh PAS racuni pelajar universiti!

Wang siapakah yang digunakan untuk membiayai simposium sedemikian besar (menerbangkan siswa-siswi dari Sabah dan Sarawak. Wang kita semua?

Mengapa bila badan pelajar universiti-universiti tempatan ketika ingin mengadakan pelbagai program khidmat masyarakat dan lawatan sambil belajar, mereka dikenakan mengeluar wang sendiri atau mencari sendiri penaja yang sanggup. Walhal simposium yang dianjur tokoh politik UMNO seperti ini nyata dan jelas adalah untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Bilakah RTC nak sedar? Amaran Allah Azzawajala spesifik untuk RTC telah kerap diperlihatkan. Malah terbongkarnya kisah angka 15 adalah suatu amaran Allah yang amat ketara. Satu demi satu Allah menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya. Usah disembunyikan, Allah Maha Mengetahui. Sayangnya RTC masih tidak sedar. Malah RTC tetap RTC yang ramai orang kenali.

Rahim harus sedar, apa akan jadi jika kebakaran DTC itu berlaku ketika simposium sedang dilaksanakan dan dipenuhi dengan para pelajar IPTA (harapan ibu bapa mereka). Bagaimanakah RTC hendak hadapinya jika berlaku mala petaka seperti itu dan mengakibatkan kematian dan pelbagi kecederaan,? Siapa yang akan dipertanggung jawabkan?

Setiap ketika Allah Azzawajalla akan memperlihatkan kepada manusia sesuatu yang merupakan sebagai amaran dan peringatan – bagi mereka yang terbuka pintu hatinya. Kita sama-sama berdoa agar Allah tidak menutupi hati kita dari mendekatiNya, Ameen Ya Ghafuurur Raheem.

Sekian
Ibrahim Baba
6 Jul 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com