Jika ditanya rakyat umum, pasti jawapan yang diberi ialah Sultan Mizan,
Sultan Terengganu dan Timbalan Agung sekarang, akan menggantikan Sultan
Salahuddin, yang sedang menjalani rawatan, sebagai Agung. Sememangnya
begitu tradisi perlantikan Agung dan Timbalan Agung selama ini, di mana
Timbalan Agung akan menjadi Agung selepas tamat tempoh atau berlaku
kemangkatan kepada Agung.
Namun, untuk kali ini, Sultan Mizan (SM) tidak boleh yakin dengan
tradisi ini. Semenjak perlantikan SM sebagai Timbalan Agung, pihak Istana
Seri Perdana kurang senang dengan bakal penghuni Istana Negara itu.
Banyak sebab yang tidak disenangi oleh penduduk Istana Seri Perdana dan
sekelian hulubalangnya. Pelbagai usaha telah dan sedang dirancang dan
dilaksanakan untuk memastikan SM tidak dilantik sebagai Agung.
Kemangkatan Tuanku Raja Perlis memberi peluang terbaik para konspirator
ini. Dengan perlantikan Raja baru untuk Perlis telah membuka ruang
untuk mereka menyekat SM dari menjadi Agung.
Strategi terbaru mereka tertumpu untuk mencari pelbagai alasan agar
Raja Perlis dilantik menjadi Agung dan mengekalkan SM sebagai Timbalan.
Sehingga ini, bilangan Raja dan Sultan yang telahpun menyetujui
perancangan mereka sudah mencukupi untuk mempengaruhi Majlis Raja-raja untuk
menerima rancang konspirasi mereka. Walaupun tiga lagi Sultan, yang
mereka tidak yakin akan menyokong rancangan mereka, telah mereka ketepikan
dan hanya menfokuskan usaha mereka untuk mempengaruhi para Sultan yang
mereka rasa boleh ditarik-hidungkan sahaja.
Kita tunggu dan lihat …
Sekian
Ibrahim Baba
1 November, 2001
Jangan lupa untuk mendu'akan agar Allah memberi kekuatan dan
pertolongan kepada para pejuang Islam di seluruh dunia terutamanya di Afghanistan
dan Chechnya.