Keputusan MT UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan
Presiden dan Timbalan Presiden, sudah pasti akan
menggegarkan pergerakan parti itu hingga ke akar
umbinya. Gegaran itu boleh dirasakan sudah pun bermula
terutama sekali apabila ahli disogokkan dengan
"keputusan yang dibuat secara konsensus. Soalnya
sekarang, apakah betul keptusan itu dibuat secara
konsensus kerana ketika DSAI dipecat daripada
jawatannya dulu pun dikatakan dengan konsensus juga.?
Tanpa mendapatkan butiran yang lanjut kita sudah
disogokkan oleh berita betapa keputusan itu adalah
yang baik untuk merapatkan kembali ketegangan dalam
parti dan kekalutan di kalangan ahli parti. Ini
dikatakan amat sealiran dengan saranan presiden parti
bahawa orang Melayu harus bermaaf-maafan dalam bulan
Ramadhan ini.
Jikalau kita lihat akan stail kepimpinan MAHAFIRAUN
ini, dia selalunya menggunakan taktik membocorkan
sesuatu rahsia ataupun strategi yang akan
dipraktikkannya beberapa minggu sebelum membuat
keputusan penting ke arah itu. Hanya baru beberapa
hari yang lalu beliau telah berucapa agar rakyat tidak
lagi mengamalkan permusuhan kerana pilihanraya sudah
berakhir. Rakyat diminta melaksanakan demokrasi
sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh masyarakt
Barat. "Apabila piliharaya tamat mereka ketepikan
masalah parti dan rapatkan hubungan", katanya ketika
berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Al Hana.
Mengikut beliau, inilah keadaanya yang menyebabakn
pertikaian berlarutan di kalangan rakyat, terutama
sekali orang Islam.
Dengan hal yang demikian kita boleh buat andaian
bahawa MAHAFIRAUN mahu rakyat melupakan peristiwa yang
lalu dan cuba merapatkan balik hubungan. Bagi orang
Melayu nasihat itu adalah laksana pepatah lama yang
berbunyi "Carik-carik bulu ayam..." Menyedarai pilihan
pepatah ini sebagai tema mesyuarat Majlis Teritnggi
itu rakyat telah disogokkan dengan berita betapa satu
konsesus telah dibuat untuk menentukan agar dua
jawatan teratas dalam parti tidak dipertandingkan.
Untuk memperkuatkan 'keputusan konses' itu kita dapat
kesan betapa beberapa pemimpin veteran UMNO telah mula
melalak dan menyokong dan berkta ianya sebagai
keputusan yang paling bijak. Sehingga hari ini kita
belum pun mendengar sebarang reaksi negatif daripada
para pemimpin UMNO yang lain.
Kepimpinan Mengikut Konsep Angsa Terbang
Dalam tempoh 18 tahun MAHAFIRAUN mendudukki persada
singgahsana kepimpinan UMNO, kita telah lihat betapa
beliau berjaya mempertahankan kedudukan itu tanpa
bertanding untuk selama 14 tahun. Ini menunjukkan
betapa liciknya manusia ini dalam arena putarbelit
politik. Keupayaannya untuk mengungguli kepimpinan
parti adalah suatu ciri kepimpinan yang amat disukai
oleh para ahli politik Jepun. Pemimpin politik Jepun
memang amat cenderong dengan taktik ini seperti yang
telah dianjurkan oleh seorang pakar ekonomi yang
bernama Kaname Akamatsu.
Konsep 'angsa terbang' ini adalah serupa dengan konsep
bala tentera membentuk formasi pergerakan mereka yang
disebut sebagai 'the spear formation'. Kedua-dua
konsep ini menggambarkan betapa orang yang berada di
hadapan sekali adalah pemimpin pasukan. Walaupun
formasi itu sama dalam rupa bentuknya, kita boleh
kesan bahawa tindakan kumpulan yang membuat formasi
itu mempunyai sedikit perbezaan dalam menangani
serangan musuh.
Kalau kita lihat burung berhijrah di angkasa kita
akan lihat betapa mereka terbang mengikut pemimpinnya.
Apabila pemimpin itu letih mereka akan turun ke bawah
dan hinggap untuk berehat dan mencari makan. Tetapi,
konsep yang ditonjolkan oleh Kaname Akamatsu itu
sebenarnya menggambarkan betapa angsa yang di hadapan
sekali itu adalah Jepun dan angsa yang mengikut di
belakangnya ialah semua negara di Asia. Apa juga yang
akan dilakukan oleh negara Asia, ia mesti dipimpin dan
didahului oleh Jepun. Fahaman ini nampaknya sudah
dipraktikkan oleh MAHAFIRAUN sejak beliau berjaya
membawa Malaysia mengambil sikap memandang ke Timur.
Kalau kita cermati sejarah politik Jepun sejak
berakhirnya Perang Dunia Ke-2, kita lihat pemimpin
Jepun telah berjaya menjadikan negara itu sebagai
negara yang paling maju di dunia berdasarkan latar
belakangngya yang punah-ranah disebabkan kekalahan
perang dan ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Rakyat Jepun terpaksa menerima kepimpinan cara itu
kerana mereka semuanya sedar betapa pentingnya
mengikut arahan dari atas untuk menebus maruah mereka.
Kerana itu kita lihat betapa orang Jepun kuat bekerja
dan sanggup bekerja hingga larut malam untuk
mempertingkat prodaktibiti mereka. Di sana sini kita
lihat orang Jepun bekerja kuat dan menjadi catatan
para penulis sebagai bahan untuk menaikkan semangat
bangsanya untuk terus maju. Inilah falsafah Jepun yang
selama ini cuba diterapkan oleh MAHAFIRAUN
- Falsafah Jepun yang songsang
Kalau kita tanya rakyat Malaysia yang sudah lama
berada di Jepun samada sebagai pekerja ataupun
pelajar, kita akan diberitahu bahawa keadaan iklim
pekerjaan di Jepun sebenarnya tidaklah sehebat yang
pernah digemba-gemburkan di negara ini. Generasi Jepun
yng ada sekarang adalah satu masyarakt pekerja yang
tidak pun banyak berbeza dengan orang kita. Malahan
mereka masih berpaut pada kepercayaan etika kerja kuno
di mana melompat tempat kerja adalah dianggap sesuatu
yang tidak baik. Bekerja lewat masa adalah satu stail
hidup di sana kerana ada para isteri yang sanggup
membunuh diri kalau suaminya pulang awal. Dia malu
dengan kepulangan awal itu yang melambangkan suaminya
mempunyai pangkat yang rendah di tempat kerjanya. Oleh
sebab sewa rumah di Jepun amat tinggi, ramai pekerja
Jepun tinggal jauh daripada Tokyo hingga 200
kilometer jauhnya dan berulang-alik dengan keretapi
laju untuk ke tempat kerja. Kerana itu di hari bekerja
para pekerja Jepun menghabiskan masa mereka
semata-mata untuk bekerja dan tidak ada ruang lansung
untuk menumpukan minat kepada rumahtangga dan
anak-anak. Tugas itu diserahkan kepada kaum wanita.
Di bidang politik pula kita dapati pemimpin yang
selalu menampakkan muka di akhbar itu sebenarnya
bukannya manusia yang sungguh mempunyai kuasa
mentadbir negara. Mereka terpaksa akur kepada sistem
kumpulan di bawah pengemudian seorang 'godfather' yang
menentukan sesuatu keputusan yang penting untuk
negara. Yang lebih menarik dalam sistem politik Jepun
ialah pembabitan kumpulan kongsi gelap yang terkenal
seperti 'Yakuza' yang bergerak untuk mempertahankan
ataupun menghancurkan karier seorang ahli politik.
Pembabitan kumpulan begini di balik tabir tampuk kuasa
memungkinkah politik Jepun itu selalu bergolak.
Pengaruh kuasa manusia ataupun kumpulan manusia di
balik tabir itu menyaksikann betapa konomi Jepun
mendadak naik selepas mereka kalah perang dulu dan
menjadikan mereka kuasa industri nombor satu di dunia
hinggakan mereka dapat menyaingi Amerika Syarikat.
Akan tetapi sejak sepuluh tahun yang lalu kuasa itu
semakin luntur dan kalau kita ingat ketika itulah kita
Malaysia telah amat cergas memandang ke negara itu.
Kini, Jepun semakin melepaskan kuasanya sebagai
pemimpin bagi rantau Asia dan sudah jelas bahawa ia
akan melepaskan kuasa itu kepada China. Keadaan
ekonomi Jepun semakin tertekan dan sudah nampak sangat
betapa ramai pekerja Jepun yang sudah memberontak
untuk mengubah stail hidup mereka. MAHAFIRAUN AMAT
ARIF DENGAN SUASANA POLITIK JEPUN tambahan pula beliau
diberi ruang untuk menulis di sebuah akhbar terkemuka
di sana. Pada satu masa dulu orang Jepun amat minat
dengan tulisannya teatpi mengikut seorang teman, minat
itu semakin pudar. Semakin ramai pembaca setiaya sudah
menjadi bingung seleps beliau menangkap DSAI dan
memenjarakannya. Ramai orang Jepun berpendapat
tindakannya itu adalah tidak berperi kemanusiaan dan
tidak selari dengan penulisannya yang selalu mengecam
kuasa-kuasa besar.
Oleh kerana budaya Jepun bertunjangkan budaya samurai,
ramai peniaga Jepun berkata bahawa Malaysia sepatutnya
menyelesaikan politknya secepat mungkin. "Kalau boleh
eloklah suruh MAHFIRAUN bersara dengan hormat dan
membebaskan DSAI. Kami orang Jepun sentiasa menyanjung
dan memuja seorang wirawan. Kerana itu kumpulan
Yakuza mempunyai tempat dalam peradaban perniagaan
orang Jepun."
Pengaruh Yakuza dalam UMNO
Menyedari hakikat ini kita dapat merasakan bahawa
adanya ciri-ciri pengaruh Yakuza dalam kepimpinan UMNO
sekarang. Ini dapat dilihat melalui cara parti itu
ditadbir sejak kebelakangan ini. Telahan kita ini
semakin diperkuatkan dengan perlantikan seorang
peniaga yang bergelar warga istana sebagai setiausaha
kerja UMNO. Manusia ini yang tidak disahkan asal usul
istana nenek moyangnya di negara ini pada satu ketika
dulu adalah tuanpunya akhbar yang sudah pun ditutup
dan semua orang tahu beliau adalah merupakan seorang
'sidekick' kepada 'cashier bank' yang akhirnya menjadi
taikun terkenal di Malaysia yang bernama Tan Sri
Vincen Tan. Sesiapa yang mahu kenal dengan manusia ini
eloklah tanya M.G. Pillai dan dia akan ceritakan yang
sebenar-benarnnya. Untuk mengetahui latar belakang
balacinya yang kini menjadi Setiausaha Kerja UMNO itu
eloklah tanyakan Haji Subky Latif.
Budaya Yakuza nampaknya sudah diubahsuai untuk sinario
Malaysia dan nampaknya ia sudah menular daripada pucuk
pimpinan parti UMNO hinggalah ke bawah-nya. Inilah
yang menunjukkan betapa UMNO berupaya bertahan dalam
pemilu-10 dulu. Walaupun rakyat sebagi hakim yang
menentukan siapa yang berhak menjadi wakil mereka,
keputusan pemilu telah menafikan hasrat itu kerana
adanya pelbagi kes undi tipu dan undi hantu. Kita
diberitahu bahawa kewujudan pelbagi kes yang
menunjukkan penyelewengan dalam penaftaran pemilih
menunjukkan pembabitan SPR alam penipuan itu. Cukuplah
di situ sahaja kita membincangkan perkara ini kerana
menghormati kesucian bulan Ramadhan. Cuma kita
takutkan pengruh Yakuza itu telah disemadikan oleh
Pemuda UMNO dengan kewujudan pasukan gerak gempur
mereka.
Penipuan politik dari kacamata Islam
Dalam apa segi pun, penipuan dalam apa bentuk pun
dari kacamata sesiapa pun adalah bersalahan dengan
undang-undang. Dengan hal demikian, sesiapa yang telah
menang pemilu-10 dulu dengan cara penipuan haruslah
sedar akan bahananya. Kalau ia tidak datang esok ia
akan muncul lusa. Ktia juga percaya azab yang akan
datang munkin laksana titisan embun di tengah malam,
ia akan menitis berdikit-dikit membawa kesengaraan
secara bertahap dan akan muncul ketika si mangsa
sedang beristirehat dan amat memerlukan istirehatnya
itu.
Teori Gajah yang Berantai
Kita ingin merakamkan satu teori sosial yang pernah
ditulis oleh seorang pemikir Melayu beberapa tahun
yang lalu:.
Kalau kita perhatikan seekor gajah yang besar dan
teliti pula rantai yang terikat di kakinya kita tentu
terfikir kenapakah gajah itu tidak mahu melepaskan
diri daripada rantai itu. Ia lebih sanggup mundar
mandir mengikut kepanjangan radius rantai tersebut.
Sedangkan kalau dia naik minyak, gajah itu dapat
mencabut rantai tersebut dengan mudahnya. Di sarkas
pula kita lihat betapa gajah bersedia akur kepada
arahan gembalanya yang memegang sebilah rotan ataupun
cemeti yang pendek, sedangkan kita tahu dan pernah
melihat betapa gajah boleh mencabut serumpun tebu yang
besar dengan mudah sekali.
Gajah yang berperangai demikian adalah binatang yang
telah di 'turnover' otaknya, bukan oleh orang Bukit
Aman tetapi oleh si gembala yang melatih gajah itu
ketika kecil lagi.
Seekor gajah liar yang kecil akan dirantai kakinya dan
dilatih untuk mendegar kata pelatihnya. Gajah itu akan
meronta-ronta dan tidak akan dapat melepaskan dirinya
kerana ia masih kecil lagi dan rantai itu amat teguh
terpaut kepada pasak yang kuat. Si gembala akan
menggunakan rotan untuk melentur emosi gajah itu dan
memasakkan otaknya dengan ajaran yang dapt
menjinakkannya. Proses dera dan upah menjadi fokus
latihan sehingga gajah itu matang untuk menjadi
binatang tontonan sarkas ataupun alat peranian dan
pengangkutan.
Akan tetapi, kalau gajah itu naik minyak, dia akan
mengamuk dan melupakan segala ajaran itu dan dapat
melepaskan dirinya. Malahan ada ketikanya gajah itu
akan membunuh si gembala yang satu ketika dianggpanya
sebagai seorang bapa. Fenomena ini adalah disebabkan
program yang direncana oleh manusia itu telah diveto
oleh Tuhan, kerana fenomena gajah naik minyak adalah
fenomena mengikut tabiii binatang.
Implikasi Keputusan Konsensus
Jkalau mengikutkan keadan sekarang adalah difikirkan
bahawa tidak mungkin konsensus yang dicapai oleh MT
itu akan dapat bertahan lama. Saya pasti ahli UMNO
tidak akan bersetuju sebulat suara dengan keutusan
itu. Akar umbi UMNo sudah tidak yakin dengan pucuk
pimpinan parti seperti juga mereka tidak percaya
bahawa ada hanya 'sepuluh orang budak hitam' yang
menimbulkan masalah sehinggga tersungkurnya UMNO
Terengganu. Kalau betullah hanya sepuluh orang
kenapakah tidak diberikan jawatan Ketua Perhubungan
Umno Negeri Terengganu itu kepada seorang ahli politik
yang terkanan selepas Ayah Wang?
- Bila kejantanan tergugat
Ramai pemimpin UMNO yang tergugat statusnya. Mereka
yang bercita-cita menjadi PM selpas MAHAFIRAUN
merasakan tertipu dengan tipu-helah diktator itu. Akar
umbi sedang menunggu siapakah di antara pemimpin ini
yang akan melanggar peraturan. Mereka tidak punyai
masa dan akan menjadi semakin tertekan. Kita dapat
menelah beberapa sinario lagi yang mungkin muncul.
Dalam satu masa yang amat terdekat seandainya tidak
ada sesiapa yang berani melanggar peraturan itu
perkara begini mungkin timbul:
a) Ada cawangan yang mencalonkan nama seseorang untuk
menentang MAHAFIRAUN. Apabila ini berlaku akan mulalah
pecahnya empang segan-silu di kalangan akar umbi.
(b) Perkara yang sama akan berlaku untuk menentang Pak Lah
(c) Ada beberapa pemimpin yang sekarang ini menonjol
akan diperlekehkan oleh akar umbi sehingga
memungkinkan personaliti itu menarik diri untuk
bersara dari bidang politik.
(d) Akan tercetus
perdabatan hangat mengenai keputusan MT itu kerana
semangat menentang kepiminan parti semakin membuak
sekarang dan sukar untuk dibendung.
(e) seandainya
berlaku sebarang plihanraya kecil disebabkan sesuatu
katastropi di kalangan wakil rakyat BN yang ada,
keadaan akan jadi lebih meruncing kalau calon Bn itu
kalah. Ini mungkin sebab yang utama kenapa persidangan
UMNO itu dipercepatkan supaya musibah ini dapat
dielakkan.
(f) Akar umbi amat tidak puashati dengan
cara perlantikan dua senator untuk menerajui
kementerian pendidikan. Besar kemungkinannya timbul
cadangan agar mereka dijadikan calon sebaik sahaja
tiba kekosongan dalam plihanraya kecil. Akar umbi
mahu menutup maruah mereka dan akan menentukan
sebarang pilihanraya kecil adalah bersih daripada undi
tipu dan undi hantu. Mereka tahu keputuaan negatif
dalam pilihanraya kecil itu tidak akan menggugat kuasa
majoriti BN di majlis Undangan Negri ataupun parlimen.
Semua tuntutan yang diambil-pakai seperti yang kita
paparkan ini akan menggugat pucuk pimpinan parti.
Malahan sudah ada ura-ura beberapa cawangan mahu
mempersoalkan pemilihan Tengku Adnan sebagai
Setiausaha Kerja UMNO sedangkan jawatan itu sepatutnya
ditawarkan kepada seorang calon daripada Johor, untuk
menggantikan Dato Mohammad Rahmat. Tuntutan seperti
inilah yang smemangnya mahu disisihkan oleh
MAHAFIRAUN. Dia thu kalau salah menjawabnya, akan
tergugat keudukannya tidak lama lagi.
- Pengharaman HARAKAH dan majallah lain.
Kita ada mengungkitkan perkara ini dalam 'Globalisai
Pengancam Siapa' dan ramai ahli UMNO yang bersetuju
denagn pendapat kita itu. Malahan ada beberpa pemimpin
UMNO yang menyataakn bahawa mereka sememangnya sudah
lama merasakan pengaruh ala Yakuza yang tersemai di
pucuk kepimpinan media massa utama yang membantu UMNO
menghenyak fikiran rakyat.
Kesimpulan: Carik-carik Bulu Ayam
Keputusan MT sudah melancarkan satu episod yang amat
bermakna dalam pemikiran ahli UMNO khasnya dan rkyat
Malaysia amnya. Rakyat yang semakin jelak dengan
MAHAFIRAUN dan menyangka beliau sanggup mrendahkan
dirinya untuk memanipulasi mesyuarat MT itu. Akan
tetapi, rakayt tidak menyangkakan para ahli MT yang
hadir itu sanggup dipukau laksana otak gajah yang
sudah berantai.
Keadaan yang serius ini laksana sesuatu yang retak
menanti belah. Kalau dilihat akan konsep carik-carik
bulu ayam, lama-lama bertaut juga, para ahli UMNo di
akar umbi pasti akur dengan keputusan parti. Tetapi,
ini zaman moden di mana semua ahli UMNO tidak akan
bersekongkol membiarkan otak mereka di putar-balik
oleh orang Putrajaya. Apakah mereka akan mengikut
pepatah orang Uganda yang berbunyi 'Carik-carik bulu
ayam, carik setengah boleh buat sapu ubat' . Memangnya
di Afrika orang menggunakan bulu ayam untuk menyabu
ubat cairan ke atas bahagian badan yang gatal.
Mungkinkah akar umbi menggunakan pepatah lama orang
Yunanai : 'carik-carik bulu ayam pangkalnya boleh
dibuat pena'. Kalau ini dilakukan akan meluaslah nanti
surat terbang yang akan melayang ke sana dan sini
laksana bulu ayam melayang. Yang pasti segala website
dan forum akan dipenuhi dengan segala maki-hamun dan
cercaan akan keputusan MT itu.
Mana satukah pilihan akar umbi akhirnya? Apakah mereka
akan memanjangkan budaya Yakuza dan samseng Hongkong
dari bawah pula ataupun ada pula yang mahu mengikut
ajaran pepatah orang Zulu yang berbunya: 'Carik-carik
bulu ayam, yang hujung boleh dibuat pencungkil tahi
telinga'?
Mana satu pilihan anda?
-MT-
5.1.200
Catatan : MT minta maaf kerana terlambat. Katanya ada masalah teknikal dengan
komputernya. Nampaknya penyakit yang mengena FGR
telah menjangkit kepada MT. Katanya lagi tulisan ini dibuat
dengan komputer yang dipinjam Insya Allah kita masih
boleh bertahan, belum sampai ke dinding lagi asakan mereka.