Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

YANG MENGGEGAR DAN MENGGIGIR

Mahathir sudah pun menunjukkan keangkohannya untuk absen di mahkamah. Apakah reaksi rakyat yang amat terserlah untuk dirakamkan dalam lipatan sejarah ? Apakah reaksi pemimpin masyarakat kita yang boleh diambil sebagai pedoman dan pengajaran dalam hidup kita ? Adakah mana-mana oraganisasi tersusun yang sanggup menyanggah Mahathir di atas sikap 'kecut-telur'nya itu ? Jawapannya amat mudah sekali. Tidak ada apa-apa yang boleh kita banggakan. Sambutan masyarakat terhadap kedegilan Mahathir itu amat sejuk sekali; seolah-olah perbuatan biadap itu adalah sesuatu yang mudah dilupakan ataupun dipandang remeh sahaja.

Kita mudah faham apabila bangsa ataupun kaum lain memandang remeh sahaja akan kelakuan Mahathir. Tetapi, kenapakah orang Melayu hanya mampu mengeluh sahaja akan sikap si diktator itu ? Inilah yang perlu dikaji kenapa bangsa Melayu itu sudah menjadi satu bangsa yang 'contented'; mudah berpuashati dengan apa yang ada dalam hidupnya. Inilah sebabnya kenapa ramai orang bukan Melayu yang tersenyum sinis dan menggelengkan kepala setiap kali mereka berbincang akan hal ini. Jauh di lubuk hati mereka sudah ada satu perasaan meluat yang bercampur geli hati akan sikap orang Melayu itu secara keseluruhannya. Inilah yang memperkuatkan kesahihan soalan mereka "Di manakah sebenarnya ketuanan Melayu itu?"

Tentu kita merasa marah dan jengkel berbuak-buak apabila ada teman bukan Melayu yang berkata "Lihatlah, betapa pintarnya diktator tua itu mengkotak-katikkan kalian orang Melayu !!! Soalnya sekarang, kegagalan orang Melayu memahami masalah yang sebenarnya sudah mengheret orang lain ke kancah penghinaan untuk selama-lamanya. Kenapakah kaum lain di negara ini mesti turut menanggung kesusahan disebabkan tindak-tanduk seorang diktator ?? Bukankah tindak-tanduk itu boleh dibendung dan dihentikan oleh orang Melayu? Apakah orang Melayu itu sudah menjadi satu bangsa yang dayus, yang pengecut terhadap seorang pemimpin yang terang-terangan kurang ajar terhadap bangsanya sendiri ?

Sudah Dayuskah Orang Melayu ????

Tentu ramai orang Melayu yang merasa marah kalau diberitahu akan seoalan di atas ini. Tetapi, melalui beberapa e-mail yang saya terima daripada pelajar dan rakyat Malaysia di seberang laut, saya boleh rakamkan di sini betapa kesalnya mereka dengan berita Mahathir yang absen di mahkamah itu. Seorang pelajar yang berumur dan lama di perantauan ada menghantar satu e-mail yang amat menarik sekali:

....Quote: "Dulu, ketika saya masih di bangku sekolah menengah di sini saya terperanjat dengan telatah Dr. Mahathir dan para menterinya yang amat gemar menyindir parti pembangkang. Sikap PM (Mahathir) di peringkat antarabangsa adalah tidak professional langsung. Dia berucap berdasarkan kebodohan dan rasa hatinya dan bukan dari pendapat rakyat yang memilihnya. Kekadang saya merasa malu dan terpaksalah memberi alasan kepada kekawan di Australia ini. Walaupun rakyat di sini bukanlah beragama Islam tetapi mereka sangat menghormati kita. Begitu juga dengan sikap negara ini yang memberi kami orang mendatang kebebasan bersuara juga.

" Pernah sata ketika rakyat Austalia mempersoalakan di mana Johan Howard (Perdana Menteri Australia) memperolehi AU3000 untuk perabot barunya di pejabat kerasmiannnya."...... Unquote Kiriman: Miss LYN

Demikianlah catatan seorang pelajar Malaysia di Australia. Saya mengambil isi suratnya itu sebagai mewakili beberapa e-mail daripada golongan pelajar di luar negara.

- Meremang Bulu Roma Ini

Saya ingin merakamkan perasaan seorang ibu muda yang menghanar e-mailnya kepada saya. Seperti juga dengan mereka yang menulis kepada saya, kami tidak pernah mengenal diri di antara satu dengan yang lain. Hanya berkenalan di alam cyber. Dia menulis tentang sikap Mahathir yang enggan berhadapan dengan peguam Anwar Ibrahim di mahkamah. Ikutilah perasaannya:

...Quote:

"Meremang bulu roma ini membaca artikel tuan (Yang Kusut dan Kesat). Sebagai generasi muda, saya amat sedih dengan apa yang berlaku di negara ini khususnya kepada kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sebagai seorang ibu, apakah yang akan saya ceritakan kepada anak-anak dan cucu-cucu saya kelak sekiranya kita gagal mempertahankan yang hak ????

"Pastinya saya akan merasa cukup bersalah sekiranya kita semua gagal berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan ini ??

"Saya bukanlah penyokong Anwar Ibrahim, tidak juga kepada mana-mana pertubuhan politik sebelum ini. Tetapi, setelah apa yang berlaku kepada AI, minda saya telah terbuka untuk menilai dan memilih arah yang betul. ..."

......Daripada: Fat.Pr..

Demikianlah contoh sentimen rakyat negara ini tidak kira di mana mereka berada kini. Tidak juga kira apakah kaum mereka dan asal usul mereka itu. Semuanya berkirim salam dan mengutuk sikap kurang ajar seorang pemimpin ulung Melayu yang bernama Dr. Mahthir bin Mohamad.

- Sentimen Kaum Hawa

Kedua-dua petikan pendapat di atas telah dikirimkan oleh kaum hawa yang beragama Islam. Demikianlah terserlahnya perasaan kaum hawa di negara ini yang amat perihatin akan masa depan negaranya. Inilah lambang golongan yang menghayun buaian yang mendidik anak-anak bangsa kita daripada buaian hingga ke menara gading dan hinggalah mereka naik ke jinjang pelamin. Alangkah sayunya hati ini bila membaca perasaan mereka itu yang sungguh ikhlas dan bersahaja ?? Mereka amat curiga akan isu yang menggegarkan negara masakini. Jauh di lubuk hati mereka itu ada satu getaran jiwa yang menggigirkan perasaan kerana mereka amat sayangkan negara mereka ini. Apakah salah mereka berperasaan demikian, walaupun mereka itu golongan hawa kita ???

- Memang, Orang Melayu Sudah Dayus !!!!

Kita tidak boleh marah kepada sesiapa yang sanggup menuding jari dan berkata bahawa orang-orang Melayu sudah menjadi satu bangsa yang 'Dayus'. Itulah kebenaranya kerana orang Melayu itu sanggup berdiam diri dengan segala tingkahlaku kurang ajar yang dipertontonkan oleh seorang pemimpin yang bernama Mahathir bin Mohamad. Betapa tidak. Ketika nabi Mohamad (saw) dicerca di kahalayak ramai, tidak ada seorang pun anak Melayu yang sanggup bangun dan membetulkan keadaan. Ini adalah disebabkan sikap terlalu taksub kepada pemimpin dan tidak mahu mencemar majlis. Inilah budaya takut yang telah ditanam di lubuk kalbu orang Melayu sejak Mahathir memerintah di negara ini. Inilah budaya jijik yang dipraktikkan dalam UMNO sejak 20 tahun yang lalu.

Bayangkan betapa liciknya Mahathir membohong kepada seluruh perhimpunan UMNO yang berada di PWTC dengan mengatakan orang Arab tidak mencukur janggut kerana ketiadaan pisau cukur. Orang yang rajin membaca kitab dan buku sejarah akan akur betapa manusia mengetahui kegunaan emas hanyalah selepas mereka tahu kegunaan besi dan gangsa. Ketika orang-orang Firaun berkembang dan cuba menolak pengaruh Nabi Musa (as) kumpulan kuda perang Firaun telah menghambat Nabi Musa dan kaum Nasrani yang cuba menyeberang Lautan Merah untuk menyelamatkan diri. Bayangkan, ketika itu sudah ada tombak dan lembing serta pedang. Begitu juga sarung kepala yang diperbuat daripada besi nipis, baju besi dan perisai yang berpaku. Kemudian, ketika Nabi junjungan kita berhijrah ke Madinah terdapat juga perkampungan kaum Nasrani yang diberikan perlindungan oleh baginda. Bukankah itu sudah cukup meyakinkan kita akan adanya pisau cukur ? Soalnya sekarang, ketika Mahathir berbohong besar itu kenapakah tidak ada seoang pun para ulama dan pemimpin terpelajar UMNO yang sanggup membetulkannya ?

Disebabkan orang Melayu sanggup berdiam diri ketika Mahathir menjatuhkan maruah Nabi junjungan sendiri, makanya Mahathir sanggup berbohong lagi dengan membuat beberapa cerita fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Sekali lagi para pemimpin UMNO berdiam diri dan membiarkan sahaja perbuatan yang terkutuk ini.

Pemimpin Melayu yang Diperbodohkan Dunia

Seluruh dunia kerap tertawakan Mahathir dan juga orang Melayu. Seluruh dunia tahu bahwa Mahathir telah menangkap, menyiksa dan memenjarakan Anwar Ibrahim kerana beliau (Mahathir) amat takutkan pengarauh Anwar di kalangan orang Melayu dan juga UMNO. Jikalau kita lihat akan gelagat Mahathir ketika Anwar masih bebas dan bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir kerap memperkecil-kecilkan sebarang usaha Anwar untuk membawa kebahagian kepada rakyat negara ini. Di samping itu Mahathir amat galak memperkecilkan agama Islam kerana cuba menyindir Anwar juga.

Inilah yang ditertawakan oleh dunia luar. Mereka tahu lama dulu lagi bahawa tindakan Mahathir semua itu adalah semata-mata kerana takutkan Anwar lebih popular darinya dan merampas kuasa yang ada di tangannya. Kerana itu dia mahu terus berkuasa dan kalau boleh menjadi perdana menteri sehingga mati. Dia tidak mengambil kira usianya ketika itu yang memungkinkan dia terjengkang sahaja sebelum rohnya keluar daripada jasadnya.

Kini, Mahathir terkenal sebagai 'jerung politik.' Seluruh dunia mengakui kenyataan ini dan Mahathir amat sedar akan perkara ini. Begitu juga halnya dengan panggilan 'Mahafiraun' yang diberikan oleh rakyat kepadanya. "Memang, sayalah MAHAFIRAUAN yang dikatakan itu", demikian ucapannya pada satu hari, tahun yang lalu. Dia membuat kenyataan itu dengan perasaan bangga tanpa menunjukkan sebarang kekesalan di atas gelaran tersebut. Itulah stail hidupnya kerana Mahathir sudah berkuasa terlalu lama. Tempoh yang begitu lama itu sudah menjadikannya seorang pemimpin yang rakus dan gilakan kuasa. Mahathir sungguh gilakan kuasa sehinggakan dia amat takut kehilangan kuasa itu. Dia sedar, hanya Anwar Ibrahim mampu menggugatnya daripada tampuk kekuasaan itu kerana Anwar Ibrahim mempunyai sokongan rakyat untuk mengambil-alih kuasa di tangannya. Ketakutan itu yang membuatkan Mahathir terus memfitnah Anwar walaupun sudah dipenjarakannya.

Kita boleh menjangkakan betapa Mahathir akan bermati-matian mempertahankan kerusi presiden parti UMNO tanpa ada sesiapa yang menentangnya. Dalam artikel berjodol Carik-carik Bulu Ayam dan di bawah tajuk "Kepimpinan Mengikut Konsep Angsa Terbang" ada kita catitkan betapa Mahathir berjaya memimpin teraju parti tanpa ada tandingannya. Kerana itu kita lihat semalam, beliau telah memberitahu sidang akhbar akan harapannya agar Ku Li tidak akan melanggar peraturan konsesus Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi, bukankah orang yang sama ketika pulang daripada London dulu yang mengatakan bahawa konsesntus MT itu hanyalah satu panduan untuk akar umbi sahaja ? Sekali lagi Mahathir berbohong besar kepada orang Melayu dan UMNO. Dia tahu bahawa pembohongan itu terpaksa dibuat kerana sudah ada bayang-bayang betapa Ku Li akan dicalonkan oleh bahagian parti untuk menandingi jawatan presiden parti.

Pemimpin Melayu Yang Memperbodohkan Dunia

Walaupun dunia sudah kerap mentertawakan Mahathir, sebenarnya Mahathir juga kerap sangat mentertawakan dunia. Dia melakukan perkara ini dengan pembohongannya. Kebelakangan ini dia kerap mengulang cakapnya agar Ku Li tidak menandingi jawatan presiden parti. Dia sudah menentukan agar media massa terus melaporkan betapa Ku Li tidak akan menandingi jawatan presiden parti. Ini dilakukan secara berulang-ulang dan sambung menyambung. Kenapa ? Mahathir akan menggunakan isu ini seandainya Ku Li mahu menukar haluan dan mencabar Mahathir pada Mei 11 nanti. Dengan kenyataan yang kerap diulang-ulang itu, beliau akan mendapatkan sokongan para pemimpin UMNO dalam MT dan menolak sebarang usul mencadangkan Ku Li ke jawatan presiden parti itu.

Dengan lain perkataan, skim ulang-mengulang akan keputusan muktamad MT itu akan memperkokohkan kedudukan Mahathir sebagai presiden parti sampai mati. Untuk meyakinkan hati pengecutnya lagi dia sedang giat mencanang bahawa jawatan timbalan presiden parti pun tidak akan dipertandingkan kerana "konsensus MT itu adalah satu arahan juga." Kenyataan Mahathir yang sungguh galak dan jijik ini disambut oleh rakyat dengan satu perkataan sahaja - "Piiiirrrrahhhhh !!!!".

Sebagai topeng menunjukkan kekuatannya itu, Mahathir kerap cuba mengugut dunia dengan teori bagaimana Malaysia dapat dipulihkan tanpa meminjam daripada IMF. Lantas dia telah memukul canang betapa kegawatan ekonomi telah dibaik-pulih tanpa mengambil kira saranan yang dibuat oleh IMF. "Kita tidak perlu melutut kepada IMF utnuk memulihkan ekonomi kita. Inilah yang membuatkan agen asing marah kepada kita kerana mereka cemburu." Demikianlah saranannya selalu.

Sekali lagi diktator nyanyuk itu sudah membuat pembohongan yang besar. Dia tidak meminjam daripada IMF kerana IMF mahu mengenakan syarat yang menguntungkan rakyat akhirnya. Tentunya syarat yang dikenakan itu juga akan menghakiskan peluang niaga yang sekarang dibolot oleh anak-anaknya dan oleh para kroni pilihannya. Kerana itu proses pemulihan itu dibuat dengan segala tipu helah yang membabitkan penggadaian harta pusaka rakyat yang dibawah jagaan PETRONAS. Bon Petronas telah diagihkan kepada 'brokerage houses' di seluruh dunia dengan premium yang lebih tinggi daripada amalan biasa,. Inilah yang menyebabkan bon-bon itu dibeli oleh institusi asing, kerana keuntungan yang menarik berbanding dengan bon-bon yang lain. Namun, perancangan untuk mengeluarkan bon yang berlebihan telah kantul kerana kekurangan sambutan.

Tetapi, apakah yang dilakukannya untuk bahan propaganda ? "Semua bon Petronas telah disambar oleh institusi asing yang memuji langkah kerajaan memlulihkan ekonomi negara." Demikianlah yang dicanangkan oleh media massa upahan kerajaan. Untuk menutup lubang kekurangan yang ketara, pelbagai mulihat putar-belit dalam dunia 'Financial Engineering' telah diolah. Semua ini dilakukan untuk menutup malu kerana kekurangan matlamat yang ditetapkan ketika bon Petronas itu mula diniagakan dulu. Di waktu yang sama satu strategi payung terjun perlu diolah secepat mungkin dan dilaksanakan secara berhemah agar tidak ketara sangat kepada keseluruhan rakyat.

- Meluaskan Skop KWSP

Salah satu cara menarik dana ialah meluaskan bidang tugas KWSP. Kini, KWSP dibolehkan menguruskan perbelanjaan pelajaran anak-anak para pencarum. Inilah satu penyelewengan secara terang-terangan yang amat bertentangan dengan visi asal tabung simpanan itu ditubuhkan.

Semua orang tahu, usaha menjadikan negara ini sebagai pusat pelajaran tinggi telah mencetuskan beberapa institusi pelajaran tinggi yang telah menggunakan banyak wang rakyat yang tersimpan di bank dan tabung khas simpanan seperti Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Guru-guru dan sebagainya. Kemunculan institusi pelajaran terutama sekali dengan projek 'program-berkembar' telah menggunakan wang pinjaman daripada bank. Kalau perojek itu lembab dari segi pengambilan pelajar, bererti hutang bank akan tertunggak dan projek pelajaran mungkin lingkup kerana permintaan yang mengecut. Oleh kerana projek institusi pelajaran itu kebanyakannya merupakan projek para kroni yang sudah berumur seperti Mahathir, iparnya Zaleha, Panglima Hashim, dan sebagainya, tentulah tercetus kebimbangan akan kematangan projek itu mengikut projeksi awalan yang mahukan masa yang singkat. Itulah sebabnya dilakukan satu perubahan kepada perlembagaan KWSP di mana wang simpanan boleh dikeluarkan untuk kos pembelajaran anak-anak yang mahukannya. Dengan cara ini desakan untuk wang pinjaman pelajaran daripada bank akan berkurangan dan memberikan kelegaan kepada institusi bank itu sendiri. Oleh kerana pinjaman pelajaran adalah untuk jangka masa yang singkat, tumpuan yang diberikan kepada KWSP akan melegakan pihak bank daripada desakan dana yang mungkin menggugat kedudukan kecairan aliran wang tunai bank yang berkenaan. Dengan hal yang demikian akan terselindunglah bank itu daripada kesan pinjaman jangka panjang yang sudah diagihkan kepada para kroni yang memerlukan pinjaman itu.

Taktik pinjaman daripada KWSP akan meringankan tanggungjawab kerajaan dalam membiayai kos pengajian tinggi. Dengan lain perkataan, kerajaan Mahathir sudah membuat satu proses peralihan di mana tanggungjawab kos pelajaran anak-anak negara ini tidak lagi menjadi beban kerajaan. Inilah yang dikatakan penipuan di siang hari kerana sebagai negara yang kaya dengan hasil buminya sepatutnya kos pendidikan daripada primary hinggalah ke menara gading merupakan tanggungan kerajaan semata-mata. Rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan pinjaman bank ataupun pinjaman KWSP untuk mengongkosi masalah pendidikan. Peneyelewengan inilah yang mesti dipertikaikan oleh rakyat secara beratu padu.

Di dalam artikel bertajuk 'Setiap Guntur Ada Kilatnya' kita pernah menulis:

"Apa lagi yang tinggal pada orang Melayu untuk menyimpan seringgit dua untuk hari tua ? Apa lagi yang ada kalau pencaruman KWSP boleh digunakan untuk membeli rumah, membayar rawatan hospital dan pembelajaran anak-anak ? Semua ini adalah sistem yang membelenggu orang Melayu yang makan gaji kepada satu sistem pemerintahan feudal di mana orang Melayu akan terus hidup bebas hanya pada namanya. Segala kemudahan untuk menggunakan simpanan KWSP itu akan menjadikan orang Melayu satu bangsa yang terus bergantung kepada sabsidi kerajaan yang hanya diberikan kepada orang yang sanggup menjilat institusi politik kerajaan itu."

- Menyalahgunakan Tabung Haji

Tidak semua orang tahu bahawa Tabung Haji diseleweng oleh UMNO. Kerana itu Hamid Osman yang kalah dalam pemilu ke-10 telah dipungut untuk menjadi senator dan diberikan tugasnya yang lama. Apakah keistimewaan yang ada pada Hamid Osman yang tidak boleh dilakukan oleh pemimpin yang lain ? Kita boleh mengambil iktibar dan membuat telahan bahawa perlantikan Hamid Osaman ialah untuk meneruskan agenda lama agar tidak dikucar-kacirkan oleh 'orang baru'. Apakah agenda lama itu kalau bukan utnuk menyumbat tembolok para kroni yang senantiasa lapar dan dahagakan projek istimewa seperti itu ? Mahathir dan konco-konconya tidak perlu berselindung lagi dalam hal ini kerana kita amat mudah mengesannya.

Sebenarnya saya banyak menulis tentang Tabung Haji ini kerana saya sedar betapa penyalahgunaan kuasa dan proses salah-urus telah mendera para pelabur dalam Tabung Haji itu. Saya pernah mengungkitkan kenapa Tabung Haji tidak mempunyai pesawat terbangnya sendiri yang boleh digunakan untuk urusan umrah dan haji ? Kenapa kini, diberikan kontrak kepada Air Asia, sebuah syarikat penerbangan yang kita tahu mempunyai masalah kewangan sejak dulu lagi? Kalau urusan penerbangan haji satu urusan yang penting kenapakah tidak diberikan kontrak itu kepada MAS sahaja untuk menguruskannya. Apakah Air Asia lebih cekap dan lebih berpengalaman daripada MAS ? Sebuah syarikat yang berpengalaman sepatutnya berupaya menyediakan pesawat gantian kalau berlaku kepincangan dalam jadual penerbangan. Lihat apa yang baru terjadi kepada Air Asia apabila sebuah pesawatnya menghadapi masalah teknikal. Tercetus berita di akhbar betapa alat teknikal yang tidak dibayar telah ditanggalkan. Di waktu yang sama pihak pengurusan Air Asia mengatakan alat tennikal itu terpaksa ditanggalkan kerana kerosakan. Mana satu yang betul. Kalau alat itu rosak ia tidak sepatutnya ditanggalkan tanpa ada penggantinya. Harganya pun bukannya sampai berjuta ringgit. Tentu sudah ada alat penggantinya. Mana satukah yang betul dalam perkara ini ? Yang nyata para jemaah terpaksa tertunggu-tunggu akan pesawat gantian berjam lamanya. Yang lebih pelik, selepas tersebarnya cerita hutang yang tidak terbayar itu, berita perjalanan jemaah haji tidak lagi mendapat tempat di muka akhbar, seolah-olah ada satu peraturan baru pula. Perkara yang serupa telah berlaku kepada perjalanan mahkamah yang membicarakan Anwar Ibrahim. Harian Metro sudah tidak lagi menyiarkan lapuran secara verbatim seperti dulu. Perubahan ini berlaku ketika akhbar sedang menghadapi kekurangan pembelinya. Bukankah pelik semua ini ?

Saya kerap menulis mempersoalkan kenapakah tambang haji dan umrah sentiasa naik. Sepatutnya kos naik haji dikurangkan hingga ke paras 50% dan apa yang lebih sepatutnya dikeluarkan oleh Tabung Haji. Ini, merupakan keupayaan Tabung Haji kalau pengurusan pelaburannya dilaksanakan dengan cekap. Kita pernah mengemukakan beberapa soalan kenapa tambang ke Mekah selalu naik. Untuk mendapat jawapannya kita minta Tabung Haji menyenaraikan semua jenis saham yang ada dalam simpannya. Kita mahu tahu berapa banyakkah lagi saham yang berharga tinggi ketika belian dibuat dulu dan berapakah harga saham itu sebenarnya masakini. Kita boleh meneka berlakunya pelaburan yang membazir kerana Tabung Haji mudah gelabah apabila ada calon haji yang membatalkan pemergian mereka. Sepatutnya perkara ini diambil-kira sebagai satu faktor dan boleh diganti dengan calon haji yang sedia menunggu. Kenapakah Tabung Haji mengenakan denda yang tinggi ? Mungkin pihak pengurusan Tabung Haji sedang sibuk di waktu ini untuk ditembak dengan pelbagai soalan yang serius.

Mungkin para pembangkang yang beragama Islam dapat membuat satu agenda khas meminta satu kertas putih dikeluarkan mengenai pengurusan tabung haji ini. Ia perlu dilakukan selepas musim haji ini sebelum tabung haji hanyut dengan gelagat beberapa Baitulmal negeri-negeri.

KESIMPULAN

-Mempertahankan Maruah Bangsa

Jikalau kita lihat akan keadaan negara sekarang ini terutama sekali berdasarkan impak keengganan Mahathir menyahut panggilan sapina mahkamah, satu penentuan perlu dibuat dengan segera oleh semua wakil rakyat yang berada di bangku pembangkang di parlimen.

Saya mencadangkan agar semua (ulang SEMUA) wakil rakyat yang berada di bangku pembangkang bersatu dan menunjuk perasaan agar Mahathir menerima panggilan sapina itu mengikut yang dijadualkan. Semua pemimpin pembangkang harus bangun dan keluar dewan dan mogok sehingga Mahathir sanggup menyahut cabaran mahkamah. Kehadiran parti pembangkang di parlimen sudah tidak bermakna apa-apa kalau sistem kehakiman negara itu sudah diliwat oleh pemimpin terulung negara itu sendiri.

Apakah ertinya perbincangan secara demokratik di parlimen kalau kes yang sah dibincangkan di mahkamah boleh dipinggirkan begitu sahaja ? Apa maknanya demokrasi itu kalau maruah mahkamah itu dibakul-sampahkan ? Semua pemimpin politik yang beragama Islam sedar bahawa kes Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dibicarakan di mahkamah sivil. Ia merupakan satu kes yang bersangkutan dengan akidah sesaorang yang beragama Islam. Ia sepatutnya di bicarakan di mahkamah syariah. Kita tidak mahu memasukki bab ini kerana kesuntukan masa. Yang amat penting sekarang ini, para wakil rakyat di pihak pembangkang harus bersatu dan menunjukkan contoh yang betul. Buatlah sesuatu yang positif untuk menarik minat seluruh dunia agar memahami betapa tertekannya rakyat negara ini disebabkan tindak-tanduk seorang pemimpin rakus yang cakap begelembong di pentas dunia. Tetapi, di negara sendiri dia memperlekehkan segala kata-kata yang pernah digelembongkannya itu.

Di awal penulisan ini saya ada menulis betapa orang Melayu sudah menjadi satu bangsa yang tertekan hidupnya disebabkan perangai Mahathir yang terus membohong dan menipu rakyatnya. Kerakusannya yang tidak bersempadan itu akan menjerumuskan orang Melayu itu menjadi satu bangsa yang tidak mudah bersatu lagi dalam waktu yang terdekat. Orang Melayu sudah menjadi satu bangsa yang mencelaru otaknya. Di satu segi 'budaya-otak-gajah yang berantai' telah menghantui pemikiran orang Melayu dalam UMNO untuk berpaut kepada budaya takut dan budaya membisu. Mereka lebih rela membiarkan Mahathir bin Mohamad melakukan apa sahaja yang dia suka dan dia mahu. Budaya takut itu sudah membolehkan Mahathir mengegarkan jiwa mereka setiap kali beliau bersuara, tidak kiralah suara itu di arahkan kepada merka secara terus ataupun secara rakaman pita semata-mata.

Disebabkan budaya takut itu ramai pemimpin UMNO yang sanggup membisu tanpa mahu menggigirkan Mahathir yang sebenarnya sedang ketakutan yang amat sangat ketika ini. Mahathir sebenarnya dihantui satu perasaan takut yang jawatannya akan dipertandingkan. Kerana itu dia kerap mengulangi perkataan "konsensus MT, konsensus MT" berulang-ulang, sambung menyambung.

Kenapakah beliau menggunakan taktik baru ini ? Apa jadi dengan slogan "Individu tidak penting, tetapi parti penting" ? Dia sedar bahawa dia sudah melanggar falsafah ini dengan melantik Hamid Osman dan Mustapha Mohamad ke jawatan berprestij sedangkan mereka kalah di pemilu ke-10 dulu. Ketika berada di London baru-baru ini dia telah bersuara lantang menyambung fitnahnya terhadap Anwar Ibrahim. Lengkap dengan sokongan moral Ummi Hafilda. Kenapakah perkara ini tidak diulangnya di negara sendiri selepas pulang daripada London itu ? Raja Penyangak ini sedar bahawa dia mencerca mahkamah yang membicarakan kes liwat itu. Tetapi, dia juga sedar yang dia amat takut untuk menghadirkan dirinya di mahkamah kerana apa ? Kerana semua tuduhan yang direncanakannya itu adalah palsu semata-mata.

Semua faktor ini sudah cukup untuk menggerakkan para wakil rakyat PAS, DAP, keADILan dan mungkin juga beberapa pemimpin BN yang sudah sedar untuk mengganyang Mahathir secara terus dan nyata. Lakukanlah ini dengan segera sebelum maruah bangsa Melayu itu terhumban ke dalam longkang dan begelumang dalam segala kekotoran yang tidak mungkin dapat dibersihkan.

Mahathir bin Mohamad sudah menyeleweng daripada ikrar dan sumpah setianya sebagai wakil rakyat dan sebagai pemimpin sebuah parti orang Melayu. Dia sudah menyeleweng dan merendahkan maruah bangsa Melayu. Dia sudah pecah amanah dan mencemar nama baik orang Melayu. Dia sudah meliwat dan merogol martabat bangsa Melayu. Dia sudah sewel dan nyanyok sehinggakan maruah bangsa Melayu itu sudah menjadi bahan ejekan. Ketuanan Melayu itu sudah hilang lesap dan dirangkul oleh dinasti haprak bikinan nafsu syaitannya.

Apa lagi yang ada pada orang Melayu setelah semua keistimewaan hak pribumi itu diliwat begitu rupa hingga membebankan orang Melayu dengan hutang negara yang bertimbun-timbun ? Inilah hutang yang mungkin memerlukan dua generasi untuk menyelesaikannya. Mahathir bin Mohamad yang menjadi penyebab utama hutang bertapuk itu tidak mungkin dapat hidup lama untuk menyelesaikannya. Cukuplah setakat itu. Biarlah orang Melayu bersatu dalam kesengsaraan untuk menebus maruah bangsanya yang hilang tanpa kehadiran Mahathir sebagai tukang karutnya lagi.

Inilah pesan saya kepada semua pemimpin pembangkang tidak kira apakah agama mereka dan apakah parti mereka. Bersatulah untuk kali ini dan tunjukkan kewibawaan anda mendesak Mahathir untuk hadir di mahkamah. Jangan biarkan wakilnya di mahkamah berdolak-dalik untuk mengelakkan Mahathir terus absen dalam kes yang penting itu.

Mahathir mesti menyahut kehendak sapina mahkamah. Jika tidak, ruang parlimen harus dijadikan ruang haram kepada semua wakil rakyat parti pembangkang. Inilah harapan rakyat yang cintakan negaranya dan mahukan mahkamah berjalan dengan rentaknya yang semulajadi. Biarlah Mahathir dihakimi pula oleh hakim, hukum dan hakam negara. Sudah sampai masanya bagi Mahathir menggigir berdasarkan isu hangat yang membuatkan seluruh negara menggegar sejak dua tahun yang lalu.

Bukankah semua isu yang menggegarkan itu satu kenyataan yang cukup dengan bukti dan dalilnya ?

Marhaintua@Hotmail.com
18.2.2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com