Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISA Sebagai Alatan Mudah Bila Disanggah?

ISA Sebagai Alatan Mudah Bila Disanggah?
(Malaysiakini - News: ISA a handy tool when under siege)
By: Fan Yew Teng

Tidak perlu sesiapa merasa terkejut apabila kerajaan Mahathir sekali lagi menggunakan undang-undang kejam ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang memberi kuasa menahan tanpa perbicaraan terhadap para pembangkanya dan pengkritik. Kali ini azab itu dihalakan kepada pemimpin Keadilan yang diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim.. Di Malaysia, sejak 40 tahun yang lalu, politikus pembangkang, pengkritik sosial dan para aktivis kerap dihantui pedang zalim yang bersifat undang-undang ISA yang sentiasa digantung di atas kepala.

Soalnya sekarang: kenapa kini, diasak semua individu ini yang memang rapat dengan Anwar dan Kempen Bebaskan Anwar (Free AnwarCampaign: FAC) itu?

Kali terakhir satu tindakan mengganyang pemimpin pembangkang, pengrkritik dan aktivis yang dilakukan oleh kerajaan Mahathir dengan menggunakan ISA ialah pada Oktobe 1987, dalam satu gerakan yang diberi nama ‘Operasi Lalang’. Ketika itu lebih satu ratus pemimpin pembangkang, aktivis sosial dan ramai lagi telah ditangkap, dan ramai yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan selama dua hingga tiga tahun.

Di waktu itu, UMNO yang merupakan parti yang dominan dalam kerajaan koalisi Barisan Nasional (BN), telah berpecah dua disebabkan persinggitan antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hiamzah, bekas menteri kewangannya.

Orang yang kuat mencemuh Mahathir ketika itu termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Hussein Onn, perdana menteri pertama dan ketiga negara ini.

Rantaian korporat UMNO ketika itu didedahkan jua dan dicabar di mahkamah terbuka. Mahathir terkepung dan disanggah ketika itu. ‘Operasi Lalang’ merupakan jalan keluar untuk beliau bernafas lega dan untuk melencongkan perhatian ramai terhadap masalah yang mengepongnya dan UMNO.

Pendarahan Muncul Semula

Penangkapan terhadap beberapa tenaga muda dalam pucuk kepimpinan Keadilan tentunya sudah lama dirancang oleh Mahathir sejak berakhirnya pemilu November 1999 dulu. Walaupun Keadilan baru sahaja berusia tujuh bulan, ia mampu memenangi beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri-negeri dan ramai lagi calonnya yang kalah dengan marjin undi yang kecil (kepada undi tipu dan undi hantu – penterjamah).

Yang lebih penting lagi, ialah pada pilihanraya kecil Lunas, Kedah, akhir tahun yang berlalu, Keadilan menang dengan undi majoriti yang sungguh bermakna kerana ia berlaku di negeri kelahiran Mahathir sendiri. Inilah yang menghantui tidurnya dan menambahkan duka nestapa UMNO.

Malahan, turut penting juga kalaupun tidak sama taranya, ialah pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen di Negri Sembilan beberapa bulan sebelum itu. Walaupun calon Keadilan kalah (kepada undi tipu dan undi hantu juga – penterjemah), dia berjaya melunturkan undi majoriti Barisan Nasional yang sudah lama bertapak kuat di kawasan itu selama dua setengah dekad yang lalu.

Yang lebih memeranjatkan koalisi pemerintahan Mahathir, calon Keadilan telah memperolehi lebih banyak undi pos daripada calon Barisan Nasional. Ini merupakan satu fenomena baru dalam sejarah pemilu sejak 1955. Itulah tahunnya pemilu mula-mula dilaksanakan di Malaya, dua tahun sebelum negara mencapai kemerdekaannya. Undi-undi pos itu datangnya daripada ahli angkatan tentera.

Dengan lain perkataan, keresahan rakyat terhadap Mahathirdan pemerintahannya, terutama sekali disebabkan ‘Anwar Saga’ semakin membuak walaupun pemerintahannya, dan media yang taat setia menggila terhadapnya, berkelentong dengan segala propaganda untuk menjinakkan mereka.

Semua ini menjadi beban tambahan kepada UMNO yang belumpun pulih daripada masalah kehilangan sokongan orang Melayu sejak pemilu November 1999 dulu, kepada PAS dan Keadilan.

Dar segi kewibawaan politik dan sokongannya, nampaknya pendarahan mula menjelma, apatah lagi dengan meluasnya barah politik wang yang membaham tulang dan sumsum kepartian, di sebalik segala lakonan setiap ahli UMNO yang berlagak persis malaikat jelmaan yang bersih lagi bersih dan putih lagi putih itu.

Keceriaan Dan Hiburan

Untuk memahami sepenuhnya keseluruhan penyakit yang menghinggapi UMNO, sesaorang hanya perlu memikirkan gelagat desperado yang ditunjukkan oleh Mahathir dalam menaja perundingan perpaduan Melayu dengan PAS.

Fikirkan juga keadaan yang menghantui Pergerakan Pemuda UMNO, di mana pemimpinnya lari lintang pukang daripada meneruskan agenda berdebat secara terbuka setelah dicabar oleh saingannya di dalam PAS. Bagaimana pula kisahnya dengan ledakan yang dilontar kepada setiausaha agung Khalil Yaakob oleh wakil rakyat DUN Beserah Fauzi Abdul Rahman.

UMNO pusat tidak akan dapat bertahan, apabila yang terbaik itu kekurangan iltizam dan yang terkutuk bergelumang dengan kerakusan. Inilah sebuah parti di mana seorang manusia yang tamak haloba dianggap lebih penting dan mulia berbanding 99 orang lain yang mungkin masih mempunyai prinsip dan ketaqwaan pada diri mereka

Bukan sahaja orang Melayu yang kerap dileter oleh Mahathir kerana tidak bersyukur, seolah-olah Malaysia dan segala kekayaannya adalah khazanah warisan bapaknya yang diagih-agihkannya. Malahan juga orang Cina sejak kebelakangann ini menjadi tersentuh perasaan disebabkan tuduhan melulu diktator tua itu.

Dengan segala latarbelakang inilah kita mampu memahami kenapa penangkapan minggu yang lalu menggunakan ISA sebagai peluru berpandu. Keadaan semakin perit disebabkan ekonomi merudum yang semakin menekan, kemarahan rakyat terhadap cara saham MAS diskandalkan dan betambahnya keresahan para pekerja disebabkan cara dana KWSP (EPF: Employees Provident Fund) dihamburkan untuk menyelamatkan syarikat swasta yang merengkok dihenyak pasaran. Semua ini menghantui kuasa yang memerintah secara amat tertekan.

Kisah kekalahan kerajaan Kuomintang yang kehilangan kuasa di Taiwan selepas memerintah lebih 50 tahun, kecundangnya PRI di Mexico selepas berkuasa selama 71 tahun, kisah pelarian Fujimori yang hampir terbungkus di Peru dan melarikan diri ke Jepun, pengaiban ‘kawan-lamo’ Robert Mugabe di Zimbabwe, kejatuhan Milosevic dengan penuh keaiban, sudah tentu tidak menjadi punca ceria dan hiburan kepada beberapa pemimpin di Malaysia.

Jenayah Dahsyat Sedahsyatnya.

Apabila ISA digunakan untuk menekan mereka yang membantah, yang menjadi mangsa pertama ialah ‘kebenaran’ Pembohongan yang pertama keluar daripada mulut Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan penangkapan di bawah ISA adalah semata-mata satu tindakan polis yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Kalaulah mereka percaya degnan pembohongan ini, tentulah mereka tidak serius dalam perkara ini semuanya. Seandainya kerajaan tidak ada kena mengena dengan penangkapan itu, kenapakah perdana menteri dan timbalannya bercckap tanpa henti akan perkara itu untuk memberikan sokongan kepadanya?

Kalaulah penangkapan di bawah ISA dilaksanakan untuk menyekat tercetusnya huru-hara seperti yang disebut oleh Mahathir, Abdullah dan Ketua Polis Negara (KPN:IGP), tentu kita terfikir juga kenapakah tindakan yang sama tidak digunakan terhadap pasukan polis yang sejak tahun kebelakangan ini telah menjadi begitu buas dan ganas terhadap rakyat marhaen sehingga begitu galak dan bersikap gatal-tangan menarik picu senjata terhadap orang yang disyaki melakukan jenayah.

Kenapakah himpunan rakyat marhaen tidak boleh berjalan dengan aman damai sehingga polis masuk campur dengan menggunakan agen tukang kecoh untuk mengganggunya? Berapa banyak negara di dunia ini yang masih mengharamkan himpunan rakyat secara aman dan perbarisannya? Orang Palestin melakukan himpunan rakyat itu sehingga mereka ditembak dan digugat oleh orang Israel. Jiran negara Asean kita, Filipina, membenarkan perhimpunan aman rakyatnya tanpa sebarang huru-hara, kerana pihak polis yang tidak boleh dimanipulasi oleh kuasa politik.

Apakah salahnya ribuan rakyat Malaysia berkumpul untuk menghantar satu memorandum kepada Suhakam?

Adalah satu ironi yang zalim kalau usaha menyerahkan memorandum kepada Suhakam boleh berkesudahan dengan penangkapan di bawah ISA. Apa lagi selepas ini? Penangkapan dengan undang-undang ISA adalah satu tamparan hebat kepada Suhakam, menjatuhkan martabatnya dan merosakkan kewibawannya yang sebenar. Semua ahli Suhakam yang punya maruah diri sepatutnya meletakkan jawatan mereka sebagai satu tanda protes terhadap Mahathir.

Kalau mereka yang ditahan itu tidak diberikan hak asasi mereka untuk dihadapkan ke mahkamah terbuka untuk diadili, menunjukkan bahawa ISA adalah satu senjata berbisa yang amat berguna kepada pemerintah yang zalim dan penakut. Usahlah terkejut kalau kita mendengar tidak berapa hari lagi ada di kalangan orang yang ditahan itu membuat ‘pengakuan’ betapa merka telah melakukan jenayah yang sungguh serius terhadap keselamatan negara dan blah, blah, blah, blah adanya…….

-Fan Yew Teng-

..................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com