Kat sebelah kampong saya kat Tembeling ada padang ragut. Situ lah tempat orang UMNO pelihara lembu benih impot. Sebab tu, ramai orang nak masok UMNO. Nanti dapat lembu subsidi.
Hahaha…jangan tak tau, ada konsep lembu susidi dalam UMNO. Yang gemok-gemok macam Mat Bulat tu, dia subsidi lain. Yang macam Megat Joned pelihara sampai se kandang tu pun lain. Yang Rahim Tamby Chik punya lembu lain.
Tapi yang Mahadir sekarang pelihara tu…itu lembu spesel lah. Memang lain dari yang lain.. hahaha. Paham kan? Yang bertandok tu, memang sah lah lembu betul. Tapi dalam UMNO pun banyak yang lembu-lembu “berkaki dua”…heheh paham-paham lah ye?
Yang paling menyemarakkan semangat orang UMNO ialah, lembu benggali yang disebelah kampong kami tu gemok-gemo belaka. Benggali tu, tiap hari sabit rumput bawak dengan kereta lembu, bagi makan lembu-lembunya.
Sekarang dia dah jual susu. Bila ada orang nak beli buat akikah ke, korban ke…mesti cari lembu benggali tu. Sebab lembu-lembu tu sehat-sehat, cantik dan tak makan curi tanam-tanam orang. Kalau kira-kir macam lembu Megat Joned lah. Susu pun bukan main besoooo…..!! Segantang bercukap-cupak. Silap-silap penuh satu tempayan.. HAHAHAHAH…!! Saya tengok budak-budak UMNO bukan gian cerita pasal lembu megat Joned yang sorang tu..hehehe…(sorry..carut sikit)
Inilah yang buatkan orang UMNO jeles habis….!! Dulu Khalil pun beli dari benggali tu sebab nak kenduri masa nak pilihanraya. Satu ekor sampai RM1,800 hingga 2,000. Main untung tu?
Jadi orang UMNO naik jeles. Diorang mintak supaya UMNO bagi lembu pawah. Orait lah. Saya tak campor sebab itu urusan UMNO. Saya Penghulu, urusan orang kampong. Urusan gomen.
Maka datang lah lembu baka baik dari Australia. Wah bukan main lagi. Hampir 100 ekor. Orang yang didalam senarai ada dalam 40 orang. Semua mesti ada bahagian masing-masing. Maklumlah UMNO… semua orang masok UMNO. Ewahhh…hebat UMNO!! PASmana ada lembu pawah, kan?
Selang 3 bulan lembu pun ada yang sakit. Tapi, itu no problem. Sakit? Boleh sembeleh; daging bagi-bagi lah sesama sendiri. Tak apa. Lembu UMNO; orang UMNO boleh buat suka hati. UMNO kita punya. Pejabat Pertanian tak boleh nak dakwa.
Bila ada yang kenduri, ambik sekor. Dah jadi korban kenduri kawin. Tak kira lembu jantan ke, betina ke…pakai gasak.
Lama-lama lembu tak bertambah. Tak beranak mana nak bertambah. Sebaliknya dah berkurangan sebab masing-masing dah pandai main ‘farait-farait’ sesama sendiri. Memang tu cara UMNO.
Lat setahun, dari 100 cuma tinggal 30 ekor. Tapi masing-masing puas hati sebab dapat bahagian. No komplen. Tutop cerita.
Satu hari, datang surat dari PWTC, kononnya ada orang besar UMNO nak datang lawat padang ragut tu. Nak tengok lembu-lembu. Sebab Dr. Mahathir nak tau pasal lembu-lembu UMNO. Agaknya dia muak dengan lembu-lembu UMNO yang kat PWTC tuh!! Hehehe…!!
Ketua gembala lembu tu pun melengoh lah macam lembu. Nak buat camno ha? Lembu cuma tinggal 30 ekor dari 100. Amacam nak jawab? Ini tentu bising punya. Nak kata lembu sakit, tak ada laporan. Masing-masing pun mesnyuarat emergensi.. Mestilah!! Ini problem besar.
Bila dah sampai tarikh, orang KL pun datang. Mula-mula saya tak mau nak datang sama, sebab perkara itu bukan bawah tanggung jawap saya. Tapi saya dikehendaki datang juga sebab Tok Pengulu, kannnn..?? Hehehe…!. Sebenarnya saya takut nanti pegawai tinggi UMNO melenting. Takut ada orang kena repot kat BPR sebab rasuah jual lembu UMNO.
Pada pagi tu, ada perhimpunan. Ada kenduri besar. Sembeleh lembu. Hebat. Ketua gembala berucap, berterima kasih banyak kat UMNO. Kononnya sebab UMNO lah maka orang kampung hidup mewah. Jadi sokongan tak berbelah bagi mesti tumpu kat UMNO. Tak boleh parti lain. Wah! Wah…besemangat siolll…!!
Yang datang dari PWTC kata, antara lain, “…. ini adalah satu dari pembangunan rakyat yang dirancang dek Dr. Mahathir dan UMNO. Dia prihatin. Dalam negara ini, seramai 20 juta rakyat; PM pilih 40 orang dari 10 juta orang Melayu yang dia dibantu…heheh..!! Dan yang 40 itu memang bernasib baik. Jadi kita mesti sokong UMNO dan Dr. Mahathir…”
Katanya, “….dia berbangga kerana orang kampong pandai jaga lembu. Dia pun dah tengok tadi melawat ke padang ragut. Memang banyak lembu. Malangnya, sebab hari hujan, maka dia tak dapat tengok semua lembu-lembu itu. …….”
Dalam hati saya kata, cukup lah tengok “Lembu-lembu UMNO” yang duyun-duyun datang dengar ucapan dia tu. Saya pun tengok orang tepok…hebat!! Saya pun tepuk juga. Memang hebat lembu-lembu UMNO!! Dalam hujan pun sanggup pakai payongggg….!!
Tapi saya heran, kenapa benggali jiran kami pun ada sama? Bila pulak dia masok UMNO? Tapi saya diam saja. Maklum sekarang bukan kira sangat… Keturunan Benggali pun boleh jadi presiden, kan? Umno Asal betul lah tak boleh, tapi UMNO baru ..Grago Melaka pun bolehhhh…. Tak caya, tanyalah Rahim Tamby Chik!! Dia memang serasi dengan WANITA UMNO baka Grago…!! Dalam paper Utusan ada cakap, baca tak?
Esok, benggali tu datang jumpa saya. Katanya, dia nak pergi KL; nak pergi jumpa pegawai UMNO yang datang semalam. Kata benggali tu, orang UMNO tak bayar hutang masa hari lawatan pegawai yang resmikan Majlis sambutan semalam.
Saya tanya, apa sebab?
Dia jawab, “Sebab, caya punya lembu, itu UMNO punya worang ada pinjam. Diorang bilang mau kasi exhibition. Tuan busar Kuala Lumpur punya opis mau mari, mesti kasi tunjuk sana padang punya dekat. Tapi rumput tak dak, 5 ekor saya punya lembu sudah sakit. Saya sudah rugi dekat RM9,000 ribu. Siapa mau ganti?…”
Baru saya tau, rupanya ketua gembala tu pinjam lembu benggali sebab nak tunjukkan lembu kononnya dah membiak….dah bertambah!! Tapi dia lupa, padang ragut dah tumboh lalang!! Hahaha….!!
Hhihihih…memang pandai betul “Lembu-lembu UMNO” ni pasal nipu diri sendiri!! Cerdik sikit dari Bengggali tu. Hihihih….
Amacam “lembu-lembu UMNO” yang baru nih? Tentu lagi hebat. Makumlah ramai “lembu-lembu” yang training kat England sampai dapat Ph.D… Hahahaha… Pandai Dr. Mahathir pilih baka lembu!!
Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling