Masa nak dekat pilihanraya dulu, orang paling teruk kerja jadi hamba UMNO ialah Penghulu macam saya ni. Maklumlah, kita orang kerajaan. Gaji rendah, pangkat tak ada. Cuma tempat orang kampung mengadu hal. Kalau tak ikut arahan, faham-faham sajalah. Nak hidup, kadang-kadang kenalah buat kerja yang sia-sia.
Satu petang, saya nak pegi sembahyang Maghrib. Malam tu ada kuliah. Ustaz kami memang best. Sekali sekala ada lawak. Itu yang sedap tu. Mesti datang punya, tunggu lepas Maghrib sampai Isyak. Tak miss.
Masa bersiap nak ke Surau, Ketua Cawangan UMNO datang. Dia khabarkan kepada saya supaya siapkan Balai raya sebab diorang nak jadikan Bilik Gerakan UMNO.
Saya kata, lepas Isyak boleh cakap. Sekarang nak Maghrib ke surau dulu. Lepas tu nak kuliah. Lepas saya makan nanti kalau nak bincang baru boleh. Saya pun jalan lah. Tak pedulik.
Betul lah lepas Isyak saya pun pulang. Belum masuk, diorang dah tunggu kat tangga. Saya kata, saya belum makan lagik. Kalau nak makan marilah sama. Diorang tak nak. Lepas makan saya pun startlah berunding.
Saya kata, Balai Raya ikut syarat pegawai Daerah amanahkan kat saya; tak boleh guna untuk politik. Balai Raya harta Kerajaan. Untuk Rakyat, bukan untuk parti politik. Parti Politik kena sewa tempat asing. Itu arahan, saya tak boleh engkar. Bukan saya tak sokong UMNO, tapi arahan TETAP arahan. Mana boleh tukar undang-undang sesuka hati. Nanti Parti lain komplen, yang kena saya. Saya penghulu, orang kecik. Bukan Mahadir. Dia PM. Tak lawan punya. Siapa nak lawan.
Wooiiiitttt…menyinga diorang. Macam nak gadoh. Sorang kata, kalau UMNO kalah…siapa nak bagi gaji you?
Saya jawab, saya kakitangan kerajaan. Bukan makan gaji ngan UMNO. Kalau PAS ke, Adil ke, BA ke menang merentah negeri ini, tak ada pun dalam MANIFESTO diorang nak buang kerja Penghulu. Walau diorang Pembangkang, tapi diorang tak busuk hati-perut!!
Hehehehe….Temper gak saya,kan? Dia ingat, kecik – kecik Pegulu, hehe …Tak power ke!!!?? Hehehe…!!
Dah tu saya, tanya: Kalau UMNO kalah amacam? Tak ke ‘bala’ saya sebab sokong kau orang? Nanti Pembangkang tuduh saya korap. Masa tu BA bukan lagik Pembangkang; dah jadi Kerajaan. Saya gulung tikar, kau orang pun gulung tikar!! Saya nak cari makan kat mana? Kau orang UMNO, oraitlah! Boleh lah cari makan. Mahathir manyak duit!! Boleh jadi kuli kutip tol..!! Saya reply, selamba jerr..!!
Hehe…marah betul diorang. Diorang kata, “Bagi sini kunci!!”
Saya jawab, “Soal kunci belakang kira. Undang-undang tetap undang-undang. Selesaikan undang-undang dulu baru boleh cerita kunci.
Tak lama lepas tu, diorang pun Blahhhhh…!! Merungut aja pegi nya. Memang tak masok logik lah kepala orang UMNO nih. Nak kena sekali cam tu, mana muka mau tarok, kan?
Yang saya bantah tu bukan setakat undang-undang & arahan saja. Pikirlah, balai Raya tu dekat dengan Masjid. Orang UMNO nih satu pulak ganjilnya… siang malam di Bilik Gerakan UMNO bising dengan Musik. Terlaung-laung lah suara lagu budak Siti Nurhaliza…Tambah pulak budak tu orang Pahang, makinlah sakan giannya budak-budak muda puak UMNO nih.
Bila sampai lagu Amelina dengan budak kilang nama Tushi…woittt..BERDANGDUT, engkauuu…!!! Joget lambak bagai.
Yang saya heran tu, masjid nanti heboh orang nak solat Maghrib, diorang berjoget. Amacam tu? Paling kurang saya dapat “Ten percent” dosa diorang, kan? Mahdir dapat 10% dari RM2 bilion, kayaraya. Saya dapat 10% dosa besar Bkt. Tursina…hei..camno nak jawab depan Tuhan?
Esoknya, saya dapat talipon Tuan DO. Dia kata, “BAGI..!! Saya jawab, “Tuan mau tanggung dosa? Kalau orait, saya bagi kunci kat Tuan, nanti tuan boleh bagi kat diorang…!!”
Wahhh…saya betul-betul HOT!! Ini bukan pasal DO, atau MB… Ini soal dosa-pahala, mennn…!!
Nak jadi cerita, saya serah kunci kat DO. Petang tu, saya tengok ada lori bawak banner kain rentang…yang tulis besar, “UNDILAH UMNO PENEGAK KEDAILATAN NEGARA, BANGSA DAN UGAMA”..!!
Dan Maghrib tu bermulalah JOGET LAMBAK DANGDUT yang diserikan dengan lagu Amelina dengan Tushi…!! Geleng kepala Imam bila kain rentang tulis lain, budak UMNO buat lain!!
Haiiihhh…UMNO…Aduhai UMNO “Penegeak Kedaulatan Negara, Bangsa dan UGAMA..!!”. Kami terus solat…!!
Kat KL ade keh macam ni jugak?
Wasallam.
Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.