Bagi Penghulu, kursus memang tak putus-putus. Macam-macam kursus ada. Semua kursus tu dibagi macam-macam nama. Ada kursus Bimbingan Masyarakat, Kursus Kesetiaan, Kursus Jayadiri…macam-macam lah!! Kadang-kadang kami Penghulu rasa macam jadi Penghulu dibayar gaji untuk nak pergi kursus. Bila lagi nak berkhidmat dengan rakyat, tak tau lah.
Sejak UMNO kalah banyak di Pahang nih, makin tu lagi banyak kursus. Tapi sekarang ni lain macam pulak kursusnya. Orang politik yang bagi kursus.
Eh…apasal orang politik? Kami orang Kerajaan, mana boleh politik masuk campur? Politik tu politik lah. Itu kerja kaorang, apasal kami Penghulu mesti masuk campur, kan?
…….Tapi itu lah yang jadi sekarang. Kalau semua orang nak tau. UMNO dah sessssaaaakkkk !!
Kawan saya, di Kedah, Perak & Selangor semua mengadu. Diorang kata pun sama jugak. Bertalu-talulah Kursus. Kononnya kursus Tatarakyat. Tapi tiap kali kursus, kami hanya dengar cerita macamana eloknya pemerentahan UMNO & Dr. Mahathir. Balik-balik itu saja. Kami dah naik muak dah!!
Baru-baru ni, 35 orang puak Penghulu macam saya ni kena berkursus kat Kuantan selama 2 hari. Programnya padat. Saya tengok tak ubah kami ni dibuatkan macam budak-budak army baru rekrut. Ada program Senaman pagi, ada menyanyi Negar Ku. Hahaha….caya tuh? Kan Bangang punya kerja, kan? Takkan lah Penghulu tak tau nak senaman pagi…
Hehehe, orang macam kami sejak muda sampai ke tua…pasal senaman nih..heheh siang malam bersenaman!! Hehehe…pahamlah. Ada Penghulu dua tiga ‘gym’ diorang bersenam. Ada gym No 1, 2, 3. Hahaha…. Nak ajar senam pulak. ..!!
Pun kena belajar menyanyi Negara Ku. Siapa tak boleh nyanyi tu memanglah ‘hamput’ punya orang!! Campakkan saja dalam Sg. Tembeling ni lagi baik. Dah tu kena belajar nyanyi lagu UMNO pulak!! Apa ni?
Jadi semasa kursus itu, ada sorang budak muda. Katanya dia Pemuda UMNO. Bukan main lagak lagi. Takmputus-putus sebut nma Mahathir saja. Macam lah Mahathir bapak dia..
Saya tanya lah penceramah yang tu, “Apasal sampai buat kursus semata-mata sebab nak ajar Penghulu nyanyi Negara Ku..?”
Katanya, supaya Penghulu nyanyi betul-betul.
Saya tanya lagik, “Selama Malaysia merdeka, Penghulu nyanyi tak betul ke?.
Ehh… wahhh… jangankan nak jawab baik-baik, marah pulak dia. Macam-macam cakap dia, kononnya penghulu sekarang tak bersyukur kepada UMNO, itu sebab PM kata orang Melayu tak bersyukur kepada UMNO!!
Jadi, kami yang dah tua-tua ni – mentang-mentanglah kami Penghulu orang kecik; nak hamput-hamput marah macam tu, memang tak main punye lah!!
Kami pun ajak debat, kami kata: “Kalau orang Politik fikir kami tak pandai nyanyi Negara Ku macam M.Nasir, orait lah; tapi kami tengok orang politik kerja lain tak ada cuma nak menyalahkan rakyat saja. Walau pun orng UMNO pandai nyanyi lagu UMNO, tapi dah nyanyi apa UMNO buat? BERGADOHHHHHH….!!”
Sorang Penghulu tua yang dah pencen bangkit marah, dia kata, “UMNO lingkop kat Pahang, kat Terengganu, Kelantan ….di mana-mana… bukan sebab Penghulu tak pandai nyanyi Negara Ku, tapi perangai orang UMNO macam setan, rakyat nak meluat!!”
Hehehe… dah HOT pulak. Temperacer dah naik. Budak UMNO yang bagi kursus tu pun HOT gak. Dia tanya apa bokti yang UMNO tak buat untuk rakyat.
Meleting kawan kita tu, dia balas…“Kau budak lagi, kami ni pangkat bapak kau. Sebelum kau lahir dulu, Penghulu lah yang dirikan klinik kampung tempat emak kau pegi ngulang-alik mintak ubat pusat kau, tau tak? Sekarang kau nak eksyen sebab kau UMNO konon, kami Penghulu cabuk konon!! Habis…kau fikir apa yang kau orang UMNO buat semua betol ke?..” Wauuuuu…berang betul tok Pengulu yang nak pencen tuh!! Heheh…
Budak tu jawab, “UMNO itu Kerajaan. Penghulu mesti sokong Kerajaan. Kalau tak suka Kerajaan …BERHENTI..!!”
Ehhh…wahhh..!! Dah melampau budak UMNO yang sorang nih!! Pengulu tua tu bangkit lagi, “Kami makan gaji bukan kepala bapak Mahathir bagi gaji…tau? Mathir apa tau? Menghabihkan duit rakyat saja. Ekonomi terlongkop pasal dialah. Bapak segala RASUAH!!…”
Memang dah HOT sakan, ehhh…!!
Lelama saya bangkit, hajat hati dah leraikan orang bergadoh lah…saya kata, “Kursus Penghulu nih sepatutnya mesti Kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan buat banyak-banyak. Sebab, 25 tahun Kerajaan UMNO di Terengganu dah buat rakyat tonggang-langgang negeri macam dah nak lingkop. Jadi kursus di Terengganu tak apa!! Mestilah banyak, sebab nak ubah cara pemerentah UMNO yang Rasuah, menyeleweng kepada cara yang telus dan jujor dibawah PAS. Baru tak ada lagi Rasuah!!”…
Hehehe…Orang tepok!! Semua kata….”Sokongggg Tokkkk…Gasak bagi habehhhh…!!” hehehe.. Gelak semua!!
Tengok ada respon OK, semangat gak saya. Saya pun sambung, “Orang kampung semua cakap, kalau UMNO nak elok balik, campakkan lah Mahathir…kaki bodek macam Rais Yatim, Dollah Bedawi, Rafidah, Md. Taib, Hassan Omar, Sanusi Joned…termasuklah orang macam Adnan MB kita nih. Inilah muka-muka yang orang kampung cukop meluat. Selagi orang ini ada… UMNO garenti lingkop punye…!!”. Lagi orang tepok!!
Menjawab sorang lagi, “UMNO bukan macam PAS. UMNO kena kontrol dek Mahathir sorang aje. Orang UMNO penakut. Mahathir kata tak yah tanding…ikuuuttttt je!! Semua dah jadi Pak Pandir moden…” Hehehe… pakat gelak semua. Penghulu tua-tua semua gelak!!
Esok pagi, kami dibagi tau, Kursus 2 hari tu cuma satu hari saja. Sebab penceramah dari KL tak dapat datang sebab ada meeting. Tapi saya tau. Itu sebab Penghulu dah tocer diorang…heheh!!
Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling