Walaupun Tembeling bukan kampung besar, tapi kampung kami ni selalu sangat orang-orang besar dari Kuala Lumpur datang melawat. Kadang-kadang saya rasa kerja saya tak ada lain, asik-asik nak uruskan orang Kuala Lumpur saja.
Fahamlah sikit, saya ni orang kampung punya Penghulu, bukan orang KL punya. Orang KL dah ada PM, macam-macam Menteri ada….orang politik semua!! Cukup lah, kannn??
Satu hari saya dapat surat dari Pejabat MB ‘brutal’ orang Pahang yang berResidensi di Kuantan. Saya tengok rupanya ada 25 orang UMNO seluruh Malaysia nak datang ke kampung saya nih. Jadi, saya kenalah uruskan. Diorang datang nak tengok pembangunan di Tembeling dan beramah mesra dengan rakyat kampung.
Wah, bukan mainlah seronoknya orang-orang UMNO yang dua tiga kerat disini. Saya pun hairan kenapa saya kena uruskan tak pulak orang UMNO? Jadi saya suruh diorang buat kerja. Apa pulak saya? Saya kata, kalau nak lobi jadi wakil rakyat, mesti Ketua UMNO uruskan. Kok tak camno nak lobi jadi wakil rakyat? Saya temberangkan UMNO…hihihi..!!
Wahhhh…Bersiap sedialah diorang. Maklumkan, harap sangat peluang nak lobby jadi calun ADUN Tembeling tahun 2004 agaknya. Tak kesah lah tu. Memang lobi-melobi tu kerja orang UMNOlah tu. Tak kesah lah, kan?
Pada hari baik bulan baiknya, maka tibalah diorang satu BUS Acme Tour, ada air-cond. Wahhhhhh…datanglah diorang. Masing-masing cukop dengan pakai bush-jacket yang memang orang UMNO glamour pakai. Ada yang pakai neck-tie. Cermin mata hitam. Ada yang pakai scarf ikat kat leher. Macam Davy Crocket jerrr…Filem Koboi!!
Yang WANITA UMNO, pakai kebaya labuh, cermin mata, kasut tinggi tumit yang selalu orang pakai masa nak dancing dangdut. Rambut pulak dah set siang-siang kat Kolumpo. Ada yang fesyen Siti Zaharah Sulaiman, ada yang fesyen Rafidah, ada yang fesyen Siti Hasmah pakai wig plastik… Macam-macam lah.
Alahai…nak tayang kat orang kapung buat pe?
Turun dari Bus, orang UMNO kampung sambut. Ketua Cawangan terbongkok-bongkok, sengeh-sengeh macam kerang busuk. Terhohok-hoyak tangan mempersilakan ke Balairaya. Saya perati saja, sebab itu memang kerja orang politiklah…”MEMBODEK”….!!
Wahhh… lelaki dan perempuan yang dari KL tu… bukan main lagik! Ada yang berpegang tangan, mencuit-cuit bercubit-cubitan. Tak taulah, nampak saya macam bukan laki-bini saja. Saya tahu sebab kita dah lama kawin, kannnn..?? Orang laki-bini selalu muka macam dah hilang gian. Tapi ni tak pulak saya tengok… berpegang tangan, mencuit-cuit bercubit-cubitan. Tak kan lah laki-bini macam tu. Dah lama hilang giannn…!!
Bila nak masok Dewan, yang jantan tu pegang tangan perempuan …macam lah takut sangat jatuh. Alahai…macam pengantin baru..!! hahaha…UMNO hai..hai…!!
Orang kampung asik perati saja. Maklumlah, orang kampung mana pernah tengok “sandiwara bangsawan” macam itu, kan? Lekalah kami menonton “Sandiwara UMNO” tuh. Kepalanglah meluat orang kampung. Ada yang bisik-bisik.. Tak tau lah apa yang diorang cakap. Mesti mengumpatlah agaknya tu..!! Padan muka..
Masa minum petang tuh, kami tengok…alahhh…malunya, bukan main pelahap lagi. Orang kampung sediakan kueh-mueh. Licin habis…!! Ada yang bungkus bawak dalam hand-bag. Caya tu?
Petang tu, diorang kata nak pulang. Saya difahamkan diorang akan tinggal dengan “mak angkat” dikampung ini. Tapi kabarnya, sebab orang kampung ini ‘lekeh’, diorang nak duduk di hotel kat bandar. Memanglah kami orang kampung. Macam mana sangatlah ‘class’ nya rumah orang UMNO ni. Macam Putera Jaya ke?
Sebelum diorang balik petang tu, diorang maklumkan akan datang esok. Ketua Rombongan tu suruh orang kampung datang pukul 71/2 pagi esok, bawak cangkul dan pungkis. Diorang nak buat jalan kat kampung nih. OK lah, bolehhhh….!!
Esok, datanglah rombongan tu semula. Orang kampung datang pukul 7.00 pagi, tapi Rombongan UMNO sampau 10.30. Itu janji UMNO ke?
Pun, pakaian macam semalam juga. Eh..eh…macam mana nak kerja buat jalan. Pakaian tak macam orang nak kerja cebak tanah. Yang perempuan, pijak lumpur sikit terhegeh-hegeh, pegang tangan boy-friend. Alah…hai…ini macam ke UMNO?
Komdian diorang suruh orang kampung cebak tanah, terangkan belukar. Tapi diorang cuma tengok saja jadi mandur. Ehhh…kata nak buat jalan?
Orang kampung dah naik HOT. Lama-lama orang kampung tentulah fed-up. Diorang pun berhenti kerja. Semua pakat nak balik. Ketua Rombongan itu pun tanya, apsal nak balik? Orang kampung jawab, kata diorang, “kalau setakat nak buat jalan kampung, tak payahlah orang UMNO dari KL datang. Kami pun dah masak buat kerja nih…!!”.
Hahah…padan muka diorang. Agaknya orang UMNO Kolumpo ni fikir orang Tembeling tak tau buat jalan kampung ke? Datang kampung orang nak jadi ‘mandor’ pulak. Tak payahlah UMNO ajar orang kampung cara nak hidup…
Daripada datang konon nak ajar macamana nak hidupkan orang kampung …eloklah UMNO pikir macamana nak “Hidupkan UMNO” dulu….!! Kan? Takkanlah orang UMNO semua asal orang bandar, patut-patutlah kalau masuk kampung orang, kan? Ni lah silapnya orang UMNO ni, kan? Ini ke yang namanya. “KEPIMPINNAN MELALUI TELADAN”? Teladan hapah cam tu?
Padanlah Dasar pemimin UMNO tak pedulikkan hidup orang kampung!! Asik pikirkan tembolok sendiri jer!!
Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling