Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

NAK CAKAP SERIUS SIKIT KALI NI, BOLEH TAK ?

MUNGKIN 1000 kali lagi Dr. Mahathir akan terus memperakukan bahawa UMNO/BN dibawah beliau telah menjadi kuat. Boktinya majoriti 2/3 terus baik. Sabah didalam BN.

Dengan itu, Mahathir boleh kata, berapa banyak akta yang diluluskan Parlimen. Dengan kekuatan majoriti BN di Parlimen, “everything goes”!! Mahathir boleh hukum raja-raja (tapi rakyat tak boleh hukum diri Mahathir). Mahathir kebal. Mahathir boleh heret sesiapa juga ke mahkamah, tapi mahkamah tak boleh heret dia.

Mahathir boleh “tuduh, bicara dan hukum” TPM Anwar sekaligus. Lucutkan jawatan beliau, humbankan dalam jel, suruh KPN belasah….cerca siapa juga, buat fatwa sendiri, tuduh ulamak Islam Pebangkang menyeleweng Fatwa…semua boleh. Tidakkah itu harus membanggakan UMNO. Dan tolong ambil ingatan: UMNO ada 2.5 juta ahli (tak kiralah banci terakhir). UMNO kan cukup kuat? Banding dengan PAS, berapa?

Pun begitu juga. Ekonomi dah naik berpersen-persen. Tengok KLSE dah naik. Tak kesahlah kalau ekonomi orang kampung meleset, berhempas pulas sebab kenaikan harga barang menddak. Itu nasiblah sebab jadi orang kampung!! Orang kampung masyarakat susidi.

Tengok, berapa banyak orang Melayu yang kaya raya. Kalau jadi kroni UMNO, mesti kaya. Kerajaannya bagi pinjaman beli kereta Proton kepada k/tangan awam. Rakyat masih nak kata UMNO/BN tak baik?

Tengok kerajaan bersih dan telus. Walaupun orang tuduh Rafidah RASUAH, Rafidah cakap menantunya dapat saham, dia mana tahu? Jadi Rafidah tak salah. UMNO bersih. Dolah Bedawi bersih. Kan dia Mr. Clean?

Sekarang ada Sekolah jenis “Pawah”. Siapa nak masuk Universiti nak ambik matrikulasi kena bayar 10 ribu MR setahun selama 2 tahun. Hutang tak apalah. Janji mesti bayar, kok tak kena saman. Siapa tak bayar duit pembersihan air Indah Water, siapppppp….KENA!!

Kita ada kilang besi. Eric Cheah dulu jadi taukeh. Sekarang orang kata Eric penipu, tapi mana masok jel. Anwar saja yang masok jel pasal Rasuah. Rafidah orait!! Tak salah!! Mana ada kes. Cuma kat internet saja yang bising. Utusan malaysia & Berita Harian tak cakap… tak ada lah!! OK!!

Tengok lagi, kita ada KLCC mencecah awan biru (pakai duit PETRONAS), Satelit MEASAT Ananda Krishna letak pusing-pusing atas langit (boleh tengok ASTRO), KLIA, ada Lebuhraya Tol. Tol terus Samy Vellu bagi naik meningkat tiap tahun, rakyat boleh tanggung. Apa susah?.

Baru ini pencen naik 10%. Mana yang pencen 100 Rm, baiklah 10 Rm. Paling kurang dapat beli ikan temenung @ ikan kembung pecah perut barang sekilo. Cukoplah sekali makan!!

Kan hebat tu?

Tapi satu saja Mahathir lupa: Orang dah meluat tengok mukanya. Naik sial satu badan. Tengok muka Mahathir tiap hari kata TV orang tak hendak bukak TV lagi. Bila beli Utusan B/Harian orang teringat Johan Jaffar dan Nazri Abdullah kena buang kerja. Bila tengok TV3, orang bosan semanjang memfitnah macam surat khabar Melayu juga. Itu salah siapa? BA yang suruh boikot, bukan Mahathir suruh?

Tengok muka Mahathir orang teringat macam mana dia tunjukkan eksyen cara “meliwat”. Tuduh pulak Anwar meliwat. Tapi cuma setakat Mahathir yang kata, Agostine Paul pun tak dapat nak bokti. Tapi sebab Anwar di lucutkan jawatan ialah sebab Mahathir ada saksi yang libatkan Anwar meliwat, maka dia kena penjara juga. Yang jatuhkan hukum haim. Mahathir suruh saja.

Orang dah mula tanya, “Habis macam mana sekarang Anwar? Kalau tak liwat, bagi baliklah jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Kan mudah tu? Tak susah-susah nak lantik Dolah Bedawi tak payah tanding. Kan itu kerja bangang?”. Yang ini Mahathir tak mau jawab. Irreleven….KAH! KAH! KAH!…..

Sekarang bila Ku Li nak cabar Mahathir, Mahathir dah mengagau pulak!! Bising satu negeri. Habis macam mana? Demokrasi itu macam ka? Kalau nak lawan pun janganlah pakai geng. Ni kenapa Musa masuk campur, kan dah bersara? Aiiiisehhhh….Musa kacau daun pulak dah!! Buat kacau lah!!

Hehehe….bila masuk campur orang macam Rais Yatim, hahaha…. Habislah ikut “undang-undang” dia saja!!

Hai!..Hai…Hai!! Nasib baik saya jadi Penghulu tak jadi Wakil Rakyat.

Tak lawak kan? Memang serius!! Itu lah saya kata!!

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com