Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

ABDULLAH BEDAWI BUKAN “HABIBIE”, CUMA “SAMDOL” MAHATHIR!!

Seorang kawan menalipon saya. Kami berhujah tentang isu pemilihan Presiden & Timbalan UMNMO. Dia kata hujah saya mengatakan Abdullah Bedawi macam “Habibie” tu tak betul. Baginya, dia ada point kata Dollah memang bukan macam Habibie atas sebab tertentu.

Saya tanya, “Mahathir tak marah ke, sebab Mahathir hanya mahu penggantinya 100% replikanya. Kalau Dollah nafikan, tentu Mahathir tak yakin lagi kepada Dollah.!!”

Cepat dia jawab, “Hei…engkau tau tak, Pengulu. Mahathirlah yang suruh Dolah cakap buat statemen macam tu. Kerana Mahathir mahu Dollah mesti ada kelainan supaya si “Dol” tu dianggap orang paling sesuai mengggantikan Mahathir sendiri. Kalau sama…. Dollah won’t stand a chance..!!” katanya. (cehhhhh…speakig dia. Dia orang KL, saya Pengulu Tembeling jerr..)

“Kenapa gitu?” saya tanya.

“Kau takkan tak tau, Penguluuu…!” Katanya, “Mahathir sedar sekarang rakyat dah hilang perasaan hormat kepada dirinya. Dia tahu, rakyat dah terlampau meluat kepadanya. Jadi, dengan kelainan Abdullah, Mahathir akan terus dapat tumpang tenggek, mebonceng macam dia bonceng Musa, Ghaffar, Anwar dulu…….!! Dollah akan mematahkan sebarang peluang orang lain untuk menandinginya kerana “Dollah BUKAN Mahathir”…!!” Sambung rakan saya itu.

“Lagi pun, jika ada pihak yang menentang Abdullah, orang itu mesti berbeda dengan Mahathir. Jadi, Dollah kena nafikan isu robot replika seperti Habibie tu… Itulah dia politik”.. katanya.

Baru nampak kepada saya bagaimana di belakang tabir, kongsi Mahathir-Abdullah sebenarnya “kamceng”. Maksudnya, jika Mahathir mati cara tiba-tiba, jika Dollah jadi PM jangan harap cara Mahathir akan ditukar oleh Dollah. Otak Dollah sudah “diKASI” dek Mahathir.

Seperkara lagi, Abdullah Bedawi memang bukan seperti Habibie. Apabila Habibie ambil alih dari Soehato, surat khabar di Indonesia tidak ada sebarang sekatan. Mereka bebas melaporkan. Tapi bila Abdullah Bedawi ambil alih KDN – orang nak sembahyang Hajat di Masjid Negara kena belantan FRU. Lagi terok!!

Yang pasti Abdullah Bedawi berbeda memang dari Habibie dan Mahathir. Boktinya: semasa Mahathir menteri KDN, HARAKAH tak kena sekat macam sekarang, katanya.

Saya jawab, “Jadi Mahathir lebih baiklah dari Mahathir ?”

Meloncat kawan tu menjawab, “Hei…… BARUA di belakang Dollah tu Mahathir laknat tu lah!!” katanya. “Amacam engkau jadi penyokong UMNO 20 tahun tapi tak faham-faham lagi perangai si mamak tu?” katanya berang.

Saya ketawa. Saya kata, “Tu lah nasib kalau terlampau lama jadi orang UMNO. Kalau lama akan buta lah mata hati tak dapat memandang yang terang. Nasib baik aqidah tak bertukar. Kalau lama lagi, mengucap pun… Mahathir paksa disebut sebagai nabi……!! Kan dia dah mengaku diri ‘MahaFIRAUN”..!! Akupun orang kecik, Khalil Yaakob pun bangang lagik ladi aku… hehehe !!” kata saya. Dia pun ketawa gak!!

“Kau tengok sekarang, Rais Yatim. Dah ada Ph.D pun dah bangang sama macam aku Pengulu Kg. Cekau di Ulu Tembeling ni. Itu semua sebab sebulu sangat dengan Mahathir” kata saya menyambung.

Jadi kesimpulannya, saya bersetuju dengan Dollah. Tengok dari dekat memang dia bukan “Habibie”. Tapi dalam diam-diam Mahathir longos “habibie”kan Dolah. Jadi kalau orang Tembeling nak cari kelainan, jangan pakai Dollah lagik. Dollah sudah di “SamDOL”kan dek Mahathir.

Hahahah…. Nasib kau lah Dollah jadik ”SamDOL” Mahathir…!! Hhihihih…

Penghulu Kampong,
Ulu Cekau, Sungai Tembeling.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com