Saya ni bukan nak membangkit-bangkit cerita yang dah lapok. Tapi sebab orang kampung tak habis-habis tanya saya, saya terpaksa ungkit lagi. Main tuh! Orang kampung kata, diorang dah muak dengar kes Datuk Anwar. Balik-balik mahkamah macam tak ada kuasa saja!! Semua takut..takut…takut!!!
Bila Dr. Mahathir nyorok belakang Ripin Jaka, semua orang kata, “Kalau beruk dah gigit orang selalu dia lari naik atas pokok. Tapi sebab Mahathir bukan 100% nak dikatakan beruk: Bukan; nak kata orang pun Bukan. Jadi, kita mesti fikirlah: dia mesti cari jalan menang dalam “battle of survival”nya. (Eh wahhhh…cakap tinggi sikit..hehehe). Kalau nak harap undang-undang sampai kucing bertanduk pun mampos tak kan ada, ya tak!
Ramai orang kampung dah nampak sekarang. Dr. Mahathir tuh tak ubah macam “Pengulu menyamun di kampung sendiri”..!! Adat orang Sicily, kira-kira Mahathir macam “kepala perompak” MAFIOSOlah, kan? Sapa-sapa dalam ‘family’, kalau cuba main ‘tali angin’, esok lusa siap…. kena kelarlah leher!!
Orang kampung dah mula sekolah ‘politik Mahathir’. Kalau dia tak buat macam dia buat kat Ripin Jaka, Moktar Abdullah, Menteri-Menteri UMNO ngan BN, MB UMNO, orang UMNO yg taik judi, kaki betina, pengSONGLAP segala bagai; mana Mahathir boleh hidup lama jadi PM.
Saya baca dalam Fitnah e-UMNO, Mahazalim, Tranung, MindaRakyat; baca Wak Amin Sapiro, Marhaintua, ulasan Roslan SMS, dll. dah baca tempelak Mahfuz, dan Ezam punya statement; saya buat kesimpulan kat sini….”Apa pasal orang UMNO nih masih paut kat dahan rapuh?”. Tak sayang kat bangsa sendirikah?
Kami Pengulu kampung bukan besar sangat gaji. Tapi kami OK. Tak samun orang. Orang pun tak kutuk. Kampung maju semua tak ada komplen. Tapi bila saja wakil rakyat campur saja… hahahaha.. itu jam baru semua jadi kalamkabut!! Nanti adalah tanah orang kampung kena sauk!! Bila tanya, apasal Projek tak naik tapi tanah bertukar tangan. Sorang pun tak jawab betul. Cuma alasan dibagi kunun tak cukup budget.
Nah tulah dia. Pembangunan cara UMNO, cuma setakat nak “menangguk”. Bila dah kena ‘sauk’, muka hidung tak nampak lagi… Kita makan kuah..heheh dia makan lauk!! Macam tu juga geng-geng Mahathir ‘the Prime Minister”…. Semua tu Pak Sauk!!
‘Witty’nya, Penghulu kena kerja kuat, suruh tenteramkan orang kampung. Sementara itu, geng pemimpin UMNO ngan BN pulun habis sampai kerak pun kena keruk. Kan tu memang perangai ‘beruk’?
Tapi yang paling malang bila orang besar negeri ‘hotak dalam kepada’ dah kena katuk. Mata buta kena cucuk. Telinga tuli kena tebuk. Lidah bisu sebab dah melocot. Raja-raja macam cicak makan kapur. Katakan tak ‘power’, dioranglah yang bagi Melayu, Cina, India pangkat Datuk… Sekarang, bila “Adam” bagi Memo…sampai hari ni..heheheh macam “campak batu dalam LUBOK..!!”.
Saya cuma nak pesan saja, orang kampung yang nak piket di Kuantan cakap, “Tak guna satu kampung buat sebok… 100 kampung charter bus, naik Honda kapcai, naik basikal, jalan kaki…piket kat Kuantan. Pasang sepanduk!! Kalau 10 negeri buat, dengan 100 kampung…dah 1000 kampung. Masa tu tuntut Mahathir UNDOR!! Tak mau UNDOR.. tengok apa jadi!!
Eh..eh… Orang Melayu kalau dah HOT..dah Fed-up boleh “Mengamok”. Jangan Dr. Mahathir nak loyar burok!! Orang Melayu betul-betul cakap ni..!! Walaupun saya Pengulu, kalau orang kampung nak mengamuk, saya garenti cabut!! Nak tahan macam mana, kalau orang kampung keluar macam tuntut MALAYAN UNION dulu, siapa tahan…wow…gali siap-siap lubang kubor!!
Datuk saya pesan, orang Melayu kalau dah terdesak sangat, diorang boleh hilang sabar…‘tebas kepala orang dengan parang cengkok’..!!
Macamana sekarang? Nak tanya orang UMNO sikit saja, “UMNO ni sapa punya? Orang Melayu ka atau Mahathir? Kalau Mahathir punya, gasak dialah. Buat apa nak masuk campur menyebok? Kan bangsa sendiri ada parti Melayu? Buat apa jadi “beruk”… suruh panjat kelapa, tuan pegang tali duduk kat bawah pokok. Hisap rokok!!
Hehehe…napa lah bangang sangat orang Melayu Melinium 21 ni. hah?
Penghulu Kg. Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.