Sejak UMNO nak himpun kat PWTC nih, semua Pengulu kena
dera. Hehehe… Kena bagi repot kat Denan yang dah macam
budak gila-gila. Cakap dah tak tentu hala, bila dalam
mesyuarat asik dia jerr yang nak cerita. Habis Pengulu
nak wat camno?
Haiiiii….sehhh..!! Ini macamlah kalu dapat MB yang
kaki betina. Dalam satu mesyuarat, kami Pengulu
duduklah sama-sama nak bincang sikit pasal projek
kampung. Katanya, orang kampung banyak tulis surat
mintak macam-macam projek. Semua projek nak jadi kaya.
Tapi orang kampung tak tau ke? Sekang nih kerajaan
sekarang sedang ‘sesssssaaakkk’ tak ada duit. Mana nak
cekau!” katanya.
Kami cuma pasang telinga. Apo nak buat, kan? Duit
kerajaan dia yang pegang. Kita Pengulu apa ada? Duit
gaji cukup untuk belanja pasar dengan bayar ansuran
Komputer…(hehehe… komputer saya beli tunai..weeehhh!).
Bila sampai geleran saya kasi sikit taklimat, saya
kata, “Datuk. Kalau nak cerita pasal UMNO, sejak
Khalil lagi orang Kg. Cekau dah menyinga. Projek
memang banyak, tapi satu pun Kg. Cekau tak mengena.
Saya ni nak cakap terus-terang aja. Kalau UMNO kalah,
jangan salahkan saya. Orang dah komplen – UMNO tak
guna. Saya orang kuat UMNO, bukan Datuk tak tau
(hehehe…rahsia undi dia mana tau!!). Saya ada hompej
kat internet. Nantiii…..” Hhihihih…belum saya lekcer
lagi, Denan dah nyampok…
“Eii..ei…Tok Cekau, janganlah cepat sangat nak
masukkan saya dalam komputer. Saya pun ada komputer.
Cuma sekarag saya jarang tengok komputer sejak
budak-budah BA letak gambar saya kat Sanggang. Kalau
diorang dah dilit sokmo, baru saya bukak komputer
‘lik semulo..” kata Denan. Muka nya boroi jerr..
Saya jawab, “Soal gambar Datuk kat Sanggang bukan
makin kurang, tiap hari tentu ada punya. Bukan senang
nak tengok MB dalam komputer!! Bukak saja komputer,
masok Hompej SANGGANG..mesti ada”. Pengulu semua
ketawa. Denan tau, itu joke jerrr…
“Patut Datuk bangga. Macam Swatznigger Datuk punya
hebat…hehehe… malang sikit royalti Datuk Tak dapat!”
kitorang gelak lagi. Memang Denan tuh kalu dengan
penghulu dia mati akal. Maklumlah, PENGULU kat Pahang
nih memang ‘power’. Kat Sanggang dulu, kalau bukan
penghululah yang tolong bawak orang dalam kereta
sendiri, hancor BN kalah. Tapi saya bukan duty kat
Sanggang. Cekau dengan Sanggang jauhhh…macam England
dengan New York. Hehehe..
Jadi saya ceritalah, kalau nak buat projek untuk orang
Cekau janganlah yang terpaksa tunggu bertahun-tahun
baru nak jadik. Orang kampung bukan sabar ‘nau.
Diorang kalau tanam benih hari ni, kalau boleh semalam
tumbuh dah!! Hehehe… camtu punya tak sabar – saya
kata.
“Astagaaaaaa…” Denan cuba mengucap. Tak lengkap.
“Ini bukan cerita mengucap, Datuk. Ini cerita Ketua
Bahagian ada yang repot kat saya nak komplen kat PWTC.
kata diorang Datuk pandai buat janji aja, bila nak
buat temujaanji pasal projek, Datuk selalu tak ada kat
opis. Amacam Datuk nak jawap kalau diorang bawak kes
kat Perhimpunan..?” saya tanya terang-terang.
Menggerapu Denan. Katanya, “Isyy…issyyy..Janganlah cam
tu Datuk. Dr. Mahathir dah sound kat saya, kalau
Pahang tak membangun, dia nak suruh saya UNDOR! Apa
kerja saya nak buat?” Gelabah gak Denan saya blackmail
dia. Saya tau si Denan nih. Dulu dia pun takat Cikgu
aja. Tu pun rekod dia bukan cantik beno. Paham-paham
lerr…!!
“Habis berapa budget Datuk nak bagi kat orang Cekau?”
saya tanya.
Denan garu dahinya. “Errr..errr..nanti saya fikir.
Esok saya talipon Pengulu, ya?” jawabnya.
Saya bukan main sedap hati. Pulang. Sampai rumah
petang tuh, isteri saya kata Denan MB talipon. Saya
tanya apa hendaknya. Isteri saya kata dia ada tinggal
pesan. Nanti petang ada orang projek nak datang jumpa
saya.
Petang tu saya tunggulah. Dekat nak Maghrib datang 2
orang Cina. Pakai Mercedez 230. Bukan main eksyen dia.
Dia kata, “Datuk MB ada talipon sama saya. Dia suruh
bikin projek sini kampong. Gomen kasi wang. Tak payah
tender”. Katanya.
“Habis, apa projek mau bikin ini kampung? Mau kasi
orang makan besar ke?” saya tanya. Harapan saya bukan
main lagi. Tinggi Gunung Tahan, tinggi lagi harapan
saya.
“Itu projek bukan cari makan punya. Projek mau ‘kasi
buang’ punya…” kata Kontraktor tu. Saya makin heran.
Spesel sangat ke projek yang si Denan nak bagi untuk
orang Kg. Cekau? Rungut saja .
Bila Kontraktor tu tengok saya terpinga-pinga aja, dia
pun cakap, “Itu projek bukan cari makan wa cakap sama
lu! Projek bikin JAMBAN. Itu prjek “mau kasih buang”
pinya…..???!!”
KAH! KA! KAH! Baru saya paham. Betul juga, kalau
selama ini MB negeri lain cuma janji kat orang kampung
Projek “Cari Makan” saja, apasal tak fikir sikit
projek yang Denan bagi kat kg Cekau ni ya? Tak sangka,
dalam gila-gila Denan nih, ada juga geliga dalam
kepala hotaknya!! Memang tak sangka.
Masalahnya, Projek cam tu pun Denan pakai Kroni Cina
jugeeeeekkkk…!!! Hai MB UMNO…UMNO…!!
Penghulu Kg. Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.