Sebut pasal rasuah, dalam UMNO banyak cerita
woooiiii…. Datuk saya dulu memang orang kuat UMNO.
Tengoklah saya ni macamana. Lagak macam UMNO, cuma
hati dalam tak mau nak citerr..! Hehehehe..
Yaaallaahhh…kenalah ikut peredaran masa, kannnnn…!!??
Nak jadi certa, masa Atuk saya jadi drebar bekas Wakil
rakyat dulu, semua cerita pasal rasuah dia tau. Tahun
60-an, hutan kat Pahang boleh kata woooiiiii…sakan!
Setakat nak cari rotan, tak yah masok dalam hutan. Kat
tepi kampung pun manyak. Sampai belit batang doghian!!
Heheh…
Wakil rakyat yang Atuk saya servis tu dah pencen. Masa
dia wakil rakyat dulu, pasal balak…heheh dia memang
gasak punya. Tak sekor-sekor Cina balak datang kat
rumah die…!! Tak pagi, petang!! Tak siang, Malam!!
Sebok sajaaaa!! Dia bincang-bincang, komdian sain..!!
Dah tu angpau garenti punyaaa..!! BIASA laaa…!! Dulu
ke, sekarang ke….SAMA!! Tak caya tanya Denan. MESTI
tak ngaku punyaaaa…!! Hehehe….
Satu hari, dengar ada cerita orang BPR nak datang
‘nyiasat’, kununnya ada Wakil Rakyat yang makan suap
pasal kayu balak. Bekas Wakil rakyat yang ni dah
gelabah. Malam tak tidor dah. Apa nak buat? Kabarnya
polis ada waran boleh geledah dalam rumah. Hahaha…lagi
Wakil rakyat ni kecut perut. Kalau dapat, mesti
tangkap. Masuk jel. Mesti malu punya…..!! Wakil rakyat
zaman dulu ada maruah…kalu kena tangkap tau malu.
Sekarang boleh tanya Pidah, Rahim Tambi Chik, Mahadey
ke…Daim lagi pulakkk…heheh.. Mana ada malu, kan? Kan?
Kan?
Lelama dia dapat satu akal. Nak jadi cerita, seberang
jalan depan rumah Bekas Wakil rakyat tu ada satu kedai
mamak jual barang roncet. Kedai tu dia sewa dari Bekas
Wakil rakyat tu juga. Tentulah dia kenal baik ngan
Maideen itu. Very close buddy, kata orang sekarang.
Kedai mamak tu sekarang dah tak berapa laku sebab
Bekas Wakil rakyat tu dah buat kedai sederet pulak.
Tapi semua Cina je yang mampu sewa, Jadi Maideen tu
melopong je lah. Merosot jauh perniagaannya. Kesian
gak kat dia.
Malam tu, Wakil rakyat tadi pegi jumpa Maideen.
Sorang-sorang dia ngendap kat kedai Maideen. Bila dia
katuk pintu kedai Maideen, mamak tu pun buka.
Bisik-bisik Bekas Wakil rakyat tu kata,
“Syyyuuuu…Heh!! Maideen. Kau pegang ini barang ya?
Nanti satu minggu punya dalam, saya nanti ambik. Kau
jangan bukak tau?…” kata Bekas Wakil rakyat tu.
Warning siang-siang.
Maideen pun ambik. Wakil rakyat tu kata, “Kau jangan
bukak kedai satu minggu punya dalam. Kau boleh
jalan-jalan. Tapi minggu depan, kau mesti balik sebab
aku nak barang ni balik..!!” Mendengar tu, Maideen pun
terus tutup pintu. Wakil rakyat tu pun pulang… Releks
je mukanya. Apa dak nye... kalau BPR ke, Polis ke
datang mana ada duit dalam rumah dia. Selongkar sampai
bawah katil pun tak ada!! Tak ada kes LAH..!!
Lat seminggu, Wakil rakyat tu jengok Maideen kat
kedai. Katuk-katuk pintu. Tak jawap. Pegi belakang
kedai. Tengok tengok pintu kedai Maideen tenganga
jerr. Masuk dalam, barang kedai Maideen semua tak ada.
Macam dah pindah. Tak apalah, Maideen holiday KL
agaknya. Esok lusa baliklah dia, katanya dalam hati.
Dah sampai pulak minggu depan tu, tunggu-tunggu
Maideen tak balik juga. Tunggu dua, tiga hari pun
camtu jugek. Sama. Lelama wakil rakyat tu baran. Mula
risau. Dia pun repot Polis suruh cari mana Maideen.
Dalam repot dia kata, “Maideen kawan baik saya, hilang
entah pi mana. Tak bayar sewa.” Itu aje…hehehe…!!
Polis tu jawab, “Alaaaa…YBerhormat. Sonang ajeee…
Nanti kami tanya kat KL. Esok petang dapat jawab
lerr…!!
Wakil rakyat tu pun pulang. Esok petang Sarjan polis
tu pun datang ke rumah YB tadi. Katanya, “Laporan dari
KL kata, Imegresen punya cerita, Maideen yang sewa
kedai YBerhormat tu dah balik India laaaaa…!!!”.
Hhihihih…sebaik saja Tok Sarjan tu kata Maideen tu dah
balik India, YBerhormat tu terus pitam. Tumbang!!
Punyalah kelamkabut. Atok saya bekejau ke dapor ambik
air satu besen curah kat muka YBerhormat tu.
Bila YB tu sedar, Tok Sarjan tu minta diri nak pulang.
Sebelum pulang dia kata, “Sayang sangat YB kat Maideen
tu. Maideen balik India, dia pulak yang pengsan. Rindu
sangat YB agaknya….!!”
Sejak dari hari tu, Wakil rakyat tu dah macam sewel.
Tiap hari merapu. Tak tau apa cakapnya. Dengar tu, cas
dia sakit nyanyok. Atok saya kata, dah gila!!
Atuk saya kata, “Kabarnya, yang jadi YB tu separuh
gila sebab dalam gumpal kain sarung tu ada setengah
juta duit kertas 100 ringgit. Pikirlah, ya? Tahun
60-an kalau ada ½ juta, woooooiiiiiiihhhh… amacam
punya kaya, kan? Padan jugaklah penngsan YB tu.
Haahahaha…nak nasiht sikit kat orang UMNO. Lain kali
jangan percaya sangat pasal duit kat “mamak-mamak” ni.
Dia ada India nak balik, orang Melayu mana ada “India”
nya kalau nak balik. Ni haaaaa…!! Dah kena yang sorang
ni, amacam punya seksa kita…heheheh…!!
Nasib kaorang lerr.. Saya Pengulu, boleh undi mana!!
Lagi saya simpan duit kat Bank islam, bukan kat
mamak!!
Penghulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling.