Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“HERO UMNO” – DULU DAN SEKARANG..!! KAH! KAH! KAH!

Masa saya kecik-kecik dulu, orang UMNO kalu nak jadi Ketua Cawangan tak ada pakai duit. Dulu mana ada “politik wang”. Sejak Doktor Mahadir ni jadik Presiden UMNO aje ada citer pasal ‘politik wang’. Sebab sekarang orang politik semua kaya-kaya. Maklum camacam jalan duit masuk.

Dulu tak boleh rasuah. Sekarang UMNO orait… No problem!! Rasuah? Tak apa!! Doktor Mahadir ada. Sebut saja “Saya orang UMNO..OK Doktor Mahadir mesti cakap kat BPR…”DO NOT DISTURB!! Cleint busy..!!” Hehehe… Fesyen UMNO tahun 90-an.

Bukan pulak saya nak fitnah. Tanyalah Rafidah. Kabarnya, sebab Siti Zahrah kurang rasuah, tak banyak duit, terpaksa mengalah!! Mahadir marah kat orang yang TAK pandai rasuah. Tengok tu, amacam punya sayang Mahadir kat Rafidah? Dengar cerita, Rafidah dapat restu dari Datuk Seri Presiden? Kan? Heheheh…

Balik kat cerita asal. Kat kampung saya dulu, si mamat yang tu kepalang samseng. Memang dalam mesyuarat mulut dia ‘kan main bising. Memang UMNO dulu siapa samseng memang elok jadi Ketua Cawangan.

Jadi UMNO dah nak mesyuarat, dia tak tau camna nak bagi orang angkat dia. Dia kan main gian nak jadi Ketua Cawangan!!

Dua hari sebelum UMNO kampung tu nak mesyuarat, dia pegi hutan. Dia bawak senanpang. Katanya, kalau dapat kepala kominis dia nak kerat, tunjukkan kat orang…

”….Hahahah …tengok dia samseng? Tak leh jadi ketua Cawangan ke?”, kata tok Sidang. Memang Pahang negeri last kominis kira habis. Takde lagi kawasan hitam

Balik dari hutan, si mamat nih, bukan main bising. Dia temberang kat kedai kopi, “Woi……aku silat, aku kuntau..Hahah..aku lempang!! Lima orang lari… Tapi celaka betul nasib aku tak baik. yang sorang tu tembak aku dari belakang..?” katanya.

Dia pun bukak baju. Memang betullah!! Selonggok kesan peluruh Penabur “SG”… Tembus-tembus bajunya. Dia kibas-kibas kat orang…!!FFFFuiiihhhh… bau musang!! Hehehe….!!

“Habis kau tak ape-ape ke?” tanya dek Tok Sidang!!

“Haikkkk…kita memang udah siap baca masa nak melangkah!! Setakat peluru kominis, belum apa-apa. Kalau kominis bawak peluruh meriam pun, aku tak heran…” katanya bongkak.

“Cam tulah kalu nak jadi Ketua Cawangan!” kata tok Sidang. Mamat tu sengeh jerr.

Malam tu, ada kawan pi ngintai kat rumah dia (biasalah budak muda kampung zaman tu – suka ngintai orang baru kawin muda). Dah lewat malam, dengar bini si mamat tu tanya, “Betul ke abang tadi jumpa kominis. Orang semua cakap? Kominis tembak, abang tak lut? Entah-entah abang ada simpan hantu jembalang. Minah takut kawin orang simpan hantu….!!”. Bini muda si mamat tu bunyi ronseng pulak…

Cepat-cepat Mamat tu jawab…“Issssyyyyy…jangan cakap. Sebenonye aku bukak baju, aku sangkut kat dahan kayu. Aku tembak baju aku. Dah tu aku pakai balik..!! Sebab aku nak jadik Ketua Cawangan!!” katanya. Budak-budak yang ngintai kat bawah rumah, gelokkkkk…KAH! KAH! KAH! Dah pecah tembelang…

Esok kat kedai kopi, si mamat tu ada. Bebudak yang ngintai malam tadi pun buat lakunan pulakkkk…, cukup dengan suara Minah sekali…”“Betul ke abang tadi jumpa kominis. Orang semua cakap? Entah-entah abang ada simpan hantu jembalang. Minah takut kawin orang simpan hantu….!!”.

Sorang lagi jawab..” …“Issssyyyyy…jangan cakap. Sebenonye aku bukak baju, aku sangkut kat dahan. Aku tembak. Dah tu aku pakai balik..!! Sebab aku nak jadik Ketua Cawangan!!”…!!

Hehehee…punyalah gamat pagi tu. Mamat tu tepok punggung, terjeh basikal….BLAH!! Taulah dia, malam tadi tadi ada orang ngintai kat bawah. Tak chan nak jadi Ketua Cawangan!! Hehehe…

Sampai hari ni, orang yang jadi tauke-tauke UMNo semua samseng. Tapi kalau Polis “belot” MAPOIH diorang!! Kalau Mokhtar Abdullah ngan Agustin Paul, Arifin Jaka tak kena rasuah…Mahathir habeh kena telanjang, kan? Hehehe…

Penghulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com