Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELAMAT BERHIMPUN DAN BERSIDANGLAH UMNO …SELAMAT LAH TUAN-TUAN!!

Saya ni selalu dapat cukup banyak e-mail dari macam-macam sumber. Maklumlah Pengulu memang popular. Kira-kira Pengulu ni memang dah jadi “Public Figure”. Kira-kira, antara “Pengulu” dengan “MB”, orang respek lagi “pengulu”. Apa dak nyerr…! “MB” duduk opis, tak pi mana-mana. Pengulu kena campur semua!!

Cina jual sayur kat pasar pun kenal saya. Maklumlah, dia mintak tanah lesen tanam sayur, semua mohon kat DO melalui kita!! Nanti paham-pahamlah, DO pi jumpa MB, minta sain. Tentu DO dapat ‘angpau’. Itu biasa!! Sebab, bila saya rekemen orang permohonan orang Melayu, garenti tak lulus dek “DO”. Sebab tak de “DO”nya…”Duit kopi “O”nya….!

Orang UMNO yang bawah-bawah ni mana tau cerita ni semua. Kalau Agustin Paul, Arifin Jaka, Moktar Dugong, Ghani Patail, Lamin Yunus, Moktar Sidin, Firuiz, Yusof Chin, boleh buat….apasal “DO” tak leh? Bezanya, “DO” makan takat ikan bilis jer… Diorang tu makan jenis “Kurau”…!! DO pakai pancing, diorang pakai jaring. Sekali diorang “kelong”, nahhhh…tengoklah apa jadi Datuk Anwar, kan? Lawyer dier berpusing cakap 14 hari, tapi Lamin Yunus buat dekkkkkkk aja. Tak sampai seminit..hahaha…keputusan habis dibaca!! Paling malang “justice in Malaysia”, kata lawyer kawan baik saya.

Saya jawab, “Apa nak buatkan. Itu demokrasi UMNO!! Selagi Doktor Mahathir Presiden UMNO…hehehe.. jangan harap lawyer boleh angkat muka. Dia pakai undang-undang “Hutan Brazil”… Banana Repablik punya cara…!!” Hehehe… gelak dierr…!! Menang gak saya lawan ngan lawyer!!

Walau saya ni takat Pengulu “Kg. Ulu Cekau”…heiiiiiiihhhhh…jangan main-main, kalau saya jadi calun BA, garenti calun UMNO ngan BN kalah punyerrr…!! (nyombong cam tu biasalah bagi orang UMNO..!!). Kan saya ni dulu penyokong UMNO nombor satu? Budaya UMNO mesti ada sangkut lagi kat kopiah saya…Heheh..

Satu hari kawan saya nak bagi ceramah kat satu kampung. Dia memang lama nak teringin sangat jadi Ketua Cawangan UMNO. Tapi dia tak tau macamana nak bagi orang kampung ‘syiok’ kat dieerrrr… Habis tu dia datang jumpa saya. Dia tanyalah, apa formula dan ramuannya.

Saya bagi cadangan, “Kau kena cakap temberang sikit. Tapi janganlah melampau. Bagi orang sedih sikit. Tengok Mahathir, tak malu-malu dia menangis kat PWTC; ‘cembeng-cembeng’ macam budak kena cubit. Hahaha… tu lah dia “trik”. Saikoloji cam tu, kalau takat 2,500 wakil UMNO, garenti ‘beli’ punya!! Maklumlah orang Melayu… kaum penyedihhhh…!! Cepat lupa. Doktor Mahathir tu pakar pasal trik “putar alam”nya. Maklumlah… dia ada bakat sejak nenek moyangnya. Sekarang ramai pemimpin UMNO yang dah cukup sekolah belajar dari Presidennya.

Habisssss… nak jadi cerita, malam Ceramah tu, kawan saya tu pun cakaplah… Masa berucap, katanya:

“……Kau orang di luar UMNO jangan melampau sangat komen-komen kami yang dalam UMNO ini. Konon kutuk kami tak demokratik. Kami sebagai ahli, kami sokmo tak leh pandai-pandai sendiri….Kami ada peraturan tetap. Walaupun dalam Perlembagaan UMNO tak ada, tapi Presiden dah kata kami kena patuh… Patuh sajalah!! Sebab, Presiden UMNO tu “Pucuk Pimpinan” nombor satu. Kita kena hormat kat Datuk Seri Presden. Dia boleh selamatkan kita, boleh lidung kita. Walaupun kita langgar undang-undang tafik light, pi jumpa dia…ganrenti polis tak saman punya. Tengok Rahim Nor, dia belasah Datuk Anwar setengah mati…apa jadi? Presiden UMNO bela Rahim. Dia pi Jepun..dia kata Anwar cederakan diri dia. …Cam tu lah kalu nak jadi Presiden UMNO!!….” Kata si Mamat ni membela partinya.

“…..Sistem demokrasi kami dlm umno, YAB datuk seri Presiden parti larang ahli tulis suka-suka hati. Setakat ini, yang boleh bagi amanat dan fatwa hanya pemimpin dan ‘hantu-hantu raya’ aja. Hinggakan kalau kucing beranak pun, kalau tak ada berita yang lebih penting; itupun cuma Presiden parti aja yang anouncekan. Ngerti tak niiiii? Hihihih….

“…..Lainlah sikit BA. Kau orang open society. Kami dakkk…!! Silap-silap kena halau; keluar dari jadi ahli parti. Kalau hilang status ahli, pakai tak de fuluslah lagi. Tak de fulus mana boleh nak tanding Mei ni. Walaupun politik wang dah tak boleh pakai secara resmi, Kentucky Fried Chicken punya kupon mesti kena beli, kan?. Siapa nak bagi free weiii.. Ayam sekang dah naik harga niiiiiiiii…Makanan ayam sekarang bukan lagi ubi. Dah makan Fast food “Gold Coin Brand “animal feed. Made in Germany!! Se kilo berapa harga sekarang? Kena pi tanya Mohidin Yassin. Dia inchas segala ayam termasuklah segala lembu-kerbau dan “kambing biri-biri”. Dalam UMNO pun ada bisnisman yang pelihara “biri-biri”. Sampai masa tu lah yang jadi korban ‘kenduri’ parti…!!

…..“Berita e-UMNO” itu bukan dibuat untuk ahli. Ahli cuma boleh baca dan dengar Audio Player aja. Nak sembang-sembang mana ada Forum macam FGR nih! Korang budak-budak BA bolehlah. Selain FGR, ada MalaysiaKini, ada Laman Reformasi Mahazalim. Tak cukup “one” dah ada yang “two” pulak niiiiii…EH! Eh! …

…..Paling UMNO meluat sekali tu…tu… Laman “Fitnah e-umno”, “MindaRakyat” ‘ngan “Tranung Kite”..! Hari-hari ada saja muatkan tulisan Amin Sapiro “Panglima keturunan Majapahit Mantaram dari tanah besar Jawa”.

…..Lagi sorang, tuuu….Pak MarhainTua. Tu dua orang, samseng betul kalu tulis pasal UMNO!! Hhihihih… kekadang nak gelok!! Kalu deme terus tulis ‘ngutuk Presiden parti kita, tentu nagis lagi nampaknya dia bila bagi ucapan kat Perhimpunan PWTC, Mei ni, yo? Betul tak? (orang jawab……IIIYYYOOOOO….!!) HEHEHE…!!”

Saya sendiri nak tegelak bila dia bagi ucapan. Yang saya gelak tu, lebih pandai dia cakap lebihbdari apa yang ajarkan!! Memang baguslah calun Ketua Cawangan UMNO ni!, kata saya dalam hati. Memang dia jujur dan ikhlas. Mana nak cari Ketua Cawangan jenis ini, kan?

Kemudian dia sambung lagi, katanya: “…..Jadik, tolonglah bagi chan sikit kami orang-orang UMNO. Kami dah lah kalah di Tengganu. Janganlah bagi kami kalah di Pahang, Kedoh, Perak, Selangor. Lupakan sikit apa Ali Rustam budak gilerr tu dah aniaya orang Melaka!! Nasib baik Kelantan kalah kat PAS. Kok tak, kalu Ibrahim Ali jadi MB, tak kan ‘haghu’ satu dunia? Weeeiiii…owwww..!!”

Masa tu orang gelak. Saya menekan perut tak habis-habis. Yang paling saya gelihati, dia pandang muka kat saya. Kat sayaaaaa…!! Minta sokonganlah tuuu…Sengeh aje muka dierrr.. Saya angguk tanda setuju lerrrrrr….!!

Saya pun tunjuk jari!! Ehhh..eh…jangan salah sangka. Bukan macam yang Denan Yakob tunjuk kat Sanggang tuh, wiiiii……!! Ini tanda “V”. Dia naik semangat, dia sambung lagi, katanya….

“UMNO nih jangan tuan-tuan tak tau. Dotor Mahathir bukan Diktator. Bukan!! Dia Presiden Parti UMNO. UMNO dia punya. Takkanlah dia nak bagi kat Ku LI. Dulu Ku Li dah buat satu dia punya. Habis napa dia bagi padam? Itu bukan salah Dotor Mahathir, kan? Lagi pun Ku Li kata dia cuma nak jadi GURKHA aja…nah sekarang jadi GURKHA lah…!! Itu yang dia nak, itulah yang dia dapat. Nasib baik dotor Matahir baik hati mau terima. Ber”syukur” saja lah kat UMNO!!…”. Kan baik hati Presiden UMNO!”, katanya.

Sambungnya…”Tengok Datuk Rais Yatim. Dia tak kata nak jadi GURKHA!! Walaupun jembatannya dah habis dia bakar, tapi sekarang dia ada jembatan baru… Untung-untung tak ada pulak orang UMNO sakit hati kasi bakar pulak. Kesianlah kat orang NS. Tulah saja tinggal sorang baka NS dalam Kabinet. Yang lain tu dah habis “no bisnis”. Tak caya tanya Md. Isa. Sejak kejadian terjadi “Rusuhan Bersenjata” di Bkt.Pelanduk, nampaknya bisnis Isa belum pulih lagi…” katanya.

Orang gelakkk…satu padang orang gelak!! Hahaha… orang pun tepok lagi…!! Tegok riaksi orang bukan main ligat lagi, dia sambung ceramahnya, katanya:

“……Orang BA nak demo-demo buat apa!! Tak kesian ke dengan UMNO. Kalau tak MCA dengan Sami Vellu tolong sokong calun UMNO dalam pilihanraya dulu, UMNO tak menang punya. Untung ada Presiden UMNO kuat semangat. Bertahan juga dia. Dia pi Mekah, berdoa dia!! Paling kurang untuk selamatkan anak-anak dan kroni dia…..!! Kan Doktor Mahathir kata, “Orang Melayu semua Kroni dia… Tak patut ke kita “bersyukur” kat UMNO…????” katanya.

“…..Tengok kat Sanggang, kalau Ustaz UMNO tu tak menang, rugi UMNO kalu dia kalah. Cukuplah setakat ustaz-ustaz UMNO kat Tengganu dah Blaaahhh..! Tak ke kesian kita ulamak feqah paling handal dalam UMNO macam Tok Wang Mokhtar & Yusop Nor kalah? Mujor hati PM baik, dia bagi Datuk Mid Man sambung kontrek jadi Menteri. Kalau PM bagi Rahim Thamby Chik jadi Menteri JAKIM apa orang Melayu nak cerita? Asistan Rahim dia bagi Rafidah Aziz pulak, apa nak jadik?…” orang ketawa gila-gilaaaaa……!! Tepok sorak menggila-gila!

Last-last dia cakap terang-terang, “Wahai orang Pahang…!! Sokonglah UMNO. Sebab UMNO saja yang boleh bawak Pembangunan. Tegok hutan Pahang, mana ada semak lagi. Tengku “Wong” dah bagi hutan belukar, kayu kayan tolong kita tebang. Dah terang. Sekarang hutan Pahang dah tinggal lalang…..! Kan orang Melayu senang?”

Penutup ucapannya, dia kata lagi, “……Ni…sebab YAB MB kita ada kat sini, saya alu-alukanlah beliau. Tolonglah pujuk orang Melayu kat kampung ini. Janganlah masuk PAS. Sebab, PAS tak suka MB tunjuk “jari” macam kat Sanggang! PM kita dengan TPM Dollah Bedawi pun dah kata, “YAB MB kena provok ajerrr… tak apa. Itu PAS punya salah!” Kalau boleh, ya lahh….kita tukarlah logo UMNO jadi gambar “Jari Bersilang” … Buat apa Keris !!”. Diapun tamatkan ucapannya. Duduk. Orang UMNO tepok…

Betul juga. Bila mesyuarat UMNO, adalah 11 orang yang datang. Itulah dia koram mesyuarat Cawangan. Itu pun kali ke-2. Tapi sebab ‘ruling’ UMNO – walaupun tak cukup koram mesyuarat cam tu boleh pakai jugek. Maka sebulat suara Mamat tu dilantik jadi Ketua Cawangan.

Nampaknya, Mamat yang macam nilah sekarang yang “paling” banyak jadi Ketua Cawangan UMNO!! Orang yang dilantik jadi Perwakilan UMNO ke PWTC, lebih kurang macam si Mamat itu jugalah “hebat-hebat”nya. Kalu tak caya, jangan lupa bukak berita TV3. Jangan lupa beli Utusan “Meloya”. Hari tu, janganlah BOIKOT lagi. Mana nak dapat cerita lawak macam tu punya BANGANG gilerrrrrr…!!

Hehehe…”Selamat Bersidang” kawan-kawan dalam UMNO!

Pengulu Kg Ulu Cekau,
Ulu Tembeling.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com