Satu masa semasa saya jadi Cikgu Sementara, saya ada
kawan ustaz kelulusan pondok yang ngajar mata
pelajaran ugama Islam kat bebudak primary. Guru Besar
pulak Cina. Jadi kenalah fesyen sikit. Tiap hari semua
Cikgu kena pakai neck-tie. Wah! Wah… kepalang punya
eksyen kami lagik.
Yang melucukan, ada yang tak tau ikat tie. Macam-macam
punya simpul. Ada yang simpul bongkah, ada yang simpul
ketam, ada yang simpul ‘thumb-thumb’… Macam-macam.
Jadi satu hari saya di bilik guru sedang merait buku
budak-budak. Sambil tu saya sembang-sembang kosong
dengan ustaz tadi. Kami cerita pasal dunia, akhirat,
solat hajat, doa, dosa-pahala… macam-macamlah.
Tiba-tiba ustaz tu bangun dan mintak diri kat saya.
Saya tanya apsal ustaz? Jawapnya, “senak perut, nak
melepas jap”..
Saya jawap, “Ehehhh… cepat ustaz. Itu panggilan
keramat. Tak ada orang nak lengah-lengah”. Dia gelak..
Memang kami berdua selalu melawak tak kering gusi.
Maklumlah kawan baik. Ngan ustaz memang baik, banyak
dapat hikmah. Meloncat aje dia keluar pintu.
Selang tak berapa lama, dia balik. Saya tengok dia
sengeh aja. Saya tanya, “apsal sengeh aja Ustaz. Ada
pe-apa-apa ke?”
Dia senyum malu-malu. Saya desak dia. Dia tak mau
cakap. Lelama saya gurau sikit, “Hehehe… ustaz salah
masuk tandas ke. Kot-kot serempak ngan Miss Wong,
tak? (hehe Miss Wong anak dara tua 52 tahun taukeh Ah
Yau kedai getah tu).
“Isyyyyyy…Cikgu nih. Takkanlah saya nak pekena dengan
Miss Wong pulak. Kalu dengan Virama tak pe gak”
katanya. Ustaz kawan saya tu gelak. Kami pun gelak.
Virama tu anak dara juga. Tapi hitamnya …alamak tuan.
Kalau ada ‘camp-fire’ pengakap, kami selalu gurau
suruh dia duduk kat unggun api, biar nampak. Takut
terlanggar dalam gelap. (Hehehe….ngumpat..!!).
“Habis camno” saya tanya. Saya pandang mukanya. Saya
tengok hujung neck-tie ustaz tu keromot aja. Macam
kena pulas. Basah..!!
“Eh! Eh! Apasal hujung tie nih basah, ustaz? Kromot
lak tu?” saya tanya dengan muka heran. Saya tengok
Ustaz sengeh lagi. “Heh.heh..!! Baik ustaz citer, kok
tak saya kata kat Pak Imam ustaz terlanggar Virama kat
bilik tandas pompuan..Heheheh…” saya blackmail
uztaz..!! hehehe…dia gelok!
Lelama dia kata, “Hisyyyyyy…saya citer Cikgu jangan
cakap kat sesiapa, ya”. Saya nganggok.
Katanya, “Masa saya kat tandas tadi, saya dah ‘sennak’
sangat. Saya pun bukak seluar. Tapi zip seluar saya
sangkut. Sekerat saja yang terbukak. Saya nak bukak
tie, tapi simpol mati. Jadi gagah juga cangkong…. Bila
dah sudah, rupa-rupanya saya kencingkan hujung tie
saya sekali. Sebab dah menjulai kebawah lupa nak
angkat masa cangkung. ..!!” katanya.
“Habis napa ustaz tak bukak?” saya tanya sambil gelak.
“Simpul mati pulak, Ckguuuu..” katanya.
“Dah tuh?” saya tanya.
“Saya pun basuh kat paip. Dah tu saya ramas bagi
kering…” katanya.
“Hahaha…padanlah keromot ustazzzzzz…” Kami gelak.
“Habis zipnye” saya tanya.
“Tulah yang saya risau nih! ‘Benda’ saya tersangkut!!”
katanya.
“Jadi amacam nak buat?” saya tanya.
“Saya nak pakai kain pelikat sembahyang saya tu.” Saya
kata, ok jugak lah.
Dah tu dia tanya saya lagi, “Kalau pakai kain pelikat,
dah tu pakai baju teluk belanga, pakai neck-tie, elok
ke?”
Saya gelak lagi. Kali nih gelak sampai senak!! Napa
tak nye, kan?
Saya kata, “ Cuba ustaz bayangkan. Apalah rupanya
kalau pakai kain pelikat, dah tu pakai pulak baju
Melayu sekali dengan neck-tie. Pi masuk kelas. Saya
takut..takut murid lari. Dia ingat kok orang gilerr
mana dah masuk kelas?…” Dia pun gelak..!! HAHAHA….
Heheh…Baru saya ingat, cakap Mahathir masa
penggulungan Perhimpunan UMNO dulu. Pun ada logiknya,
katanya “ wanita perlu buka zip jika diperlukan dan
saya pun pakai zip tapi saya buka zip pada masa yang
tertentu”.
Hehehe…kira-kira Mahathir dah terkena sawan Si Denan
jugak dahhhhh…!! Tapi lagi kelas cerita Ustaz kawan
saya tuh!! Zip seluarnya tak macam zip seluar
Mahatahir. Ustaz kawan saya zipnya tak boleh bukak
“pada masa yang tertentu”.
Rasa-rasanya Mahathir beli zip kat mana hah? Rugi kita
tak dapat dengar cerita Mahathir sebab tak dia tak gi
mahkamah. Kok tak Datuk Anwar boleh bukak mana
Mahathir beli zip nyerr..!! Hahaha…
Pengulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling