Waktu minum petang tu, anak pompuan bongsu saya si
Adek yang Form One tu tanya saya. Dia konpius sangat
apa maknanya “Orang Tua”.
Dia kata, “ada orang cakap maknanya ‘emak-bapak’, ada
orang kata ‘orang tua’ yang dah tua lah. Tak ada de
gigi. Kunyah goreng pisang pun main telan ajerr..”.
Hehe…saya tegelak gaks bila dierr huraikan definasi
“orang tua” tuh. Saya tanya dia, “Eh..cam abah ngan
mak nih, apsal orang kata ‘orang tua’ p’lak?”
Issyyyy..dia jawab, “Itu mak ngan abah ‘orang tua’
Adek ajerr. Tapi mak kata tak cam tu kat Abah. Mak
panggil Abah tu “abang”..!! Abang retinya bukan ‘orang
tua’ lah..!! dia sengeh mandang kami. Geli hati p’lak
dia sengeh tak keluar suara!! Orang Pahang kata,
“kerenyeh” ajerr.
Saya tanya, “Apsal Adek tanya?”
“Cikgu suruh kami buat karangan darihal ‘Orang
Tua’..”, katenyerr jawab.
“Owww… itu best punya tajuk. Tulislah. Mana tau dapat
markah penuh. Dapat biasiswa MARA..!” kata saya.
Malam tu saya tengok dia menulis mula dari lepas Isya’
hingga pukol sepuloh. Sepatah pun dia tak
bercakap-cakap. Tengok TV pun dia tak nak. Dah tu dia
tutup buku dan tinggalkan aja atas meja. Terusa
tidur. Saya yang nakal sikit, gi tengok apa yang dia
tulis tadi. Gini tulisnya:
“ORANG TUA”
“…….Abah saya kata, perkataan “Orang Tua” ada
bermacam-macam makna. Boleh ditakrifkan “Ibu-bapa”
kepada anak-anak. Kerana ayah dan ibu yang melahirkan
kita, anak-anak wajib hormat dan mendengar kata-kata
nasihat mereka. Itu sebab emak-bapak adalah ‘orang
tua’ kita.
Apabila mereka telah tua, mesti kita bantu “Orang Tua”
kita selagi hayat mereka masih ada. Doakan
kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat semoga Allah
mengasihi mereka seperti mana mereka berdua mengasihi
kita semasa bayi.
Saya sayang kepada ayah dan ibu saya. Saya doakan
supaya Allah akan jadikan mereka umat yang bahagia di
dunia dan di akhirat jua. Amin!
Tetapi, ada satu definasi lagi mengenai ‘orang tua’.
Abah saya kata, maknanya bila umur orang itu telah
lanjut. Tengok muka pun dah ganyut. Orang tua macam
itu masih hidup dan bernyawa, maka selalunya orang tua
macam itu jatuh sewel dan nyanyok. Perangainya suka
membebel dan selalu cakap menyakitkan hati orang.
Dalam masyarakat kita ada orang tua yang kerjanya tak
lain tak bukan suka menyakitkan hati orang lain.
Kadang-kadang bila dia bercakap, macamlah dia saja
yang betul. Selalu sanat tak peduli cakap orang lain.
Kalau orang tua macam itu masih hidup, kita katakan
dia orang tua ‘nyanyok dan sewel-mewel’..! Kalau dia
menyusahkan orang saja, kita kata dia dah ‘sasau’.
Lama kelamaan orang pun naik meluat, bosan dan
menyampah. Tapi, selalunya, tau pula dia kecik hati
bila orang cakap macam itu!! Musibat punya orang.
Rasanya, kalau dah tua, eloklah buat perangai tua.
Janganlah nak tunjuk lagak macam orang muda. Kalau dah
sewel sedarlah diri. Janganlah mengada-ngada nak
membesar diri. Nanti bila orang muda naik berang, kena
sekel kat kepala, tau pulak kata orang muda kurang
ajar. Tapi yang sebenarnya, dia orang tua macam itu
otaknya dah madal-sempudal
Dalam dunia, kalau ada ‘orang tua’ yang yang dah
nyanyok, faham-fahamlah supaya sedar diri. Janganlah
nak mengarut mengada cari pasal. Undurlah ke tepi
dinding, dan cuba-cubalah bersandar. Pikirlah, kubur
kami mari, rumah kata pergi. Kelak dikurniakan Allah
hidayah untuk beribadat dan mendapat pahala besar.
Menyusahkan orang dosanya kepalang besar. Kalau sudah
melampau sangat, Tuhan akan murka. Bila mati masuk
neraka. Jangan harap nak cium bau syurga.
Dalam Neraka, malaikat tak peduli orang tua kah atau
orang muda. Kalau berdosa melampau sangat, kata Ustaz:
1000 tahun kena bakar hangus, hidup balik kena bakar
balik semula. Ada orang gila buat fatwa pasal Neraka
yang tak boleh masuk buku. Adakah pulak api neraka
panas macam orang goreng keropok lekor? Apa jenis
keparat kepala otak si katak lompat. Kitab mana dia
baca, jadi dia bangang-dungu macam keparat?
Kalau dah jadi orang tua, ikut sajalah apa cakap orang
muda. Kalau orang muda dah naik meluat, nanti kamu
makan taik sendiripun orang semua ketawa saja.
Kita berdoalah supaya Perdana Menteri kita
elok-eloklah sikit perangainya yaaaaaaaa…?
Sekianlah adanya. Kalau tak suka karangan saya jangan
baca. Kalau Cikgu suka, bagilah saya markah penuh”..
Hehehe….!! Lepas tu saya tutup bukunya baik-baik. Saya
cerita kat maknye!! Kami gelak.
Esok petang saya tanya, “Amacam karangan Adek?”
“Wow!! Adek dapat markah best, Abah!! 95, A+” katanya
bangga.
Katanya lagi, “Cikgu Adek tanya, mana Adek dapat bahan
bacaan?”. Adek jawap, “Dalam internet. Laman
Reformasi”.
Komdian Cikgu tanya, “Apasal tak baca Utusan
Malaysia”. Adik jawab, “Utusan Malaysia banyak auta.”
Saya senyum dengan maknye. Dalam hati saya, “Macam ni
ke Mahathir nak bentuk anak-anak kiterr cara dierr?
Siang-siang dah nampak, bila sampai umur 21 esok, tak
adalah nampaknya diorang nak pangkah AMNO!!
Hehehe…
Pengulu, Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling