Pengenalan :
UPU adalah singkatan daripada Unit Perpaduan Ummah.
Sebenarnya adalah Unit Penerangan Umno. (Unit Perpaduan UMNOlah...).
Nama ini ditukar kepada 'Unit Perpaduan Ummah' adalah atas dasar untuk beroperasi
di Tingkat Enam Wisma Darul Iman iaitu pusat pentadbiran kerajaan
negeri.
Organasasi dan Operasi
Penubuhan unit ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja
penerangan UMNO dan mengugut dan membuat pelbagai aduan tentang orang kampung terutamanya penyokong PAS.
Kakitangan UPU ini pada awalnya mempunyai kakitangan seramai 436 orang, tetapi
kemudian pada november 1999 dua orang telah dipecat, menjadikan jumlahnya
seramai 434 orang.
Elaun bagi kakitangan UPU ada berbagai peringkat. Bermula dengan
RM3,800 sebulan sehingga RM400 sebulan.
Susunan pentadbiranya adalah mengikut Parlimen, DUN dan Cawangan.
Perbelanjaan keseluruhanya adalah sebanyak lebih kurang RM 283,394.00 sebulan, tidak termasuk
tuntutan elauan perjalanan dan sebagainya.
Unit ini juga mempunyai seramai 69 orang kakitangan berpencen. Satu sumber yang rapat dengan Wisma Darul Iman memaklumkan
bahawa kakitangan di ibu pejabat UPU sebenarnya tidak lagi hadir
bekerja sejak 1 Disember 1999. Ini bermakna mereka telah menyedari hakikat siapa
sebenarnya mereka.
Isu 420 kakitangan dipecat.
Sehinggalah tersiar berita didalam akhbar Berita Harian bahawa mereka ini di pecat.
Berita tersebut di Tulis oleh Sdr Roslan Abdul Rahman iaitu bekas setiausaha akhbar Wan Mokhtar dulu.
Kesempatan ini diambil oleh beliau atas rasa dendam kesumat ke atas Kerajaan PAS Terengganu.
Unit Bina Insan
Sementara penubuhan UBI (Unit Bina Insan) adalah antara lainya untuk memulihkan
masyarakat yang telah rosak akibat perbuatan UMNO. Penubuhan ini bukan sentimen politik tetapi atas dasar kesedaraan bahawa masyarakat
Terengganu khususnya perlu diberi kesedaran dan tanggungjawab ke atas diri dan tanggungjawab ke atas negara buka semata-mata mencari kesenangan hidup
di atas nama politik serta mengambil kesempatan kewangan negeri utnuk kepentingan peribadi.
Sumber dari Wisma Darul Iman juga ada menyebut bahawa Kerajaan negeri sedang mengkaji
disudut undang-undang untuk mengambil tindakan keatas Penulis serta Akhbar tersebut.
sekian, semoga dengan penjelasan ini Rakyat Terengganu dapat memahami serba sedikit
kemelut yang timbul.
Lawan tetap lawan....
Lubang cacing pun ku cari...
Awas kou Roslan.
spanar hidup........
Spanar @hotmail.com