Saya terbaca satu artikel didalam laman web yang
mengatakan bahawa sebuah kereta telah ditawar
untuk dibeli oleh Wan Mokhtar Ahmad. Sehubungan dengan artikel tersebut suka saya
maklumkan bahawa sekira kereta yang dimaksudkan
adalah Mercedes Benz S320 yang bernombor pendaftaran
TC 12, maka saya rasa fakta tersebut ada sedikit kekeliruan.
Saya sendiri tidak pasti dimanakah kereta yang disebut itu berada
pada ketika ini. Namum satu sumber yang amat rapat dengan Wisma Darul Iman yang mungkin boleh dipercayai
memaklumkan bahawa kereta tersebut telah dibeli oleh kerajaan Terengganu dahulu
dengan harga melebihi ½ juta.
Setelah BN tewas di Terengganu Wan Mokhtar telah menghantar
sepucuk surat kepada kerajaan Terengganu untuk membeli kereta itu
dengan harga yang lebih rendah seperti mana peruntukkan
yang dibenarkan kepada exco-exco 'beliau' sebelum ini.
Sepatutnya beliau hendaklah menghantar kerana itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri yang baru, walaupun beliau hendak membelinya.
Sehinggalah satu keputusan baru diambil barulah kententuan jual beli boleh dibuat oleh pihak kerajaan negeri yang baru.
Difahamkan juga atas rasa tanggungjawab untuk menjaga
harta rakyat, kerajaan yang baru tidak bercadang untuk
menjual kereta tersebut kepada Wan Moktar. Oleh itu sekiranya fakta ini betul maka sah
bahawa kereta tersebut telah diguna oleh Wan Mokhtar tanpa keizinan Kerajaan Negeri.
Ini menampakkan kepada kita sikap tidak bertanggujawab Wan Mokhtar didalam menjaga harta kerajaan.
Sudahlah duhulunya ketika beliau bergelar MB beliau memiliki banyak tanah dan dipercayai hampir di semua Daerah Di Terengganu ini,
kini sudah bergelar rakyat biasa, beliau pun masih juga hendak 'merompak' harta kerajaan.
Atas rasa tanggungjawab maka kita amatlah mengharapkan agar Wan Mokhtar Ahamad memulangkan
semula kereta tersebut kepada kerajaan Negeri. Seharusnya beliau menerima hakikat bahawa
beliau sekarang adalah Wan Mokhtar Bin Ahmad tanpa status YAB MB lagi.
Lawan tetap lawan
spanar_2000@hotmail.com