Sudah mula timbul khabar-khabar angin bahawa Mahathir telah dinasihatkan supaya ambil balik Anwar Ibrahim kedalam UMNO. Ini akan mempastikan kemenangan Cek Det dan kuncu-kuncunya pada bulan Mei nanti. Ini juga akan menyekat kumpulan Ku Li dari menggunakan isu Anwar. Untuk mendapat sokongan penyokong-penyokong Anwar maka Kem Ku Li diberitakan menjaja kepada ahli-ahli UMNO bahawa Ku Li akan bawa Anwar kembali dan jadikan Anwar PM.
Mengikut ceritanya, kalau Mahathir setuju, Anwar akan dibebaskan pada 28 Februari ini oleh Mahkamah rayuan. Kes liwat juga akan berakhir dalam beberapa minggu lagi dengan Anwar didapati tidak bersalah. Seterusnya Anwar akan diberi balik jawatannya dalam UMNO. Parti Keadilan akan dibubarkan dan ahli-ahlinya yang berbangsa Melayu akan diserap balik kedalam UMNO.
Ekoran khabar-khabar angin ini sudah ada posting-posting dalam internet untuk menyediakan minda reformis supaya mudah nanti untuk menerima situasi baru yang memeranjatkan itu. Adalah diharapkan reformis tidak akan menganggap situasi baru ini sebagai Anwar berpaling tadah atau melakukan "betrayal of the reformasi cause", tetapi ini semua dilakukan demi perpaduan dan masa depan orang Melayu.
Sekiranya Mahathir atau Ku Li ambil balik Anwar ramai orang-orang Parti keadilan akan berasa mereka telah diperalat dan dipergunakan. Dan ramai akan lari masuk PAS. Untuk mengelak perkara ini berlaku usaha akan dibuat untuk memujuk PAS bekerjasama dengan UMNO kononnya untuk perpaduan Melayu dan Islam. Untuk menyediakan minda2 kita telah ada posting2 seperti yang dibuat oleh HC dalam forum FGR ini yang cuba menyuruh PAS (yang tiba-tiba dituduh hanya mementingkan political survivalnya) supaya membantu gulungan dalam UMNO yang menentang Mahathir kononnya demi kepentingan perpaduan Melayu.
Posting2 seumpama ini sebenarnya timbul untuk menyediakan minda kita untuk menerima kemugkinan Anwar Ibrahim dibebaskan dan diterima balik kedalam UMNO demi untuk perpaduan Melayu. Dengan cara ini tidak akan timbul "sense of betrayal" dan kemasukkan berduyun-duyun bekas ahli KeADILan kedalam PAS.
Adalah diharap semua cerita ini tidak benar dan tidak berasas.
Tarabulsi