Sejak kecil lagi kita diajarkan bahawa orang Islam
tidak dibenarkan sama sekali murtad, ia-itu menukar
agama mereka. Pihak pemerintah (pihak berkuasa)
hendaklah berusaha mengembalikan yang murtad itu
kepada Islam, dan kalau enggan kembali kepada Islam
setelah dinasihatkan maka hendaklah orang yang murtad
itu dibunuh.
Dalam keadaan sekarang dimana terdapat gejala murtad
yang menjadi-jadi (dikatakan jumlah yang murtad di
Malaysia sudah mencapai ratusan ribu orang) kita
dapati kerajaan BN bukan sahaja tidak berbuat sesuatu
untuk menangani gejala ini, tetapi pihak kepimpinan
seperti Dr.Mahathir dan Hamid Othman mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang bermaksud gejala murtad itu
bukan soal ummah tetapi adalah soal individu. dengan
ertikata yang lain biarkanlah mereka itu murtad. Yang
sangat memeranjatkan adalah penceramah-penceramah dari
JAKIM turut mengatakan murtad itu soal individu.
“Fatwa” songsang yang terbaru dari mulut Dr. Mahathir
untuk mengabui hukum-hukum Islam adalah orang Melayu
tidak makan babi kerana sejak kecil dididik babi itu
jijik dan orang Melayu juga dididik sejak kecil supaya
tidak menerima agama lain.
Dr. Mahathir sepatutnya berkata orang Melayu tidak
makan babi kerana agama Islam mengharamkan makan babi,
dan orang Melayu tidak menerima ajaran agama lain
kerana Quran mengatakan hanya Islam sahaja agama yang
diredai Allah, dan juga kerana orang Islam sama sekali
tidak dibenarkan murtad, ia-itu menukar agama.
Hukum-hukum Islam mengenai murtad, zina, minum arak,
judi; haram-halal seperti haram makan babi dan riba
adalah hukum-hukum Islam yang sudah dijelaskan sejak
kecil lagi kepada kita semua. Tetapi UMNO dibawah
kepimpinan Dr. Mahathir telah berusaha secara
berterusan untuk mengubahsuaikan hukum-hukum Islam
tersebut supaya selaras dengan citrasa, kepentingan
bisnes serta lain-lain kepentingan duniawi mereka.
Maka banyak hukum-hukum Islam yang begitu jelas cuba
dikaburkan dengan matlamat untuk akhir-akhirnya
diubahsuaikan hukum-hukum tersebut supaya selaras
dengan hawa nafsu mereka.
Pada tahun 1992 – 1994 Perdana Menteri Dr. Mahathir
banyak mengeluarkan “fatwa-fatwa “ yang songsang dan
bertentangan dengan ajaran Islam. Umpamanya Mahathir
mempertikaikan hukum Islam mengenai menutup aurat dan
mempertikaikan hukum Islam yang melarang sentuhan
kulit antara lelaki-perempuan yang bukan muhrim,
seperti semasa berjabat tangan. Arahan telah
dikeluarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan wanita
yang beragama Islam bahawa mereka mesti sambut salam
yang dihulurkan oleh sesaorang lelaki.
Dr.Mahathir juga telah ber"fatwa" bahawa pinjaman wang
kalau diwaktu akadnya si peminjam rela membayar balik
lebeh dari wang yang dipinjamnya, maka dalam keadaan
tersebut tidak ujud unsur paksaan atau penindasan, dan
dengan itu bayaran balik yang berlebehan yang dituntut
tidaklah dikira riba. "Fatwa" Dr. Mahathir mengenai
riba ini bercanggah sama sekali dengan yang dihukumkan
dalam Quran. “Fatwa-fatwa” yang dikeluarkan oleh
Dr.Mahathir yang bertentangan samasekali dengan Quran
dan Hadis tersebut malangnya disokong oleh ramai
pemimpin-pemimpin dan "ulamak" UMNO.
Balik kepada gejala murtad yang menjadi-jadi sekarang
ini berikut adalah sedikit petekan mengenai hukum
murtad dari “ Manusia dan Islam” oleh Ustaz Professor
Dato Dr. Haron Din.
“ Demi kemaslahatan dan kepentingan manusia, persoalan
menukar agama dari Islam kepada agama lama (lain)
perlu diberi kawalan yang ketat dan rapi. Orang islam
tidak dibenarkan menukar agamanya sama sekali. Sesiapa
yang menukarkannya juga, maka menurut undang-undang
Islam hukuman yang wajib dijatuhkan keatas mereka
adalah hukuman bunuh. Rasulullah s.a.w. bersabda :
Terjemahan: “Sesiapa orang Islam yang menukar agamanya
maka bunuhlah ia.”(Riwayat Kebanyakan ahli Sunan)
Ketika Rasulullah s.a.w. menghantar sahabatnya yang
bernama Mu’az bin Jabal ke Yaman pada zaman
pemerintahannya untuk menjadi hakim di sana;
Rasulullah s.a.w. mengingatkan Mu’az jika sekiranya
kamu dapati ada orang-orang yang murtad maka bunuhlah
ia.”
Dalam buku “Manusia dan Islam” juga diterangkan bahawa
hukuman bunuh ke atas orang-orang yang murtad itu
bukanlah boleh dibuat sewenang- wenangnya. Pemerintah
mesti terlebeh dahulu berusaha mengembalikan sesaorang
yang murtad itu kepada kebenaran Islam. Jika tidak
berjaya dikembalikan kepada Islam bererti orang murtad
tersebut membawa penyakit yang merbahaya kerana boleh
mempengaruhi yang lain untuk turut murtad. Maka orang
yang murtad yang enggan kembali kepada Islam hendaklah
dihukum bunuh supaya terselamat orang Islam yang lain
dari bahaya murtad yang dibawa olehnya.
Semata-mata kerana Allah SWT.
Wassalam.
Tarabulsi